Showing posts with label Coretan Rumah. Show all posts
Showing posts with label Coretan Rumah. Show all posts

Monday, 30 September 2013

Rumah Mahal Di Bandar Baru Bangi

Assalamualikum

Bila bercakap pasal rumah, ramai yang secara sepontan akan menggelengkan kepala bila dengar harga jualannya. Baru- baru ini PKNS di Bandar Baru Bangi ada melancarkan pelancaran dan pengundian projek rumah di Bandar Baru Bangi.



Walaupun telah lama meninggalkan alam pekerjaan namun pengalaman hampir sepuluh tahun dalam bidang pemasaran penjualan hartanah membuatkan saya tertarik untuk mengetahui lebih lanjut jika ada apa-apa pelancaran perumahan. Apa yang menarik disini ialah warga Bangi (mungkin juga ada dari luar kawasan) sanggup beratur untuk dapatkan no giliran seawal jam 8 malam, sungguh cekal mereka ini menunggu  13 jam awal sebelum kaunter dibuka, walaupun harga rumah yang paling murah hampir mencecah setengah juta. Situasi begini kebiasaannya berlaku untuk pelancaran rumah kos rendah (low cost) dan kos sederhana (medium cost). 

Melalui pengalaman saya, keadaan sebegini membuatkan pembeli tidak mempunyai banyak pilihan dalam pemilihan lot rumah.Ternyata usaha membawa kejayaan, Alhamdulillah mereka yang gigih menunggu dari hari sebelum kaunter dibuka berjaya untuk dapatkan no giliran seterusnya dapat memilki  rumah di Bandar Baru Bangi. 

Namun tidak  semua orang yang sanggup berbuat demikian, ada juga yang tidak berpuas hati kerana surat menyatakan pukul 9 pagi kaunter dibuka dan ada yang memberitahu no giliran telah habis seawal pukul 4 pagi (Wallahu a'lam). Berlaku sedikit kekecohan namun ia berjaya dikawal oleh pihak keselamatan yang bertugas, mereka yang datang pada pagi hari tersebut ternyata kecewa. 

Harga rumah secara keseluruhannya kini sememangnya tinggi walhal keluasan rumah tidak seberapa, jika  dahulu keluasan rumah (built up area) menjadi pilihan utama disamping pemilihan kawasan namun sekarang orang ramai seakan tidak kisah berapa pun keluasannya asalkan dapat memiliki rumah di kawasan yang diingini. Rata-rata mereka perlu melakukan kerja-kerja pengubahsuaian selepas penyerahan kunci untuk keselesaan keluarga.

Jika anda bercadang untuk membeli rumah pada hari perlancaran pastikan anda membawa:-
-Surat tawaran jika ada
-Kad Pengenalan (kalau ada masa buat 2 salinan)
-Wang pendahuluan ('booking fees' biasanya RM500-RM1,000) jumlahnya perlu dirujuk terlebih dahulu  dari  pihak pemaju
-Slip gaji ( boleh terus rujuk kepada pegawai bank mengenai kelayakkan pinjaman, biasanya akan dijemput oleh pemaju, untuk pinjaman kerajaan pastikan anda tahu berapa kelayakan anda)

Proses seterusnya adalah membayar baki 10% dari harga rumah, juga bergantung kepada berapa peratus jumlah pinjaman. Anda juga perlu menandatangani perjanjian jual beli, pastikan tandatangan perjanjian jual beli yang telah lengkap ditaip butir- butir diri juga hartanah.  Teliti terma-terma yang terdapat didalamnya, jika kurang arif rujuk kepada peguam yang dilantik untuk penerangan lanjut.

Sesiapa yang berhasrat untuk membeli rumah terutama dikawasan yang telah matang diharap sedikit sebanyak coretan diatas dapat memberikan gambaran suasana pada hari pelancaran, setiap kawasan adalah berbeza juga bergantung kepada  siapa pemaju perumahan tersebut. Perlu selidik apa yang harus dilakukan juga perlu bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan.

Wasalam


Friday, 30 August 2013

Beli Rumah!


RUMAH IDAMAN




Rumah adalah  keperluan asas yang wajib. Rasanya ramai yang di luar sana sedang berkira2 nak beli rumah atau menyewa. Setiap orang yg dah pernah beli rumah mesti ada pengalaman masing2 dan setiap orang juga hadapi cabaran yang berbeza. Sedikit pengalaman masa mula2 nak beli rumah 15 tahun lalu.. (Kira ni cerita lama ya mungkin ada yg tak sama dgn sekarang)

Faktor umur membuatkan  saya dan bakal suami ketika itu takut2 nak buat keputusan yg besar..al maklum la baru bekerja ... macam2 dalam fikiran kami , cukup ke duit!? nak kawin lagi..macam2 perasaan juga ada dalam hati kami. Alhamdulillah kami buat keputusan yang tepat , beranikan diri dan beli rumah.

Bila difikirkan memang duit tak pernah cukup, bila kita dah ada komitmen pandai2 la kita buat budget sendiri, yang penting nawaiitu kita..kalau baik niatnya insyaAllah akan dipermudahkan. Ada sedikit tips untuk pasangan muda yang baru nak cari2 rumah... Ini berdasarkan pengalaman yg saya lalui.. :)

Perkara2 yang perlu difikir @ harus dibuat sebelum/ apabila nak membeli sebuah rumah baru dari pemaju:-

-Lokasi - ini penting, bincang betul2 jgn menyesal  kemudian hari, buat sedikit research tentang     kawasan tersebut... Harga juga dipengaruhi oleh faktor ini

-Status tanah-  adalah pegangang bebas atau pajakan juga jika ada apa2 sekatan jika hendak jual kemudian hari

-Deposit - pastikan dgn pemaju berapa wang pendahuluan yang perlu dibayar

- Epf- ada bahagian yang boleh dikeluarkan untuk membeli rumah ( sila rujuk kepada pegawai yang berkenaan)

- Pinjaman- pastikan syarat2 kelayakan dipenuhi samada pinjaman dengan pihak bank @ kerajaan

-  Bayaran  balik (monthly installment)- tanya pegawai yg berkenaan cara pengiraan juga tempoh bayaran balik

- Kos perjanjian jual beli (legal fees) - ada dua perjanjian iaitu dgn pemaju juga pihak bank - ada sesetengah nya di tanggung oleh pihak pemaju

- Insurans - sangat2 penting ..biasanya premium dibayar sekali gus dgn bayaran bulanan.. Semakin berumur kita premium juga agak tinggi.

Ini adalah pengetahuan asas untuk membeli rumah.. 

Sebenarnya byk lagi perkara yg harus dilakukan bila sudah menandatangi perjanjian jual beli. juga ada sedikit perbezaan  bila beli rumah atas tangan orang dan buat rumah di atas tanah sendiri....insyaAllah jika diizinkanNya akan masuk dalam coretan entry akan datang

'Selamat menyambut hari KeMerdekaan yg  ke 56'..

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!