Monday, 7 October 2013

Petai Dan KesanNya

Assalamualaikum


Pokok Petai merupakan sejenis tumbuhan dalam Famili  Fabaceae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan. nama botaninya Parkia speciosa - .Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.




Saya  gemar makan petai, tak kira samada mentah ataupun yang dimasak namun masakan petai yang paling menarik bagi saya ialah apabila ia disambalkan. Sambal tumis sotong petai, sambal tumis udang petai dan sambal goreng ikan bilis petai boleh membuatkan saya makan berulang- ulang kali. Kalau ada menu seperti tadi memang  niat untuk kurangkan  makan pada hari itu tak tercapai dan saya tak perlukan lauk pauk lain.

Minggu lepas saya membeli 4 papan petai berharga RM5 di pasar tani. Masa di perantauan selalu masak petai yang telah dikopek dan disejuk bekukan, bagi saya rasanya tak jauh beza dari petai yang 'fresh'. 



Arwah orang tua saya suka makan ulam-ulaman, kebiasaanya makanan yang dihidangkan pasti ada ulam membuatkan saya tertarik untuk mencubanya dan sehingga kini insyaAllah saya boleh makan apa sahaja ulam yang diberikan. Memang betul ada pendapat mengatakan masakan dirumah boleh mempengaruhi tabiat pemakanan kita.

Mari kita lihat kebaikkan yang boleh diperolehi apabila memakan petai dipetik dari  Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protien dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat,, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.
Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan traditional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
Menerusi informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti. Putra Malaysia  (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap. Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai). (Kosmo 28 Mei 2011)
Petai juga berkemampuan untuk membekalkan tenaga yang tinggi kerana, biji kekacang petai mengandungi gula semulajadi seperti fruktosa, glukosa, sukrosa dan kombinasi daripadanya. Petai juga mengandungi Trytophan, yang mampu mengawal tekanan seseorang, trytophan dapat bertukar kepada serotonin dimana dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil. Kandungan zat besi dalam petai mampu mengurangkan risiko mendapat anemia di kalangan pengamalnya. Vitamin B6 petai membantu mengawal paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami kebingungan tatkal mendapat sindrom premenstrual.
Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendam garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok. Petai juga mempunyai serat tumbuhan yang baik bagi pengahadaman dan dapat mengelakkan gejala sembelit dari mudah berlaku. Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ketahap seimbang. Petai juga baik bagi seseorang yang telah memberhenti dari menghisap rokok dan dalam proses rehabilitasi. Kandungan Vitamin B6 dan B12 serta kalium dan magnesium dapat membantu dalam mengatasi kesan langsung akibat pemberhentian pengambilan nikotin.
Kulit pepapan petai dibahagian licin dalam poket biji petai disimpan boleh diusap pada bahagian bengkak atau kemerahan-merahan di kulit disebabkan oleh gigitan nyamuk.
Namun begitu memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal.

Dalam ertikata lain apa saja pun yang kita makan berlebihan adalah tidak elok untuk kesihatan, namun begitu jika dikawal pemakanannya  banyak  kebaikkan dari keburukkan walaupun ia meninggalkan kesan bau pada sipemakan  melalui nafas juga urine. Oleh itu sesiapa yang tidak makan petai bolehlah mula mencuba...  :)

Wasalam


























No comments:

Post a Comment