Kadang-kadang bila dah jemu dengan ayam goreng kunyit boleh la cuba resepi ini, saya ambik daripada kak long tersayang. Alhamdulillah anak-anak dan suami pun suka makan ayam goreng ini, ia boleh dimakan bersama nasi putih, nasi lemak juga nasi ayam.
Bahan2
-satu ekor ayam dipotong ikut suka masing2
- 7 ulas bawang putih (sederhana besar)
-2 cm halia
-2 sudu besar serbuk kunyit
-1 sudu kecil garam
-2 sudu besar gula
-3 sudu besar sos tiram
**kesemua sukatan diatas blh dikurang atau ditambah mengikut citarasa masing2**
Cara-cara
-tumbuk bawang putih dan halia
-masukkan ayam didalam bekas dan digaul sebati dengan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk juga semua bahan-bahan diatas.
-perapkan sekurang-kurangnya sejam (lebih lama lagi sedap)
Kemudian goreng seperti biasa hingga ayam masak. Api jangan terlalu kuat kerana boleh menyebabkan daging ayam cepat hangus dan keras.
Selamat mencuba.
Wasalam
Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Resepi Ayam KFC
ReplyDeleteCuba la :)
Deletetak pakai halia boleh tak ? heehee just asking
ReplyDeleteBlh..tapi lagi sedap letak sikit halia... :)
Deletebawang putih tu 7 biji ke 7 ulas?
ReplyDeleteTq sis... Hehehe... Dah betulkan 7 ulas. :)
Delete