Selain masak rendang, kari dan gulai boleh cuba disambalkan . Sedap kalau makan dengan nasi pilau, nasi minyak ... Nasi putih pun sedap... :)
Sesiapa yang nak cuba jom teliti resepi ni.. :-
Bahan2
- Daging batang pinang sekilo ( kalau yg biasa kena goreng @ rebus sampai empuk dulu) dipotong nipis dan toskan airnya
-Cili kering yang telah dikisar 9 sudu besar ( kalau nak bnyk sambal atau pedas lebihkan ye)
-3 sudu sos tiram
-3 sudu sos cili
-3 sudu sos tomato
-3 ulas bawang putih ( hiris atau cincang halus)
-2 biji bawang besar ( hiris atau cincang halus sedikit untuk ditumis dgn bawang putih, selebihnya dihiris bulat2)
- 1cm halia (juga hiris @ cincang halus)
-garam & sedikit gula (jgn letak garam byk sebab sos tiram dah masin)
-minyak masak secukupnya
Cara2
- panaskan minyak
-tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar yang dihiris @dicincang halus sehingga keperangan
-masukkan cili kisar, masak hingga garing juga garam dan gula ikut selera masing2
-masukkan sos tiram dan kacau sebati
-masukkan daging , masak hingga daging empuk dan air daging yang keluar kering
-masukkan sos cili juga tomato
-masukkan bawang hiris (saya suka hingga bawang layu)
-akhir sekali rasa dan tambah garam @ gula ikut selera masing-masing
Selamat mencuba... :)
No comments:
Post a Comment