Bila bercakap pasal rumah, ramai yang secara sepontan akan menggelengkan kepala bila dengar harga jualannya. Baru- baru ini PKNS di Bandar Baru Bangi ada melancarkan pelancaran dan pengundian projek rumah di Bandar Baru Bangi.
Melalui pengalaman saya, keadaan sebegini membuatkan pembeli tidak mempunyai banyak pilihan dalam pemilihan lot rumah.Ternyata usaha membawa kejayaan, Alhamdulillah mereka yang gigih menunggu dari hari sebelum kaunter dibuka berjaya untuk dapatkan no giliran seterusnya dapat memilki rumah di Bandar Baru Bangi.
Namun tidak semua orang yang sanggup berbuat demikian, ada juga yang tidak berpuas hati kerana surat menyatakan pukul 9 pagi kaunter dibuka dan ada yang memberitahu no giliran telah habis seawal pukul 4 pagi (Wallahu a'lam). Berlaku sedikit kekecohan namun ia berjaya dikawal oleh pihak keselamatan yang bertugas, mereka yang datang pada pagi hari tersebut ternyata kecewa.
Harga rumah secara keseluruhannya kini sememangnya tinggi walhal keluasan rumah tidak seberapa, jika dahulu keluasan rumah (built up area) menjadi pilihan utama disamping pemilihan kawasan namun sekarang orang ramai seakan tidak kisah berapa pun keluasannya asalkan dapat memiliki rumah di kawasan yang diingini. Rata-rata mereka perlu melakukan kerja-kerja pengubahsuaian selepas penyerahan kunci untuk keselesaan keluarga.
Jika anda bercadang untuk membeli rumah pada hari perlancaran pastikan anda membawa:-
-Surat tawaran jika ada
-Kad Pengenalan (kalau ada masa buat 2 salinan)
-Wang pendahuluan ('booking fees' biasanya RM500-RM1,000) jumlahnya perlu dirujuk terlebih dahulu dari pihak pemaju
-Slip gaji ( boleh terus rujuk kepada pegawai bank mengenai kelayakkan pinjaman, biasanya akan dijemput oleh pemaju, untuk pinjaman kerajaan pastikan anda tahu berapa kelayakan anda)
Proses seterusnya adalah membayar baki 10% dari harga rumah, juga bergantung kepada berapa peratus jumlah pinjaman. Anda juga perlu menandatangani perjanjian jual beli, pastikan tandatangan perjanjian jual beli yang telah lengkap ditaip butir- butir diri juga hartanah. Teliti terma-terma yang terdapat didalamnya, jika kurang arif rujuk kepada peguam yang dilantik untuk penerangan lanjut.
Sesiapa yang berhasrat untuk membeli rumah terutama dikawasan yang telah matang diharap sedikit sebanyak coretan diatas dapat memberikan gambaran suasana pada hari pelancaran, setiap kawasan adalah berbeza juga bergantung kepada siapa pemaju perumahan tersebut. Perlu selidik apa yang harus dilakukan juga perlu bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan.
Wasalam
Salam, saya tengah survey rumah di bandar baru bangi. tapi saya ingin tahu harga yang bank valuer bagi. sbb saya nak tahu perbezaan dgn market price. takut loan tak lepas pulak. terutama ruma 2 storey die sekseyn 8 bangi. tq
ReplyDeleteWs
DeleteYa ..seelok-eloknya check dengan valuer dahulu...terutama rumah yg ingin dibeli adalah atas tangan orang. Jika igin buat pinjaman kerajaan pastikan check dengan bahagian penilaian kerana kebiasaan ada sedikit perbezaan antara pinjaman bank dan pinjaman kerajaan. Good luck on your house hunting... :)
salam, saya juga mencari-cari kawasan sekitar bangi namun terasa bagai pungguk menanti bulan sahaja, rumah lelong pun 700k..instalment 2k plus tu..masih mencari kediaman impian
ReplyDeleteW'salam , betul fadzilah di Bangi memang harga sebegitu... Cuba guna khidmat agen untuk rumah second hand mana tau ada rezeki boleh dapat harga dalam RM300K ke RM500K.. Teruskan usaha insyaAllah .. :)
Delete