Monday, 30 December 2013

Resepi kuih Buah Melaka/Ondeh2 Mudah

Assalamualaikum

Sesekali buat kuih ini untuk minum petang terasa nikmatnya, dimeriahkan lagi dengan bantuan anak-anak. Resepi untuk kuih ini banyak versi, saya gunakan pewarna dan perisa pandan tanpa daun pandan. Jom lihat bahan dan cara membuatnya.




Bahan-bahan 
-500 gm tepung pulut
-4 sudu besar tepung gandum
-air secukupnya
-1/2 sudu teh pewarna hijau
-1 sudu teh perisa pandan
-1 keping gula melaka dipotong kecil (lebih mudah gunakan serbuk gula merah)
-kelapa parut secukupnya dan dicampurkan dengan sedikit garam

Cara-cara Membuat
- Gaul tepung pulut dan tepung gandum lalu  masukkan pewarna hijau dan perisa pandan juga  air yang dituang sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
-Ambil doh sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat dan tekan menjadi leper
-Letakkan  gula melaka yang dipotong kecil atau sedikit serbuk gula merah dan tutup doh lalu bulatkan semula
-Didihkan air secukupnya didalam periuk dan masukkan doh yang telah diisi gula merah
-Angkat kuih apabila ia timbul dipermukaan dan toskan airnya 
-Kemudian gaulkan dengan kelapa parut bergaram dan boleh la dihidangkan

 Jika tiada daun pandan didapur  kuih ini masih boleh direalisasikan tetapi harus ada perisa pandan dan pewarna ( boleh juga gunakan pewarna lain seperti merah, kuning dan lain-lain)

Selamat mencuba.

Wassallam







Saturday, 28 December 2013

Tudung Ellisya (Shawl)

Tudung Ellisya

MATERIAL : PREMIUM CHIFFON
PANJANG : 2 METER
LEBAR : 0.5 METER

~ KAIN SELESA DAN SEJUK

~ BOLEH DILABUHKAN MENGIKUT CARA PEMAKAIAN
~ WARNA MUNGKIN TIDAK SAMA SEPERTI YANG ASAL ATAS EFEK PENCAHAYAAN ATAU GAJET.




























Berminat untuk mengayakan  tudung (shawl) terbaru keluaran Modern Hijab Exclusive sms/whatsapp 0182194821
Atau pm di 'Facebook'










Saturday, 21 December 2013

Resepi Acar Timun Berempah

Assalamualaikum

Bila makan nasi minyak atau nasi planta rasa macam tak lengkap kalau tidak ada acar. Suami saya yang bagi resepi ini, rasanya dia gunakan khidmat 'cik google'. Saya ubah sedikit dari resepi asal yang diberi. Rasa macam makan lauk kenduri kahwin dan tak payah manapun nak membuatnya. 

Jika ada rancangan untuk memasak  nasi minyak atau nasi planta bolehlah jadikan resepi ini sebagai salah satu menu untuk lengkapkan hidangan. Mari lihat bahan dan cara membuatnya.



Bahan-bahan
-Sebatang Timun ( potong memanjang dan buang isi putih dan hiris halus)
-Sebatang karot ( hiris halus)
-1 sudu rempah kari
-1 sudu cili kisar
-1 sudu biji sawi
-1 batang kulit kayu manis
-2 kuntum bunga lawang
-2 sudu gula
-2 sudu jus limau ( saya guna yang dalam botol)
-sedikit garam
-sedikit bawang besar dipotong memanjang
-sebatang cili merah atau 3 biji cili padi- dihiris ( kalau tak nak letak pun tak apa)
-air secukupnya

Bahan-bahan tumbuk
-separuh dari bawang besar
-3 biji bawang putih
- 3cm halia
-segengam kacang tanah ( sangai atau goreng) - ditabur pada acar yang telah dimasak

Cara-cara
-tumiskan bahan-bahan tumbuk  dengan sedikit minyak masak sehingga keperangan kecuali kacang tanah
-masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan biji sawi kacau sebati
-masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing
-masukkan serbuk kari dan sedikit air (jangan terlalu banyak jika agak pekat tambah lagi air)
-masukkan jus limau, gula dan garam ( rasa ikut selera masing-masing)
-masukkan bawang potong dan cili hiris 
-masukkan timun dan karot hiris kacau selama 2 minit dan tutup api masak ( untuk mengelakkan timun dan karot menjadi lembut)
-taburkan kacang tumbuk dan gaul sebati


Selamat mencuba.

Wasallam

Tuesday, 17 December 2013

Anak ke Alam Persekolahan (Darjah Satu)

Assalamualaikum

Tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk kita melangkah ke tahun baru juga bermakna satu cabaran besar yang akan dilalui oleh anak-anak berumur 6 tahun.

Rasanya ramai anak-anak telah didedahkan dengan sistem pendidikan seawal umur 4 tahun lagi malah ada yang bermula dari umur tiga tahun, namun memasuki alam persekolahan yang sebenar jauh berbeza dengan apa yang mereka lalui ketika di tadika. Perasaan mereka bercampur baur seakan kita baru melangkah kealam pekerjaan dan mula bekerja pada hari pertama.

Ada juga yang mungkin akan menggunakan semula kelengkapan sekolah kakak atau abang mereka yang masih elok tetapi  kebiaasaannya  ibu bapa akan membeli juga beberapa kelengkapan yang baru sebagai pendorong dan  semangat untuk anak-anak ini memulakan langkah pertama dalam kehidupan mereka yang masih panjang.



Antara perkara yang perlu dilakukan sebelum bermula alam persekolahan :-
-pastikan anak telah didaftar terlebih dahulu ( boleh mula mendaftar seawal umur 5 tahun : pergi kesekolah yang diingini dan dapatkan maklumat lanjut dan pendaftaran juga boleh dilakukan melalui 'online' )
-ibu bapa/penjaga akan diberitahu akan penerimaan anak kesekolah yang berkenaan melalui pos dan perlu membawa surat beranak asal ke sekolah tersebut untuk disahkan penerimaannya.
-tarikh untuk mengambil senarai buku tulis juga akan diberitahu oleh pihak sekolah
-perlu menghadiri sessi suai kenal yang kebiasaannya  diadakan seminggu sebelum sekolah dibuka.
-perlu menyediakan baju sekolah yang lengkap, baju sukan,  alat tulis, beg sekolah, botol air  dan lain-lain yang berkaitan

Bila ditanya kepada anak saya apakah perasaannya yang  akan memulakan alam persekolah tidak lama lagi, dia dengan senyum simpul berkata ada perasaan takut, gementar dan malu. Pelbagai persoalan yang ditanya seperti keadaan kelas, cikgu baik atau tidak, bagaimana jika hendak ke tandas,  apa yang harus dilakukan bila masuk kelas,  kawan-kawan, macam mana dengan makanan dan minuman  walaupun dia telah melalui alam tadika juga persekolahan semasa di United Kingdom. Namun setelah semua kelengkapan sekolah dibeli terpancar kegembiraan diwajahnya dan semangat berkobar-kobar untuk kesekolah juga jelas kelihatan.

Diharap tiada sebarang masalah untuk semua anak-anak yang bakal melalui alam persekolahan yang sebenar tidak lama lagi. Sama-sama kita doakan agar anak-anak ini menjadi orang yang berguna juga berjaya dalam tuntutan hidup di dunia dan di akhirat, insyaAllah.

Wasallam





Saturday, 14 December 2013

Resepi Ikan Siakap Stim dengan Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum

Saya tak tahu kenapa orang menggelarnya pemanggang ajaib mungkin fungsinya yang boleh memasak pelbagai jenis makanan, yang ini jenis vantage.


Selain membakar dan memanggang, saya masak ikan  ala-ala stim dan rasanya sedap. Sesiapa yang ada alat pemanggang ini bolehlah cuba tak perlu periuk kukus bagai nak buat ikan stim.

Mari lihat resepi ikan Siakap Stim

Bahan-bahan 
-seekor ikan siakap ( boleh guna ikan lain ikut selera masing-masing)
-1 batang serai ( dihiris- kalau serai kurus gunakan 2 batang)
-2 inci halia (dihiris)
-3 sudu besar jus limau ( saya guna jus limau  dalam botol)
-1 sudu besar garam
-1 labu bawang besar dipotong bulat
-3 sudu sos tiram
-karot
-daun sup atau daun ketumbar

Bahan-bahan tumbuk
-5 ulas bawang putih
-separuh dari bawang besar

Cara-cara
-lumurkan sebati semua bahan-bahan hiris, bahan-bahan  tumbuk, jus limau, sos tiram dan garam lalu perapkan ikan sebentar


-letakkan sedikit air kedalam pemanggang, tunggu sehingga airnya mendidih kemudian masukkan ikan tadi dan tutupkan pemanggang dalam 7 minit


-terbalikkan ikan tadi, tambah lagi sedikit  air dan masukkan bawang potong dan karot dan tutup semula pemanggang selama 10-15 minit (boleh tambah apa saja yang di ingini seperti sayur kobis, cendawan dan lain-lain)


-saya tambah lagi air kerana anak-anak suka hirup kuahnya, rasa kuahnya dan jika perlu boleh tambahkan  lagi garam atau jus limau ikut citarasa masing-masing, setelah ikan masak taburkan daun sup atau daun ketumbar.


Keseluruhan proses untuk ikan masak adalah dalam masa 20-30 minit. Kalau rajin bolehlah lengkapkan lauk pauk lain seperti tomyam, sotong goreng tepung dan lain-lain terasa macam makan direstoran 'seafood' dan yang penting air tangan sendiri.

Selamat mencuba.. :)

Wassallam.













Thursday, 12 December 2013

Triple Stemcell





Triple Stem Cell – Revolusi Kecantikan!
===========✿✿✿✿✿✿✿✿✿===========
Triple stemcell Miracle Intense Essence menggabungkan tiga jenis sel stem tumbuhan, seperti gambar  di atas. Ciptaan ini telah memenangi dua Anugerah Inovasi Eropah dan dua kali pemenang Anugerah Nobel Dr Linus Pualing mengesyorkan unsur surih dengan molekul plg kecil dan penembusan yg tinggi, mampu bagi anda mendapat tindak balas serta-merta , lebih sihat cantik, & berkeyakinan.

Kandungan mantap Triple stemcell Miracle Intense Essence adalah:-
✔  PhytoCellTec Malus Domestica (Apple Stem Cell),
✔ PhytoCellTec Solar Vitis (Grape Stem Cell),
✔ PhytoCellTec Argan (Buah Argan Morocco ),
✔Crocus DermCom Chrysanthus Bulb Ekstrak (2012 Anugerah Europh Inovasi ),
✔ Sodium Hyaluronate,
✔ Ekstrak Gandum,
✔  Ekstrak Ubi Kayu larutan air, dan
di perkayakan kandungan mineral dari mata air semulajadi.

Cara Penggunaan
Triple Stemcell Miracle intense adalah sangat mudah untuk digunakan, hanya selepas mencuci muka, sembur di muka. Jika mahu aplikasi di beberapa bahagian yang lain, hanya sembur dan lihat tindak balas & keajaibannya.

Kesan-kesannya
Dengan hanya  10 semburan sahaja boleh membawa kepada tindak balas terbaik seperti :-
✔  Memutihkan kulit & menjadikan kulit lebih sekata secara menyeluruh
✔Melembapkan kulit & menjadikan kulit lebih lembut
✔  Memulihkan liang pori & menegangkan kulit
✔ Mengurangkan kedutan & menjadikan kulit lebih muda
✔Memudarkan jeragat & kulit menjadi makin cantik
✔Memulihkan kesihatan kulit & kulit semakin kenyal
✔Antioksidan untuk kulit & juga anti-aging! kulit lebih remaja
✔SPF 25 & Melindungi dari kerosakan akibat sinaran UV
✔Menjaga kulit agar segar  dan  lembap sentiasa
✔Meningkatkan kecergasan cell kulit & menjadikan kulit semakin anjal!

Berminat untuk mencuba atau menjadi rakan niaga atau perlu keterangan lanjut sms/whatsapp 0182184821 http://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?ref=hl&bookmark_t=page

Tuesday, 10 December 2013

Kelebihan Double Stemcell



***DOUBLE STEMCELL***

Phytoscience DOUBLE STEMCELL dapat membantu membekalkan nutrien kepada sel-sel, menguat dan membaikpulih sel-sel yang lemah, rosak dan mati akibat proses penuaan,pemakanan, pencemaran (air & udara) dan kesan-kesan Radikal Bebas.

Kelebihan Produk DOUBLE STEM CELL adalah ia berupaya mengatasi, merawat serta mencegah masalah & penyakit disamping bertindak membetul dan membaikpulih sel-sel yang rosak yang menyebabkan ia tidak berfungsi dengan betul.

Apabila sel-sel telah pulih dan menjadi kuat, sistem tubuh akan kembali berfungsi dengan efisyen dan normal, maka fungsi 'antibody' dan sistem imun, hormon serta proses nyahtoksin menjadi lebih sempurna dan efisyen menyebabkan punca-punca penyakit dapat dipulihkan. Inilah yang menyebabkan sistem badan berjaya memulihkan penyakit, melambatkan proses penuaan dan kita kekal sihat.

Penggunaan cara yang betul dan konsisten akan membantu anda:
[✔] Memutih & menggebukan kulit wajah dan badan.
[✔] Membantu mengurangkan kedutan pada kulit
[✔] Menghapuskan jerawat.
[✔] Mengaktifkan sel-sel badan dan kulit
[✔] Membantu menjadikan kulit halus, licin dan anjal
[✔] Menghilangkan minyak berlebihan
[✔] Melembapkan kulit.
[✔] Menigkatkan daya penyerapan kolegen oleh badan
[✔] Merangsang badan bagi menghasilkan lebih kolegen
[✔] Membantu menguatkan sendi dan tulang
[✔] Membantu bertindak sebagai anti penuaan
[✔] Agen antioksidan
[✔] Menjaga kesihatan dan jantung
[✔] Mengurangkan risiko kanser & penyakit lain.






Amatlah disyorkan kepada mereka yang mempunyai masalah seperti berikut:
*Gout
*Kencing manis
*Darah tinggi
*Lemak darah
*Anemia
*Kulit sensitif
*Sistem penghadaman lemah
*Demam selsema
*Mudah letih dan badan lemah
*Tekanan
*Kolestrol tinggi

maklumat lanjut sila sms/whatsapp 0182184821

RAKAN NIAGA AMAT DI PERLUKAN!!!!

Monday, 9 December 2013

Pesta Buku - Big Bad Wolf 2013

Assalamualikum

Pesta buku yang sungguh menarik sedang berlangsung di 'The Mines', memandangkan sekarang  musim cuti sekolah maka  kesesakkan sememangnya harus dijangka. Kenderaan juga banyak jadi harus bersabar ketika mencari tempat pakir kereta.



Suasana seakan pasar malam tetapi  lambakan makanan digantikan dengan buku-buku, segala jenis kategori buku  ada dijual. Buku masakan, motivasi, majalah, novel, menguji minda, komik,  agama dan lain-lain. Untuk novel dan buku cerita kanak-kanak ada dijual dalam Bahasa Melayu juga Bahasa Inggeris dan harga yang ditawarkan sangat- sangat berpatutan. Buku cerita Inggeris kebanyakkan di ambil dari negara United Kingdom juga Amerika dan purata dijual dari harga RM3.00 dan ke atas. Terasa seperti berada di 'The Works' salah satu kedai buku di UK.




Buku yang dijual RM1.00 juga hebat kualitinya bak kata pepatah kalah membeli menang memakai tetapi dalam situasi ini saya rasa menang  membeli dan menang memakai. 


Bila dewan penuh dengan buku-buku dengan  pelbagai kategori tentunya akan mengambil masa yang agak lama untuk memilih buku yang sesuai, ternyata situasi ini kurang disenangi oleh kanak-kanak yang cepat merasa bosan. Jika anda mengalami keadaan sebegini boleh la membawa anak ketingkat atas didalam dewan yang sama kerana  ada disediakan tempat permainan kanak-kanak berbayar  juga terdapat banyak gerai makanan juga minuman. Salah satunya Pizza Domino yang menawarkan harga RM7.00 satu kotak untuk pizza yang kecil dan RM10.00 jika anda membeli 2 kotak.


Ada 7 hari lagi sebelum  pesta terbesar jualan buku ini tamat, jika ada masa saya sarankan bawalah anak-anak kesana. Pelbagai jenis buku untuk semua peringkat umur ada dijual, tanamkan sifat suka membaca kerana ia jambatan ilmu.

Wasallam.



Saturday, 7 December 2013

Resepi Kuih Seri Muka

Assalamualaikum

Kuih seri muka ni memang 'everlasting' kalau ada kenduri kendara kebiasaanya pasti menjadi hidangan untuk tetamu. Saya minta resepi ini dari kawan selepas makan kuih ini dirumahnya, rasa sedap dan cara membuatnya juga mudah. Mari  lihat resepinya.



Bahan-bahan Lapisan Bawah
-500gm beras pulut
-400ml santan sederhana pekat ( jika guna santan dalam tin guna 300gm dan tambah air lagi 100gm)
-sedikit garam
Masak pulut hingga masak ( samada melalui cara kukus atau lebih mudah masuk dalam microwave)

Bahan-bahan Lapisan Atas
-3 biji telur
-140gm gula
-450ml santan pekat (guna santan tin 400ml dan tambah kan 50ml dari lebihan santan untuk lapisan bawah tadi)
-setengah sudu kecil garam
-1 sudu kecil pandan paste
-sedikit pewarna hijau
-120gm tepung gandum 
-3 sudu besar tepung jagung

Cara-cara Membuat Lapisan Atas
-pukul telur dan gula hingga kembang
-masukkan santan, garam & pandan paste juga pewarna hijau lalu dipukul rata
-masukkan tepung gandum dan tepung jagung dalam adunan tadi dan kacau sebati
-masak sekejap atas dapur dengan api perlahan dalam 1-2 minit sehingga adunan agak pekat


-tekan atau ratakan pulut yang telah dimasak tadi kedalam loyang atau tin cake 11' (tekan padat agar lapisan atas tidak mengalir kedalam pulut)
-tapiskan adunan lapisan atas yang telah dipanaskan dan tuang diatas pulut 
-kukus dalam 40-45 minit atau hingga lapisan atas mengeras

-sejukkan kuih ini baru lah boleh dipotong

Selamat mencuba

Wasallam



Friday, 6 December 2013

Shine Stemcell


Assalamualaikum,  perkenalkan  produk baru dari PhytoScience Shine Stemcell




Info Produk Shine Stemcell




Triple stemcell™ Shine Stem (SS Cream)
Adalah lumrah setiap manusia mempunyai keinginan untuk berpenampilan menarik  dan cantik. Terdapat pelbagai produk dipasaran,  Phytoscience juga tidak ketinggalan mengeluarkan produk untuk kulit agar sentiasa kelihatan cantik dan terpelihara  keremajaannya.  Pakar penjagaan kulit dan kecantikan Phytoscience telah berjaya menghasilkan Triple Stemcell Shine Stem Cream (SS Cream) yang menjadikan penjagaan kecantikan mudah dan berkesan. Ia boleh membantu anda untuk kelihatan muda tanpa mengira usia.

Kesan Perubahan Serta Merta Triple Stemcell Cream
  • Pertumbuhan semula kulit lapisan dalaman dipatenkan
  • Kesan solekan dapat bertahan lama sepanjang hari
  • Penyelarasan warna kulit secara automatik
  • Melindungi kulit daripada kerosakan sinaran matahari
  • Isolasi daripada tembusan sinaran UV
  • Kelembapan antioksida semulajadi
  • Membentuk semula kontur muka yang kukuh
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan
  • Megurangkan dan mencegah penyebaran melanoma dan bintik-bintik hitam
  • Mencapai kesan solek tawar yang semulajadi
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Lapisan perlindungan yang tembus udara
  • Kesan pelembap
  • Formula unik yang kalis air dan anti-peluh
  • Tidak melekat dan tidak berminyak
  • Tidak Mengandungi bahan silikon dan tidak akan menyebabkan liang kulit tersumbat
  • Kosong sifar bebanan bagi kulit

Triple stemcell™ Shine Stem Sebatian 5 bahan utama terkenal

Sel Induk Epal
Dicipta oleh Dr. Fred Zulli, ketua saintis syarikat biokimia Mibelle yang terkenal di Swiss. Spesis sel induk epal ini boleh mengaktifkan pertumbuhan semula 80% sel induk yang tidak aktif sehingga melambatkan proses penuaan.

Sel Induk Anggur
Dicipta oleh Dr. Fred Zulli, ketua saintis syarikat biokimia Mibelle yang terkenal di Swiss. Ia kaya dengan pigmen antosianin, dapat melambatkan proses penuaan dan mencegah kerosakan sinaran UV terhadap tisu kulit secara berkesan.

Sel Induk Argania Spinosa
Bahan aktif ini terbukti pertama kali di dunia bahawa ia mempunyai kesan perlindungan dan pengaktifan sel induk dermis. Digunakan secara khas untuk meningkatkan “keupayaan pertumbuhan semula” sel induk dermis. Ia merealisasikan pertumbuhan semula kulit lapisan dalaman, memulihkan ketegasan kulit dan mengurangkan kedutan sebanyak 26%.
Ektrak daripada Crocus chrysanthus(Golden Saffron)Mendapat anugerah rekacipta inovatif Eropah tahun 2012. Pengekstrakan daripada mentol bunga sebagai asas, mengubah tahap penuaan kulit dengan mengaktifkan interaksi di antara sel-sel kulit. Juga, meningkatkan pertumbuhan kolagen dan elastin, menambah ketumpatan kulit secara berkesan dan membantu memulihkan kulit menjadi lebih muda.

SunActin
Faktor perlindungan sel secara pintar, mencegah pertumbuhan melanoma kulit dan isolasi daripada tembusan sinaran UV.

Cara Penggunaan
Sapukan cream Shine Stem keseluruh muka selepas menggunakan Triple Stemcell ( melalui cara spray)


Untuk keterangan lanjut sms/whatsapp 0182184821

Thursday, 5 December 2013

Promosi Produk Stemcell

Assalamualaikum

Sukacita ingin memberitahu sekarang ada promosi untuk produk Stemcell seperti dibawah, berbelanja dengan bijak bila ada jualan murah jangan ketinggalan kerana ia sangat-sangat menjimatkan.





sms@whatsapp 0182184821  



Apa itu Double Stemcell

Assalamualaikum

Rasanya ramai yang telah tahu akan produk Double Stemcell secara kasar, sebelum membuat keputusan untuk menjadikannya 'supplement' untuk diri sendiri juga ahli keluarga kita perlu tahu asal usul dan kandungannya.

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG PRODUK?
Produk Double Stemcell ini telah dipatenkan di US. Ia di daftarkan dengan SGS. SGS ialah satu pihak bebas bertempat di Singapura. Bukanlah satu perkara yang mudah untuk mendapat kelulusan dari SGS Produk perlu melalui banyak ujian ujian rapi sebelum diluluskan.

Petikan dari www.sgs.sg : 'At SGS, we provide independent services that touch the lives of millions of people across the globe. We provide you with industry leading inspection, verification, testing and certification services – anywhere in the world.
When it comes to the products and services you produce or purchase, their quality, safety and compliance is vital. Whatever your industry, wherever your operations, we deliver essential information – when you need to be sure.'

Mendapat pengiktirafan dari  SIRIM : Badan Piawaian Malaysia. Kelulusan hanya diperolehi selepas ujian ujian rapi terhadap barangan lulus. Ia adalah  100%  'vegetarian' jadi tidak perlu risau akan lemak haiwan dan sebagainya malah mendapat sijil HALAL MALAYSIA.

Syarikat  mempunyai product liability insurans sebanyak  RM 3 juta dengan MSIG (Mitsui Sumitomo Insurance Company) salah satu syarikat insurans terbesar di dunia.  Berdaftar dengan KKM (KKM-163/S/25 Jld.214) bermakna ianya selamat digunakan.



KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM DOUBLE STEM CELL:
1) Stem Cell Apple -berfungsi untuk : Penghasilan Sel Baru, Antioksidan yang tinggi, Melindungi Pertumbuhan Semula sel Kulit, Pemulihan Luka

2)Stem Cell Anggur - berfungsi untuk : Anti Penuaan, Perlindungan Dari UV, Meningkatkan kekuatan Sel Kulit

3) Ekstrak Acaiberry - berfungsi : Meningkatkan Metabilosma, Mengurangkan Berat Badan, Memperbaiki aliran darah, Menguatkan Jantung, Membekalkan Tenaga, Vitamin A, B1 & E

4) Ekstrak Blue berry - berfungsi : Vitamin A, C, E, K, Anti oksidan yang tinggi, Singkirkan Toksin & Radikal Bebas, Mengurangkan lemak & Kolestrol, Meningkatkan Sistem Imunisasi Badan, Membekalkan Tenaga.

Double Stemcell amat sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan juga boleh menambah dana kewangan anda.

Sesungguhnya segala penyakit insyaAllah ada ubatnya jika diizinkan oleh Allah... Usaha, tawakkal dan doa harus datang dari kita..

Untuk keterangan lanjut sms/whatapp 0182184821 atau pm dimukabuka 

Wasallam.












Wednesday, 4 December 2013

Tudung Haifa Exclusive XL

Tudung Haifa Exclusive adalah  tudung yang berpelapik didagu dan mudah dipakai berikut adalah ciri- keistimewaan tudung ini :-
Material : 100% Denim
Design : V-shape , jahitan kerinting dan hamming, berpelapik dagu
Awning : Soft awning Denim
Size : XL
Labuh : Dari dagu 20-21 inci

~ Kain yang sejuk, lembut & selesa
~ Design berpelapik
~ Didatangkan dengan rona warna yang lembut dan menarik
~ Menjimatkan masa untuk anda yang sibuk
~ Awning lembut sesuai dengan semua bentuk muka
~ labuh menutupi dada
~ Sangat mudah dipakai dan digayakan 

















sms/pm/whatsapp 0182184821 untuk sebarang pertanyaan dan urusniaga.



Sunday, 1 December 2013

Resepi Agar Santan Gula Merah

Assalamualaikum

Bila buat agar-agar ini dan disimpan dalam peti sejuk lalu dimakan pada waktu tengahari terasa akan nikmatnya dan lemak santannya juga terserlah. Cara penyediaan juga mudah, ia boleh diubah ke perisa pandan dengan menggantikan gula merah dengan kisaran air pandan atau perisa pandan.


Mari lihat bahan yang diperlukan juga cara-cara membuatnya.

Bahan-bahan
-25gm agar-agar
-1200ml air
-1 cawan gula merah/gula melaka ( boleh ditambah jika mahu)
-1 setengah cawan gula ( boleh dikurangkan juga ditambah ikut selera masing-masing)
-400ml santan 
-1 biji telur 
- suku sudu kecil garam
-5 ketul gula baru bersaiz sederhana (supaya agar-agar tidak mudah berair)

Cara-cara
-pukul telur dan masukkan santan juga garam lalu dikacau sebati (ketepikan)
-gunting kecil agar-agar dibasuh dan direndam selama  10 minit supaya ia cepat cair ketika dimasak
-masak air hingga mendidih dan masukkan semua jenis gula dan agar-agar, masak hingga gula larut dan sebati
-masukkan campuran telur, santan dan garam tadi
-kacau hingga mendidih dan matikan api memasak
-tapiskan ketika tuang kedalam bekas 
-kemudian sejukkan didalam peti ais

Agar-agar ini amat sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga juga hidangan untuk semua majlis.

Selamat mencuba.

Wasallam


Tudung oh Tudung

Assalamualaikum

Kali ini nak bercerita akan betapa taksubnya sesetengah manusia akan sesuatu jenama. Kalau jenama 'Apple' mengeluarkan  produk terbaru kita boleh melihat  orang ramai akan beratur menunggu kedai dibuka pada keesokkan harinya. Ada yang sanggup tidur didepan kedai malah sanggup mengharungi cuaca sejuk jika di luar negara.

Tak sangka fenomena begini juga berlaku dinegara kita, pada mulanya saya kurang percaya apabila ada rakan bercerita ada segelintir kaum hawa yang fanatik dengan satu jenama tudung, al-maklumlah baru beberapa bulan pulang ke Malaysia setelah hampir 4 tahun berada di United Kingdom dan saya juga kurang tahu akan jenama tersebut. Memandangkan kedainya berdekatan dengan  kawasan kediaman saya maka ia ternyata benar kerana saya sendiri melihat perkampungan sementara yang diadakan oleh bakal pembeli. Mereka datang dari merata kawasan dan nyata ramai bukan dari kawasan setempat, ada yang membawa anak kecil tidur di dalam kawasan khemah, dalam kenderaan juga dikaki lima kedai. Ada juga  para suami turut serta menemani isteri masing-masing.

Alhamdulillah perniagaan  tersebut berjaya menguasi pasaran tudung di Malaysia namun pada pendapat saya ia kurang sesuai dibuka berhampiran kawasan  kediaman. Tiada pertikaian akan jenama tudung tersebut kerana apa pun jenama yang dipilih terpulang kepada  individu kerana saya rasa pengetahuan cara menutup aurat dengan betul telah diketahui umum. Kekerapan jualan yang dikatakan murah ( saya tidak pasti harga sebenar kerana belum lagi menjejakkan kaki ke kedai tersebut) sering menimbulkan rasa tidak puas hati kepada penduduk setempat dengan kesesakkan yang berlaku. Diharap masalah sebegini dapat diselesaikan oleh pihak pengurusan untuk jualan murah yang seterusnya.

Bagi mereka yang berminat dengan tudung labuh keluaran Modern Hijab Exclusive bolehlah rujuk di sebelah kanan blog ini di bawah label tudung. InsyaAllah akan diusahakan sampai ketangan anda tanpa perlu keluar dari rumah.




Wasallam