Monday 2 September 2013

Tiramisu - (Mudah, Cepat & Sedap)

Mula belajar buat dan  suka makan Tiramisu masa kat UK.. dapat resepi dari jiran kat sana orang Malaysia juga tapi ubah suai sedikit  resepi tu..

Selamat mencuba. ... :)


Bahan2
- Kek ( saya suka gunakan plain cake yakni tanpa cream blh juga guna biskut 'ladies finger')
- 1 sudu serbuk nescafe di larutkan dalam 1 mug air panas
- 'Whipping cream' 250ml
-'Cream Cheese' 250gm
- 90 gm gula pasir
- Serbuk koko  dan serbuk milo @ hot chocolate secukupnya
- Sedikit buah2an sebagai hiasan ( saya suka guna strawberry @ kiwi sebab bila ada rasa masam sikit diblend dgn rasa lemak dan manis dari gula & cheese jadi sgt sedap - ikut selera masing2  nak tabur apa pun atas tu , tak nak letak apa2 pun tak pa)

Cara2
-Pukul whipping cream dan gula hingga jadi likat 
-Masukkan cream cheese dan pukul lagi hingga pekat jgn terlalu lama nanti ia akan jadi cair -ketepikan
-Potong kek dan susun  selapis dalam bekas yang dikehendaki
-Gunakan sudu untuk ratakan bancuhan air nescafe tadi di atas kek yg disusun dan pastikan semua potongan kek dibasahi 
-Ratakan campuran whipping cream,gula dan cream cheese tadi di atas kek yg telah dicurah dgn bancuhan nescafe
-Lapisan kedua - susun lagi kek yg telah di potong, ulang semula langkah di atas ikut selera masing2 nak tiramisu tinggi mana - saya biasa buat 2 layer sahaja
- Dipermukaan terakhir selepas ratakan cream...taburkan serbuk koko & milo ( ada yang letak sebuk koko je... Saya suka combine dgn serbuk milo)
-Hias dengan sedikit buah potong kalau suka 
-Masukkan dalam peti ais hingga cream agak keras.
-Bolehla di potong dan jadikan hidangan dessert... 


2 comments:

  1. wow best nya kak?
    bila nk wat lg? nk pergi beraya rmh akak lah..ari jumaat ni blh? sy dh xposa dh jumaaat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Kalau boleh buat sendiri lagi best tau... Nak datang rumah kalau dah habis raya pun boleh 'the door is always open' insyaAllah.. :)

      Delete