Sunday 20 October 2013

Resepi Ayam Goreng Sedap

Assalamualaikum

Kadang-kadang bila dah jemu dengan ayam goreng kunyit boleh la cuba resepi ini,  saya ambik daripada kak long tersayang. Alhamdulillah anak-anak dan suami pun suka makan ayam goreng ini, ia boleh  dimakan bersama nasi putih, nasi lemak juga nasi ayam.



Bahan2
-satu ekor ayam dipotong ikut suka masing2 
- 7 ulas bawang putih (sederhana besar)
-2 cm halia
-2 sudu besar serbuk kunyit
-1 sudu kecil  garam
-2 sudu besar gula
-3 sudu besar sos tiram

**kesemua sukatan diatas blh dikurang atau ditambah mengikut citarasa masing2**

Cara-cara
-tumbuk bawang putih dan halia
-masukkan ayam didalam bekas dan digaul sebati dengan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk juga semua bahan-bahan diatas.
-perapkan sekurang-kurangnya sejam (lebih lama lagi sedap)

Kemudian goreng seperti biasa hingga ayam masak. Api jangan terlalu kuat kerana boleh menyebabkan daging ayam cepat hangus dan keras.

Selamat mencuba.

Wasalam

6 comments:

  1. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Resepi Ayam KFC

    ReplyDelete
  2. tak pakai halia boleh tak ? heehee just asking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh..tapi lagi sedap letak sikit halia... :)

      Delete
  3. bawang putih tu 7 biji ke 7 ulas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sis... Hehehe... Dah betulkan 7 ulas. :)

      Delete