Air merupakan salah satu sumber alam semulajadi yang sangat penting dalam kehidupan seharian manusia, ia juga penting dalam bidang pertanian dan industri. Oleh itu, kebersihan air perlu berada ditahap yang paling tinggi.
Air kotor atau karat masih lagi berlaku dinegara kita. Apa yang dicoretkan disini adalah berdasarkan apa yang saya lalui, mungkin ada juga mereka mengalami nasib yang sama dengan saya. Jika rumah yang tiada 'water filter' atau penapis air biasanya akan menghadapi masalah ini. Air yang sepatutnya berwarna jernih bertukar menjadi kekuningan dan kadang-kadang berwarna coklat. Ada juga sesekali air berbau klorin sangat kuat seakan-akan bau ubat lipas, air ini masih berbau walaupun telah dididihkan.
Sesetengah rumah hanya memasang penapis air di sinki untuk kegunaan memasak dan lain-lain tetapi tidak diluar dimana sumber air masuk kedalam rumah kebiasaanya air ini akan mengalir terus ke tangki air rumah. Kejadian baju kotor ( ada tompokan warna coklat) selepas dicuci di dalam mesin basuh juga sering berlaku, bayangkan jika air sebegitu di gunakan utk membersihkan diri, memasak dan lain-lain. Oleh itu, terdapat banyak keluaran produk tapisan air dan kesemuanya menawarkan harga yang menarik juga ada yang boleh dibayar secara ansuran. Apa pilihan yang kita ada, jika inginkan kualiti air yang terbaik untuk keluarga maka harus ada penapis air.
Walaupun air kotor atau berbau ini berlaku sekali sekali namun kita perlu sentiasa berhati-hati dan memastikan keluarga yang tersayang sentiasa mendapat yang terbaik kita juga harus bijak memilih jenama penapis air yang berada dipasaran
Untuk pengetahuan, berikut adalah bagaimana cara air dibersihkan diambil dari laman rasmi SAJ
Proses Rawatan Air Bersih | |||
Air mentah yang dipam dicampur dengan udara di ruang pengudaraan. Proses pengudaraan
menghasilkan oksigen dari atmosfera bagi pengoksidaan besi dan mangan terlarut kepada bentuk
tidak larut bagi tujuan menyingkirkannya. Proses ini juga membantu membuang rasa dan bau yang
tidak menyenangkan.
Koagulasi dan Flokulasi
Koagulan, lazimnya tawas ditambah bagi membentuk partikel mikroskopik di dalam air. Ia
kemudiannya diadun dengan lembut bagi membolehkan partikel kecil di dalam air berlaga
dan bergabung bagi membentuk kentalan yang boleh mendap.
Sedimentasi
Kentalan dibenarkan mengalir melalui tangki sedimentasi seseragam yang mungkin untuk suatu
tempoh yang cukup panjang untuk membolehkannya mendap. Air yang jernih akan dikumpulkan
dari bahagian atas. Bagi kentalan yang ringan, proses yang berbeza akan digunakan. Gelembung
Udara minit digunakan di dalam proses ini. Kentalan akan melekat pada gelembung udara dan
terapung ke atas. Air jernih akan dikumpulkan dari dasar tangki. Proses ini dinamakan
Pengapungan Udara Terlarut.
Penapisan
Air yang telah mendap akan melalui penapis yang memerangkap partikel halus dan
bakteria. Air yang bersih kemudiannya akan memasuki tangki air jernih. Penapis akan dicuci
menggunakan kaedah backwash dengan kerap melalui kombinasi adunan udara dan air bagi
memastikan kelancaran operasi.
Disinfeksi / Pelarasan pH
Air di dalam tangki jernih akan diinfeksi bagi menghapuskan mikroorganisma yang kekal
di dalam air selepas proses penapisan. Klorin bergas atau kompaun klorin lazimnya digunakan
untuk tujuan pembasmian kuman. Paras pH diselaraskan menggunakan kapur atau abu soda.
Tangki Air Jernih
Air yang telah dirawat akan dikumpul dan disimpan di dalam tangki air jernih bagi tujuan pengagihan.
| |||
Kerja-kerja memasak dan membasuh terpaksa ditangguhkan jika kualiti air tidak memuaskan.
Wasalam
|
No comments:
Post a Comment