Wednesday, 11 September 2013

Anak Dan Sekolah

Assalamualaikum

Tit tit tit... bunyi 'alarm' handphone... kelam kabut bangun , ingat dah lambat, rupa-rupanya baru masuk Subuh, dengan semangat jitu bangun kerana tugas harian akan bermula



Masak air dan sediakan sarapan untuk anak  kesekolah, selesai sarapan hidupkan enjin kereta . Menempoh  jam lagi tapi Alhamdulillah dipermudahkan  laluan untuk ke sekolah, sampai di perkarangan sekolah, macam biasa pesan kat anak rajin- rajin belajar, dengar betul-betul arahan cikgu kalau ada masalah terus jumpa cikgu dan cium pipinya.

Dalam perjalanan balik kerumah , dalam kepala dah ligat berfikir nak buat apa dan susun jadual untuk hari ni. Sampai dirumah baru nak duduk sambil minum teh handphone berbunyi lagi 'mama you need to pick me up because I'm not suppose to go to school today' ... 

Emmm.... rasanya pihak sekolah perlu ada sistem pesanan ringkas (sms) supaya ibu bapa tahu anak perlu ke sekolah atau tidak pada hari tersebut. Ada diberikan surat untuk murid- murid darjah berapa yang direhatkan semasa ujian UPSR tetapi tidak pula dinyatakan jika tidak mengikuti rombongan murid tersebut tidak perlu datang ke sekolah. (Juga tiada pemberitahuan akan tarikh rombongan)

Pada pandangan saya, pihak sekolah harus bertanggung jawab terharap murid jika berlaku situasi begini untuk menelefon ibu bapa yang berkenaan, amat  berbeza ketika di UK, semua akan diuruskan oleh kerani sekolah untuk memastikan ibu bapa datang mengambil anak- anak mereka.Tidak  mengatakan sistem pejabat sekolah lemah  tapi rasanya banyak yang perlu dibaiki.

Walaubagaimanapun terima kasih kepada semua guru kerana dengan ikhlas mengajar serta mendidik anak-anak Malaysia yang bakal menerajui negara satu hari nanti.

Wasalam.



1 comment:

  1. ye la..sbr jelah...patut pihak sek info betul2 n awl2..

    ReplyDelete