Assalamualaikum
Kami satu keluarga suka makan kuih pau tapi suka yang berlainan intinya. Biasanya saya buat 3 jenis iaitu inti kelapa, inti kaya (beli yg dah siap) dan untuk simanja, pau kosong tak da inti.. :)
Rasa pau ni macam pau kampung , jika ingin tau macam mana rasanya kena la cuba.
Bahan2 inti kelapa
-kelapa parut secukupnya (guna 'desiccated coconut' pun boleh)
- air secukupnya
- gula merah & gula pasir
Cara2
-didihkan air dalam kuali
-masukkan gula merah dan gula pasir hingga gula larut
-masukkan kelapa parut
-gaul kan sebati (saya suka inti yang agak basah tidak terlalu kering)
-tambah gula jika rasa kurang manis
Bahan2 Untuk Doh
-250gm tepung gandum
-3gm yis
-2gm baking powder
-20gm minyak masak
-2gm bread softener
-50gm gula castor
-1/2 cwn air suam @115gm
(Jika gunakan tepung gandum 1kg pastikan semua bhn digandakan 4 dan air suam sebanyak 460gm)
**pastikan tepung gandum yang digunakan bebas dari bahan peluntur**
Cara2
-gaulkan tepung & yis
-larutkan gula dlm air
-tuang larutan gula sedikit demi sedikit dlm tepung & gaul perlahan-lahan
-separuh jln tuangkan minyak & teruskan menguli dgn menghabiskan lebihan air hingga doh kenyal
(Jika gunakan 'stand mixer' gunakan pemukul doh dengan kelajuan 2-3, matikan setelah ia menjadi doh)
-rehatkan doh 30 minit (tutup bekas doh dengan plastik 'cling film')
-bulat2kan doh & rehatkan lagi 10minit
-leperkan doh & letak inti rehatkan sekejap (alas pau dgn kertas yg sesuai jika tidak mengunakan daun pisang)
-kukus selama 10 minit
* pau yg sejuk blh di kukus semula
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment