Sunday, 1 September 2013

Rumah terbuka Syawal & Nazrey 'Raihan'

Bila dah akhir2 Syawal ni banyak pula jemputan. Kenduri kahwin juga 'open house' Aidilfitri, semoga dimurahkan lagi rezeki kepada mereka yang menjemput. Kami sekeluarga meminta maaf  kerana ada juga tak dapat memenuhi undangan yang diterima kerana kekangan masa.

Setelah 4 kali menyambut Syawal  diperantauan kali ni memang betul2 rasa kemeriahan nya, Di sana juga tak kurang hebat sambutannya cuma disini dikelilingi oleh keluarga tercinta.

Majlis jamuan hari raya keluarga yang dianjurkan baru-baru ni sangat2 meriah, (terima kasih kepada ahli keluarga yg terlibat) ada pula artis jemputan dari bekas kumpulan Raihan iaitu Nazrey Johani  ..rasanya ramai  yang masih ingat.


Saya tertarik dengan cerita beliau , atas sebab apa keluar dari kumpulan Raihan, bukan 'glamour' yang dicari tetapi lebih kepada usaha berdakwah dan memperkuaskan ilmu agama Islam.
Beliau berhasrat untuk membina sebuah sekolah Tahfiz di Ranau Sabah, tempat dan tanah telah pun ada cuma sekarang sedang mengumpul dana untuk kos pembinaan.

Menurut beliau, disana memang ramai yang telah memeluk agama islam cuma mereka tidak mendapat kemudahan untuk mendalami islam juga mempraktikkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian memandangkan ianya terletak jauh dipendalaman.

Dengan terbina nya sekolah tersebut, boleh la mereka yang beragama islam disana mempelajari Islam dengan mendalam juga anak2, supaya generasi seterusnya lebih mudah mempraktikkan Islam dalam kehidupan seharian.


Jika ada sesiapa yang berminat untuk menyumbang adalah amat di alu-alukan,( menambah saham akhirat) Semoga niat murni beliau ini tercapai. 

Boleh juga terus menghubungi beliau jika ingin mendapat maklumat lanjut. InsyaAllah kita doakan agar usaha beliau berjaya. :) Amin..Amin... Amin Ya Rab bal Alamin..







No comments:

Post a Comment