Taman Burung Kuala Lumpur juga dikenali sebagai “Sangkar Terbang Bebas Terbesar di Dunia”. di mana pelawat akan dapat menyaksikan lebih 200 spesis burung tempatan dan asing. Taman ini dibahagikan kepada empat zon, di mana burung-burung akan terbang bebas di Zon 1, 2 dan 3. Di Zon 4, burung diletakkan di dalam sangkar yang lebih kecil-Info dari TBS.
Anak2 seronok sungguh apabila diberitahu nak ke Taman Burung , banyak informasi boleh didapati disana selain terasa tenang dalam suasana hijau di kelilingi tumbuh-tumbuhan. Antara jenis burung yang berjaya menarik minat anak saya ialah Ostrich (burung Unta), Falmingo, burung Merak, burung Kenyalang dan burung Kakak Tua.
Melangkah saja kaki dipagar pintu masuk pertama ke taman tersebut, kita akan disambut dengan terbangan burung kakak tua, bukan anak-anak saja yang teruja tetapi juga yang dewasa. Untuk sesetengah jenis burung diletak dalam sangkar yang besar dan info lengkap mengenai spesis tersebut jelas dipamerkan. Beberapa ekor ayam yang saya rasa unik juga ada di situ
Keindahan lanskap didalam taman itu juga harus dipuji, ianya dilengkapi dengan air terjun dan kolam ikan. Pada jam 12.30 tengah hari pertunjukkan kepintaran burung 'bird show' di adakan di pentas yang disediakan. Tidak rugi rasanya jika luangkan masa 15 minit untuk menonton pertunjukkan itu, antara nama burung kakak tua yang mengambil bahagian ialah poppy, popye dan ringo. Anda boleh datang awal sedikit untuk memilih tempat duduk dibawah kipas untuk keselesaan anak-anak. Berselahannya disediakan tempat permainan kanak-kanak jadi tiada masalah sementara menunggu pertunjukan bermula anak-anak akan menghabiskan masa disitu. Rumah informasi mengenai penetasan telur burung juga ada disana.
Pelawat tidak dibenarkan membawa makanan atau minuman masuk ke taman, tetapi saya membawa sebotol air minuman dan dinasihatkan agar isi perut dulu sebelum kesana kerana makanan yang dijual di gerai-gerai agak mahal pada pandangan saya, juga pastikan anak-anak memakai kasut yang sesuai. Ada 2 kedai cenderahati disana satu terletak didalam dan satu lagi berada dpenghujung taman.
Jika ingin kesana, pergi la awal pagi kerana mudah cari parking dan tidak berapa panas berbanding pergi diwaktu tengah hari.Tiket masuk adalah RM25.00 untuk dewasa dan RM12.00 untuk kanak-kanak.
Secara keseluruhan masa yang akan dihabiskan untuk menjelajah seluruh taman juga meyaksikan pertunjukkan burung adalah lebih kurang 3 jam .Ayuh! bawa anak-anak beriadah dan berinteraksi dengan keindahan alam.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment