Saturday, 14 September 2013

Nasi Impit Mudah

Assalamualaikum.

Semasa diperantauan,  boleh dikatakan ramai yang buat nasi impit sendiri. Pertama kali saya makan 'homemade' nasi impit  terus rasa teruja dan timbul perasaan nak buat sendiri , rasanya juga hebat sepertimana nasi impit segera yang berada di pasaran. Semua  jenis beras boleh digunakan termasuk basmathi.

Kalau dulu kena rebus 2-3 jam, dalam plastik pula, (rasanya semua tahu tindakbalas plastik bila kena bahang panas)  kini ada cara mudah  dan sihat..

Ada banyak versi untuk nasi impit , ini cara saya ..



Bahan2
-3 cawan@ gelas  beras ( kalau nak byk guna yg besar  ikut kapisiti periuk nasi)
-1 sudu minyak  masak utk memampatkan nasi impit dan  cantik
-daun pandan untuk jadikan ia berbau harum
-sedikit garam untuk ada rasa lemak2 jgn letak banyak
-periuk nasi
-'masher'- untuk memudahkan nasi hancur 

Cara2
-setelah disukat , basuh beras sekurang-kurangnya 3 kali
-masukkan 8 cwn @ gelas  air , gunakan yg sama untuk  menyukat beras tadi
-masukkan  sedikit garam, minyak masak dan daun pandan 
-masak seperti masak nasi biasa dalam periuk nasi
-apabila nasi dah masak segera padamkan suis periuk nasi
-gunakan 'masher' untuk lenyek nasi yg masih dlm periuk nasi, keluarkan daun pandan
-letak dalam bekas dan impit padat kemudian tutupkan... Kalau nak cepat sejuk letak dalam peti ais
-kemudian bolehlah dipotong dan dimakan dengan rendang, kuah lodeh, sambal kacang, sup- soto dll

** bila dibuka penutupnya kelak akan ada air peluawapan, ambik  tisu dapur tekap kan di permukaan nasi impit.

Tips :jgn ada ruang dalam bekas itu, pastikan betul2 padat dan ditutup rapat utk mengelakkan ia nya keras di permukaan.

Selamat mencuba. :)

4 comments:

  1. kak..supposedly promote sekali pyrex nye bekas tu..
    2 in 1..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Stok dah habis mcm mana nak promote...

      Delete
  2. Wah senang guna ricecooker ye? Nak try nanti.

    ReplyDelete