Dulu tak suka sangat makan lasagna tapi bila di UK cheese murah dan banyak pilihan, kalau tak cuba buat rasa rugi dan tak sangka pula anak- anak suka makan. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu ada menu ni semasa di UK, bila dah selalu buat baru rasa sedap kat tekak ni :)
Mari lihat resepinya :-
Bahan2
- Kulit lasagna 1 kotak
-Parutan cheese
- Daging cincang 500gm -Sos daging jgn terlalu kering
-Sos Putih
Cara2 membuat Sos Daging
-Tumis sedikit bawang merah dan bawang putih yg di hiris halus atau potong dadu
-Setelah bawang agak keperangan masukkan daging cincang kacau hingga daging masak
-masukkan 1 botol sos spaghetti ( boleh guna apa jua brand yg halal)
-isikan sedikit air didalam bekas botol sos tadi dan tuangkan kedalam masakan
( saya tak suka sos yang masam jadi letak lebih sikit air) masak hingga mendidih
-letak garam dan gula secukup rasa
-boleh la masukkan apa saja ikut selera masing2 ( karot, cendawan dll)
-setelah masukkan bahan-bahan yang disukai kacau sekejap dan tutup api
Cara2 membuat sos putih
- 2 sudu besar mentega @ majerin
- 2 sudu besar tepung gandum
-2 cwn susu segar
-2 sudu parutan cheese
-sedikit garam
- api perlahan masukkan butter hingga cair
- masukkan tepung dan kacau dgn whisk hingga sebati
- masukan susu gaul kan sebati dan masukkan sedikit garam
-masukkan shredded cheese kacau hingga separa likat.. Akan jadi lebih likat bila sejuk
-Cara2 susun atur Lasagna
-sapukan minyak pada bekas- untuk memudahkan ia nya dicuci kelak
-susun kulit lasagna dalam bekas kemudian ratakan sos daging hingga menutup semua kulit lasagna.
-ratakan sos putih di atas sos daging tadi
- taburkan parutan cheese (untuk lapisan terakhir pastikan permukaan ditutupi cheese)
- ulangi proses yg sama hingga habis kulit lasagna
-bakar selama 35-40 minit (bergantung pada jenis oven) dgn suhu 180C atau hingga permukaan lasagna kekuningan
-Biarkan sejuk sedikit, bolehla dipotong dan dihidangkan.
Selamat mencuba... :)
No comments:
Post a Comment