Showing posts with label Coretan Cameron Highland. Show all posts
Showing posts with label Coretan Cameron Highland. Show all posts

Monday, 26 January 2015

Yacon di Cameron Highland

Assalamualaikum

Buah Yacon atau nama saintifiknya 'Smallanthus sonchifolius'  juga dikenali sebagai 'water root' ada juga yang menggelarnya 'underground pear' ini nampak luarannya  seperti keledek.

Ia mempunyai pelbagai warna seperti coklat, oren, kuning dan ungu,  namun yang terdapat di Cameron Highland berwarna coklat kekuningan dan sedikit ungu.


Harga pasaran di Cameron Highland adalah dari RM5 ke RM8 sekilo bergantung kepada penjual dan kebiasaanya harga lebih murah jika bukan musim cuti sekolah. Buah ini dikatakan boleh membantu pelancaran darah dan sangat elok utk mereka yang menghidap kencing manis malah daun nya juga boleh direndam dan diminum airnya.

Yacon memerlukan masa yang agak panjang sebelum hasilnya diperolehi, mungkin sebab itu harga nya agak mahal. Lagi  hitam isinya lebih manis, jika membeli yacon tanya penjual samada ia terus boleh dimakan atau harus diperam terlebih dahulu kerana yacon yang masih muda rasanya agak kelat.
Rasanya seakan-akan sengkuang tetapi lebih manis dan sangat rangup juga ada sedikit bau herba. Saya tak pandai nak jelaskan, tetapi  lebih kurang itu lah rasanya.

Sangat elok dimakan setiap hari, selain dikatakan baik untuk pesakit diabetes ia juga boleh membantu sistem penghadaman bagi mereka yang payah untuk membuang air besar ( ia berkesan untuk saya tetapi mungkin kesan berlainan untuk individu lain)

Ia boleh dimakan begitu saja atau dijadikan hidangan seperti salad atau makan dengan sambal pecal. Ada juga yang membuat jus dijadikan sebagai minuman tetapi saya lebih suka makan begitu sahaja.

Saya kurang pasti asal usulnya kerana ada yang mengatakan ianya berasal dari Jepun,  China, Peru dan lain-lain. Jika anda bekelapangan bercuti ke Cameron Highland cuba la cari buah yacon ini.

Wassalam.



Friday, 19 December 2014

Hijrah ke Cameron Highland

Assalamualaikum

Lama menyepi kerana sibuk dengan urusan pindah rumah juga masalah wi-fi, alhamdulillah proses perpindahan berjalan lancar. Lama sungguh tak ke Cameron Highland dan kini rasa macam bercuti setiap hari ditempat nyaman milik Allah ini.

Suhu agak rendah  terutama pada waktu malam tatkala dimusim  hujan ini, seakan-akan musim bunga hendak beralih ke musim panas jika berada di United Kingdom. Anak- anak sudah mula menyesuaikan diri disini dan pengalaman berada di 'UK' memudahkan mereka untuk mengadaptasikan suhu dan persekitaran. Pekan di Tanah Rata dan Brinchang boleh dikatakan sibuk sentiasa semasa cuti sekolah ini dan pasar malam di Brinchang juga beroperasi setiap hari berbanding bulan kebiasaan hanya pada malam Sabtu sahaja.

Sekolah juga berhampiran dengan rumah yang kami duduki, sekarang  masa saya tak banyak hilang di atas jalan untuk menghantar anak-anak kesekolah dan berharap akan dapat menulis lebih banyak mengenai Cameron Highland diblog ini.

InsyaAllah kita jumpa lagi di coretan 'CH' yang akan datang.


Wassalam.