Monday, 30 September 2013

Rumah Mahal Di Bandar Baru Bangi

Assalamualikum

Bila bercakap pasal rumah, ramai yang secara sepontan akan menggelengkan kepala bila dengar harga jualannya. Baru- baru ini PKNS di Bandar Baru Bangi ada melancarkan pelancaran dan pengundian projek rumah di Bandar Baru Bangi.



Walaupun telah lama meninggalkan alam pekerjaan namun pengalaman hampir sepuluh tahun dalam bidang pemasaran penjualan hartanah membuatkan saya tertarik untuk mengetahui lebih lanjut jika ada apa-apa pelancaran perumahan. Apa yang menarik disini ialah warga Bangi (mungkin juga ada dari luar kawasan) sanggup beratur untuk dapatkan no giliran seawal jam 8 malam, sungguh cekal mereka ini menunggu  13 jam awal sebelum kaunter dibuka, walaupun harga rumah yang paling murah hampir mencecah setengah juta. Situasi begini kebiasaannya berlaku untuk pelancaran rumah kos rendah (low cost) dan kos sederhana (medium cost). 

Melalui pengalaman saya, keadaan sebegini membuatkan pembeli tidak mempunyai banyak pilihan dalam pemilihan lot rumah.Ternyata usaha membawa kejayaan, Alhamdulillah mereka yang gigih menunggu dari hari sebelum kaunter dibuka berjaya untuk dapatkan no giliran seterusnya dapat memilki  rumah di Bandar Baru Bangi. 

Namun tidak  semua orang yang sanggup berbuat demikian, ada juga yang tidak berpuas hati kerana surat menyatakan pukul 9 pagi kaunter dibuka dan ada yang memberitahu no giliran telah habis seawal pukul 4 pagi (Wallahu a'lam). Berlaku sedikit kekecohan namun ia berjaya dikawal oleh pihak keselamatan yang bertugas, mereka yang datang pada pagi hari tersebut ternyata kecewa. 

Harga rumah secara keseluruhannya kini sememangnya tinggi walhal keluasan rumah tidak seberapa, jika  dahulu keluasan rumah (built up area) menjadi pilihan utama disamping pemilihan kawasan namun sekarang orang ramai seakan tidak kisah berapa pun keluasannya asalkan dapat memiliki rumah di kawasan yang diingini. Rata-rata mereka perlu melakukan kerja-kerja pengubahsuaian selepas penyerahan kunci untuk keselesaan keluarga.

Jika anda bercadang untuk membeli rumah pada hari perlancaran pastikan anda membawa:-
-Surat tawaran jika ada
-Kad Pengenalan (kalau ada masa buat 2 salinan)
-Wang pendahuluan ('booking fees' biasanya RM500-RM1,000) jumlahnya perlu dirujuk terlebih dahulu  dari  pihak pemaju
-Slip gaji ( boleh terus rujuk kepada pegawai bank mengenai kelayakkan pinjaman, biasanya akan dijemput oleh pemaju, untuk pinjaman kerajaan pastikan anda tahu berapa kelayakan anda)

Proses seterusnya adalah membayar baki 10% dari harga rumah, juga bergantung kepada berapa peratus jumlah pinjaman. Anda juga perlu menandatangani perjanjian jual beli, pastikan tandatangan perjanjian jual beli yang telah lengkap ditaip butir- butir diri juga hartanah.  Teliti terma-terma yang terdapat didalamnya, jika kurang arif rujuk kepada peguam yang dilantik untuk penerangan lanjut.

Sesiapa yang berhasrat untuk membeli rumah terutama dikawasan yang telah matang diharap sedikit sebanyak coretan diatas dapat memberikan gambaran suasana pada hari pelancaran, setiap kawasan adalah berbeza juga bergantung kepada  siapa pemaju perumahan tersebut. Perlu selidik apa yang harus dilakukan juga perlu bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan.

Wasalam


Baju Kurung Tenun (Saiz M)

Baju Kurung Tenun (saiz M)


-Baju kurung Pesak  Gantung dengan Kain Selisih
-Kain cotton tenun & 100% cotton
-Kain lembut  dan senang digosok
-Corak dan warna yang Unik

Maklumat potongan baju saiz M:-
Bahu- 15.5', Pinggang- 28.5', Punggung -42', Tangan - 23' & Labuh- 40'






Persediaan untuk hari raya Aidiladha juga sesuai untuk ke tempat kerja dan sebarang majlis. Pertanyaan dan pembelian boleh dilakukan melalui sms@whatsapp 018 2184821


https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?bookmark_t=page

Thursday, 26 September 2013

Tepung Gandum dan Benzoyl Peroxide

Assalamualikum


Bila baca tajuk di atas rasa memang  dua perkara yg tak boleh disatukan, tetapi itulah hakikatnya sekarang. Rasanya isu ni dah lama, memandangkan saya baru pulang ke tanah air ia agak baru bagi saya. 






Rasa sedih bila dapat tahu tepung yang selama ini biasa di gunakan mengandungi bahan berbahaya, pada mulanya ada rasa tidak puas hati dengan mengatakan mungkin ia hanya propaganda namun setelah saya selidiki ternyata ianya benar. 

Tepung mengandungi Clorox yang membawa kepada penyakit kanser atau barah:
1.Tepung Cap Sauh
2.Tepung Cap Wau
3.Tepung Cap Bunga Cempaka
4.Tepung Cap Lily
5.Tepung Cap Blue Key

Tepung yang selamat digunakan dan tiada bahan peluntur clorox adalah:
1.Tepung Faiza
2.Tepung Cap Bidara
3.Tepung 1 Malaysia
4.Tepung HPA

Pihak yang bertanggung jawab perlu ambil perhatian terhadap isu di atas, walaupun ia nya hebat diperkatakan namun saya lihat tepung yang mengandungi 'Benzoyl Peroksida'  atau bahan peluntur masih lagi berleluasa di pasaran. Saya rasa hanya peniaga yang betul-betul perihatin akan menggunakan tepung yang 'selamat'. Ada juga yang mengatakan ianya tidak berbahaya, kerana peratus bahan yang digunakan adalah sedikit dan selamat, mungkin sebab itu ianya masih lagi banyak di pasaran.

Berikut dipetik dari Harian Metro:-

Tepung gandum bahan peluntur

Oleh Muhd Izawan Baharin, Riadz Radzi dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my

Ini kerana syarikat pengimport tepung gandum dipercayai membeli bekalan tepung terpakai dan lama disimpan sehingga warnanya bertukar kehitaman atau kekuningan di pasaran antarabangsa sebelum menjual kembali di Malaysia.

Bagi memutihkan kembali warna tepung itu, bahan kimia seperti benzoyl peroxide, calcium peroxide, nitrogen dioxide dan klorin digunakan sehingga menyebabkan semua nutrisi semula jadi hilang dalam proses pemutihan terbabit.

Bagaimanapun, penetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tepung gandum perlu mengandungi 13 peratus nutrisi menyebabkan syarikat pengimport menambah dari sumber luar antaranya memperkayakan dengan thiamin atau Vitamin B1.

Thiamin bersumberkan bijiran mahal dan bagi menampung kos pengeluaran, syarikat pengimport dipercayai menggunakan Vitamin B1 dari sumber babi yang lebih murah dan mudah diperolehi bagi memperkayakan tepung gandum yang melalui proses pemutihan. Mendedahkan perkara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, terdapat tiga jenis tepung gandum yang berada di pasaran sekarang iaitu tepung gandum tanpa peluntur (unbleached flour), tepung gandum berpeluntur (bleached flour) dan tepung gandum diperkayakan (enriched flour).

“Tepung gandum tanpa peluntur diproses secara semula jadi dengan warnanya agak keperangan tetapi mengandungi nutrisi tinggi kepada manusia manakala tepung gandum berpeluntur banyak berada di pasaran melalui proses pemutihan.

“Tepung gandum yang diperkayakan pula ialah tepung melalui proses pemutihan yang terpaksa ditambah nutrisi tidak semula jadi sama ada dari tumbuhan atau haiwan berikutan semua nutrisinya hilang,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, kebiasaannya pengguna menggemari tepung gandum berwarna putih kerana mengaitkannya dengan bersih.

“Kajian kami mendapati bahan kimia ini yang diambil secara berterusan melalui makanan menyebabkan barah selain penggalak kepada penyakit kencing manis, arthritis dan gout.

“Selain itu, kami juga bimbang nutrisi yang ditambah dalam tepung itu mungkin bersumberkan babi kerana ia paling mudah dan murah didapati,” katanya.

Nadzim berkata, negara Kesatuan Eropah dan China sudah lama mengharamkan penggunaan benzoyl peroxide dan klorin dalam tepung gandum bagi menjaga kesihatan penduduk mereka.

“Selain daripada meneliti bungkusan tepung gandum itu, ia boleh juga dibezakan melalui warna tepung itu sendiri. Tepung yang tidak menggunakan peluntur kelihatan agak keperangan manakala tepung berpeluntur sangat putih disebabkan bahan kimia,” katanya.


Bagaimana  proses pemutihan tepung gandum berlaku?
 
Bila kita bercakap secara teknikal, carotenoid pigment (Kuning) yang terkandung dalam tepung yang dioksidise untuk mengeluarkan warna tepong bertukar kepada warna putih. Sebenarnya oxcidition akan bertukar secara semulajadi mengikut masa apabila  tepung tersebut didedahkan atau terdedah secara semulajadi yang memerlukan masa sekurang kurangnya mengambil masa 14 hari untuk mendapatkan hasil atau bertukar pada ke putih putihan (bukan putih melepak).
 
Namun pada hari ini proses (Bleaching) telah diambil alih peranan proses semulajadi dengan mengunakan cecair(chemical) agent pemutih.Proses ini mempercepatkan masa sesingkat 1 jam sahaja berbanding proses secara semulajadi untuk mencerahkan dan mematangkan tepung.Namun begitu ianya perlu dilabelkan sebagai tepong yang diBLEACH.

Bleach@agen pemutih biasanya mengunakan : (Chlorine Gas) yang boleh menyebabkan kematian atau (Benzoyl Peroxide) bahan atau chemical yang digunakan dalam ubat jerawat. Ianya telah diharamkan pengunaan bahan kimia berikut pada makanan sejak awal tahun 1900 lagi. Tetapi masih digunakan oleh peniaga yg mementingkan keuntungan tanpa mengira ianya boleh mendatangkan kemudharatan kesihatan serta mungkin boleh membawa maut.
 
Selain itu, additive Chemical : Potassium Bromate, di gunakan untuk menambah pertumbuhan ragi(yeast) dan pengebuan gluten dan ini amat bahaya kepada kesihatan.  

Pilihan ditangan kita, pastikan kita, anak-anak dan keluarga tersayang makan makanan yang selamat. Pastikan tepung yang menjadi pilihan anda bebas dari bahan peluntur.

Wasalam


Tudung Rasyiqah

Tudung terbaru dipasaran


RASYIQAH EXCLUSIVE XL

Size : XL
Labuh ditepi sebelum dipusingkan : 31-32 inci
labuh di tengah sebelum dipusingkan : 17-18 inci
Lilit Muka : 12-13 inci
Berat : 134 Gram
Material : Lycra
awning : Kodroi
Design : Twist/Scallop























Jangan ketinggalan dengan  keluaran terbaru  tudung 'Modern Hijab Exclusive' . Penghantaran percuma diseluruh Malaysia.Sms@whatsapp 0182184821 untuk sebarang urusan  






https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?bookmark_t=page

Blouse Muslimah

Blouse Muslimah ini diperbuat dari kain TC Cotton  (Tettron Cotton : 75% cotton & 25% Polyester)
Amat selesa dipakai dan tidak panas.

Harga :RM40.00 termasuk penghantaran di Semenanjung Malaysia
           RM42.00 termasuk penghantaran ke Sabah & Sarawak


Maklumat potongan Blouse Muslimah

    Saiz.    Potongan Dada
      SS      38'
       M      40'
       L       42'
      XL      44'



Saiz yang ada M, L & XL




Saiz yang ada M,L & XL



Saiz yang ada M,L & XL


Saiz yang ada M,L & XL



Tempahan boleh dibuat melalui borang pesanan di bawah, juga sms@ whatsapp 018 2184821











Tuesday, 24 September 2013

Baju Kurung Tenun (saiz S)

-Baju kurung Pesak  Gantung dengan Kain Selisih
-Kain cotton tenun & 100% cotton
-Kain lembut  dan senang digosok
-Corak dan warna yang Unik

Maklumat potongan baju saiz S:-
Bahu- 14.5', Pinggang- 26.5', Punggung -40.5', Tangan - 22.5' & Labuh- 39'







Sebarang pertanyaan atau pembelian boleh dilakukan melalui sms@whatsapp 0182184821




https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?bookmark_t=page

Baju Kurung Tenun (saiz L)

Perkenalkan Baju Kurung Tenun

-Baju kurung Pesak  Gantung dengan Kain Selisih
-Kain cotton tenun & 100% cotton
-Kain lembut  dan senang digosok
-Corak dan warna yang Unik

Maklumat potongan baju saiz L :-
Bahu- 16.5', Pinggang- 30.5', Punggung -44', Tangan - 23' & Labuh- 41'

Stok adalah sangat terhad
                            





Kos penghantaran adalah percuma diseluruh Malaysia

Jika ingin bergaya dengan Baju Kurung Tenun sila sms@whatsapp 018 2184821 kami juga ada di Facebook


Sunday, 22 September 2013

Blouse Muslimah Kanak-kanak

Stok amat terhad untuk blouse kanak-kanak ini

Kainnya amat sesuai dgn kelasakkan juga selesa apabila dipakai
Sesuai untuk kanak-kanak yang berumur antara  6 ke 10 tahun.
Harga menarik dan penghantaran percuma keseluruh Malaysia.

Hanya ada 2 saiz iaitu M dan XL


Simanja pasti nampak comel dan bergaya, untuk pembelian sms@whatsapp 018 2184821
https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?bookmark_t=page

Friday, 20 September 2013

Blouse Muslimah

Assalamualaikum

https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?bookmark_t=page
Alhamdulillah sudah lebih sebulan 'Little Pumpkin' berada di alam blog. Terdapat beberapa jenis produk yang dijual disini, anda dipelawa untuk meneliti tanda label yang tertera disebelah kanan blog ini dibawah produk jualan, sementara itu untuk Tudung dan Blouse Muslimah mempunyai label nya sendiri.

InsyaAllah 'Little Pumpkin' akan mula menjual  Blouse Muslimah, stok tudung baru juga akan munyusul.

Sebagai menghargai pelanggan yang dihormati, sukacita dimaklumkan 'Little Pumpkin' ingin memberi sedikit tawaran istimewa  sempena pembukaan jualan Blouse Muslimah ini.




Untuk pelanggan yg berminat boleh pm di Facebook atau tinggalkan komen di sini dengan menaip 'saya berminat' juga  saiz baju anda untuk melayakkan  anda mendapat pengurangan harga pada pembukaan penjualan  pertama ini.

Wasalam..


https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?bookmark_t=page

Thursday, 19 September 2013

Pati Delima Gulsan- (Pomegranate)


Buah delima atau nama saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).
Sumber : Google

Pati Delima Gulsan Pekat Penuh Khasiat! 100% perahan buah delima tulen, mengandung khasiat semulajadi utk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dan berupaya merawat pelbagai jenis penyakit.




-Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
-Melancarkan peredaran darah
-Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)
-Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita
-Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan
-Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan
-Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout
-Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala
-Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas…InsyaAllah…

-Dikenali sebagai “Viagra Semulajadi” iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi
-Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)
-Merapatkan rahim dan juga menyuburkan rahim
-Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam
-Awet muda
-Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
-Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
-Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua & dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung
-Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin.
-Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
-Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
-Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah, mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata.

:-Ia boleh  diminum begitu sahaja 2 kali sehari  1 sudu besar sebelum sarapan dan 1 sudu besar sebelum tidur 
:- untuk mereka yang tidak sukakan kepekatan rasa masam manis dan kelat boleh jadikan jus dengan dibancuh kedalam satu gelas air sejuk
:- seelok-eloknya simpan dalam peti ais selepas dibuka

Berminat! boleh hubungi saya di whatsapp 018 2184821

Stokin D'NIFI

Berita baik untuk mereka yang sering sakit kaki bila banyak berjalan ... Boleh cuba stokin ni.. Saya dah cuba hasilnya tak mengecewakan...  :)

D'NIFI adalah Stokin Bertenaga Bio (Berteknologi Nano dari Jepun) diperbuat dari kain kapas berkualiti premium dengan reka bentuk yang selesa di pakai. Ia mengandungi  BIO-SERAMIK yang mengeluarkan pancaran INFA MERAH JARAK JAUH dan BERION NEGATIF.









FUNGSI D'NIFI
  • Membantu membunuh bakteria dibahagian tapak kaki.
  • Mencegah bau busuk dan gatal-gatal pada bahagian tapak kaki.
  • Membantu mengembangkan kapilari darah seterusnya melancarkan peredaran darah khususnya dibahagian kaki.
  • Membantu menyingkirkan mendapan kalsium pada sendi kaki seterusnya menjadikan bahagian tapak kaki berasa selesa dan bebas daripada sengal-sengal.
  • Membantu mendapatkan tidur malam yang lebih nyenyak, dan amat sesuai utk pesakit insomnia.
  • Membantu melegakan kekejangan otot dengan berkesan.
  • Membantu memberi kesan ketenangan.
  • Menyerap peluh dengan cepat agar kaki sentiasa kering dan selesa.
  • Dapat kurangkan bengkak dan bisa akibat jatuh terseliuh dan amat baik untuk pesakit gout.
  • Mengaktifkan molekul air di dalam tubuh manusia.
  • Meningkatkan oksigen di dalam tubuh.
Berminat, sila sms @ whatsapp 0182184821



Double Stemcell

Salah satu penyelesaian untuk masalah kesihatan anda .. :)

-Dengan hanya satu produk anda seolah-olah mendapat semua khasiat yang mampu anda perolehi daripada vitamin berjenama terkenal

-Dengan hanya satu produk anda mampu kekal langsing dan awet muda

-Dengan hanya satu produk anda dapat membaiki dan menyembuhkan sel-sel badan yang rosak akibat pencemaran dan toksid dalam badan

-Dengan hanya satu produk masalah rambut gugur, sakit tulang belakang, gastrik, sakit urat dan sendi mampu dikurangi

-Dengan hanya satu produk anda mampu menghalus dan memutihkan kulit , merangsang kollegen secara semulajadi serta menghilangkan parut jerawat juga jeragat

-Dengan hanya satu produk ia boleh mengatasi masalah Rahim, kembang otot, fibroid, cyst dan haid yg tidak teratur

-Juga boleh menghilangkan kehitaman di ketiak

-Dengan satu produk anda di beri insuran sebanyak 3 juta



Double Stemcell bukan sahaja  membaik pulih kesihatan anda, tetapi juga mampu memberi dana kepada anda, ingin keterangan lanjut  sms@whatsapp 018 2184821





https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?bookmark_t=page

Resepi Lasagna

Assalamualikum 

Dulu tak suka sangat makan lasagna tapi bila di UK cheese murah dan banyak pilihan, kalau tak cuba buat rasa rugi dan  tak  sangka pula anak- anak suka makan. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu ada menu ni semasa di UK, bila dah selalu buat baru rasa sedap kat tekak ni :)




Mari lihat resepinya :-

Bahan2
- Kulit lasagna 1 kotak
-Parutan cheese
- Daging cincang 500gm -Sos daging  jgn terlalu kering
-Sos Putih

Cara2 membuat Sos Daging 
-Tumis sedikit bawang merah dan bawang putih yg di hiris halus atau potong dadu
-Setelah bawang agak keperangan masukkan daging cincang kacau hingga daging masak
-masukkan 1 botol sos spaghetti ( boleh guna apa jua brand yg halal)
-isikan sedikit air didalam bekas botol sos tadi dan tuangkan kedalam masakan 
( saya tak suka sos yang masam jadi letak lebih sikit air) masak hingga mendidih
-letak garam dan gula secukup rasa 
-boleh la masukkan apa saja ikut selera masing2 ( karot, cendawan dll) 
-setelah masukkan bahan-bahan yang disukai kacau sekejap dan tutup api

Cara2 membuat sos putih
- 2 sudu besar mentega @ majerin
- 2 sudu besar tepung gandum
-2 cwn susu segar
-2 sudu parutan cheese
-sedikit garam

- api perlahan masukkan butter hingga cair
- masukkan tepung dan kacau dgn whisk hingga sebati 
- masukan susu gaul kan sebati dan masukkan sedikit  garam
-masukkan shredded cheese kacau hingga separa likat.. Akan jadi lebih likat bila sejuk

-Cara2 susun atur Lasagna 
-sapukan minyak pada bekas- untuk memudahkan ia nya dicuci kelak
-susun  kulit lasagna dalam bekas kemudian  ratakan sos daging hingga menutup semua kulit lasagna. 
-ratakan  sos putih di atas sos daging tadi
- taburkan parutan cheese (untuk lapisan terakhir pastikan permukaan ditutupi cheese)
- ulangi proses yg sama hingga habis kulit lasagna
-bakar selama 35-40 minit  (bergantung pada jenis oven) dgn suhu 180C atau hingga permukaan lasagna kekuningan
-Biarkan sejuk sedikit, bolehla dipotong dan dihidangkan.

Selamat mencuba... :)


Wednesday, 18 September 2013

Tudung Sofea & Tudung Safa

Harga sangat2 menarik .. Diskaun untuk penghabisan stok ...
Kos penghantaran percuma diseluruh Malaysia..

Sms/whatsapp 018 2184821


SOFEA EXCLUSIVE XL



MATERIAL : COTTON/CHIFFON JORJET
DESIGN : SOFT AWNING KODROI
SIZE : XL
LABUH DARI TEPI : 21-22 inci
LABUH DARI DEPAN/BELAKANG : 31-32 inci

~ JAHITAN KERINTING DITEPI DAN TENGAH YG KEMAS DAN CANTIK
~ MENGGUNAKAN BENANG YANG BERKUALITI
~ DESIGN YG ESKLUSIF DAN LIMITED EDITION
~ SOFT AWNING KODROI YANG LAGI MENAIKKAN SERI PEMAKAI
~ PADANAN DIANTARA KAIN COTTON DAN CHIFFON JORJET
~ TONA WARNA YANG SANGAT MENARIK




SAFA EXCLUSIVE XL



MATERIAL : LYCRA KOREA
DESIGN : V-SHAPE/SOFT AWNING
SIZE : XL
LABUH DARI DAGU : 21-22 inci
LABUH DARI BELAKANG : 31-32 inci

~ JAHITAN HAMMING YG KEMAS DAN CANTIK
~ MENGGUNAKAN BENANG YANG BERKUALITI
~ DESIGN YG SIMPLE DAN ESKLUSIF
~ SOFT AWNING KODROI YANG LAGI MENAIKKAN SERI PEMAKAI









https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?bookmark_t=page

Sunday, 15 September 2013

Taman Burung Kuala Lumpur ( Bird Park KL)

Assalamualikum

Taman Burung Kuala Lumpur juga dikenali sebagai “Sangkar Terbang Bebas Terbesar di Dunia”. di mana pelawat akan dapat menyaksikan lebih 200 spesis burung tempatan dan asing.  Taman ini dibahagikan kepada empat zon, di mana burung-burung akan terbang bebas di Zon 1, 2 dan 3.  Di Zon 4, burung diletakkan di dalam sangkar yang lebih kecil-Info dari TBS.

Anak2 seronok sungguh apabila diberitahu nak ke Taman Burung , banyak informasi boleh didapati disana selain terasa tenang dalam suasana hijau di kelilingi tumbuh-tumbuhan. Antara jenis burung yang berjaya menarik minat anak saya ialah Ostrich (burung Unta), Falmingo, burung Merak, burung Kenyalang dan burung Kakak Tua.




Melangkah saja kaki dipagar pintu masuk pertama ke taman tersebut, kita akan disambut dengan terbangan burung kakak tua, bukan  anak-anak saja yang teruja tetapi juga yang dewasa. Untuk sesetengah jenis burung diletak dalam sangkar yang besar dan info lengkap mengenai spesis tersebut jelas dipamerkan. Beberapa ekor ayam yang saya rasa unik  juga ada di situ




Keindahan  lanskap didalam taman itu juga harus dipuji, ianya dilengkapi dengan air terjun dan kolam ikan.  Pada jam 12.30 tengah hari pertunjukkan kepintaran burung 'bird show'  di adakan di pentas yang disediakan. Tidak rugi rasanya jika luangkan masa 15 minit untuk menonton pertunjukkan itu, antara nama burung kakak tua yang mengambil bahagian ialah poppy, popye dan ringo. Anda boleh datang awal sedikit untuk memilih tempat duduk dibawah kipas untuk keselesaan  anak-anak. Berselahannya  disediakan tempat permainan kanak-kanak jadi tiada masalah sementara menunggu pertunjukan bermula anak-anak akan menghabiskan masa disitu. Rumah informasi mengenai penetasan telur burung juga ada disana.





Pelawat tidak dibenarkan membawa makanan atau minuman masuk ke taman, tetapi  saya membawa  sebotol air minuman dan dinasihatkan agar isi perut dulu sebelum kesana kerana makanan yang dijual di gerai-gerai agak mahal pada pandangan saya, juga pastikan anak-anak memakai kasut yang sesuai. Ada 2 kedai cenderahati disana satu terletak didalam  dan satu lagi berada dpenghujung taman. 

Jika ingin kesana,  pergi la awal pagi kerana mudah cari parking dan tidak berapa panas berbanding pergi diwaktu tengah hari.Tiket masuk adalah RM25.00 untuk dewasa dan RM12.00 untuk kanak-kanak.

Secara keseluruhan masa yang  akan dihabiskan untuk menjelajah seluruh taman juga meyaksikan pertunjukkan burung adalah lebih kurang 3 jam .Ayuh! bawa anak-anak beriadah dan berinteraksi dengan keindahan alam.

Wasalam.

Saturday, 14 September 2013

Nasi Impit Mudah

Assalamualaikum.

Semasa diperantauan,  boleh dikatakan ramai yang buat nasi impit sendiri. Pertama kali saya makan 'homemade' nasi impit  terus rasa teruja dan timbul perasaan nak buat sendiri , rasanya juga hebat sepertimana nasi impit segera yang berada di pasaran. Semua  jenis beras boleh digunakan termasuk basmathi.

Kalau dulu kena rebus 2-3 jam, dalam plastik pula, (rasanya semua tahu tindakbalas plastik bila kena bahang panas)  kini ada cara mudah  dan sihat..

Ada banyak versi untuk nasi impit , ini cara saya ..



Bahan2
-3 cawan@ gelas  beras ( kalau nak byk guna yg besar  ikut kapisiti periuk nasi)
-1 sudu minyak  masak utk memampatkan nasi impit dan  cantik
-daun pandan untuk jadikan ia berbau harum
-sedikit garam untuk ada rasa lemak2 jgn letak banyak
-periuk nasi
-'masher'- untuk memudahkan nasi hancur 

Cara2
-setelah disukat , basuh beras sekurang-kurangnya 3 kali
-masukkan 8 cwn @ gelas  air , gunakan yg sama untuk  menyukat beras tadi
-masukkan  sedikit garam, minyak masak dan daun pandan 
-masak seperti masak nasi biasa dalam periuk nasi
-apabila nasi dah masak segera padamkan suis periuk nasi
-gunakan 'masher' untuk lenyek nasi yg masih dlm periuk nasi, keluarkan daun pandan
-letak dalam bekas dan impit padat kemudian tutupkan... Kalau nak cepat sejuk letak dalam peti ais
-kemudian bolehlah dipotong dan dimakan dengan rendang, kuah lodeh, sambal kacang, sup- soto dll

** bila dibuka penutupnya kelak akan ada air peluawapan, ambik  tisu dapur tekap kan di permukaan nasi impit.

Tips :jgn ada ruang dalam bekas itu, pastikan betul2 padat dan ditutup rapat utk mengelakkan ia nya keras di permukaan.

Selamat mencuba. :)

Friday, 13 September 2013

Stokin D'NIFI

Assalamualaikum

Setelah beberapa minggu pakai stokin D'NIFI, Alhamdulillah ada rasa sedikit perubahan. Bangun pagi bila pijak lantai kurang sikit rasa sakit kat tapak kaki.

Kepada sesiapa yang telah membeli dan ingin tahu cara yang betul untuk pencucian stokin istimewa ini 
adalah seperti beikut :-

1) Mula-mula, rendam stokin dalam air paip biasa, letak sabun sedikit (saya guna sabun dynamo downy)
2) Gumpalkan atau gosok-gosok dengan tangan stokin itu supaya sabun dan air sebati.
3) Keluarkan dan berus sedikit sahaja bahagian dalam dan luar stokin.
4) Perah dan bilas stokin dengan air paip.
5) Jemur di dalam bilik air untuk pastikan air habis menitik dan stokin agak kering.
6) Gantung di dalam bilik tidur yang ada kipas.
Stokin boleh kering dengan sendiri dan sangat cepat jika cuaca panas.
Anda boleh juga jemur di luar rumah untuk mempercepatkan proses pengeringan nya.
tetapi Awas.... Amat tidak digalakkan di keringkan menggunakan mesin basuh atau secara langsung basuh menggunakan mesin basuh kerana ia boleh memendekkan jangka hayat stokin tersebut dan kesar FIR yang ada di stokin akan cepat lenyap.




Di harap ini dapat membantu mereka yg kurang pasti bagaimana untuk membasuh stokin D'NIFI

Bagi yang ingin mencuba boleh hubungi saya melalui sms@whatsapp 018 2184821