Bila hujung minggu ada je rezeki orang jemput ke kenduri kahwin, saya memang suka makan nasi kenduri :). Almaklumla kalau nak masak sendiri set lauk sebegitu , jawabnya memang tak da. Lagi pun dah hampir 4 tahun hidup diperantauan tak makan nasi kenduri kahwin.
Bila saya perhatikan kenduri kahwin dahulu dengan sekarang memang banyak bezanya dari segi persiapan, hiasan juga pengantin sendiri baik di rumah mahupun di dewan. Kalau dulu rasanya kebanyakkan keluarga akan masak sendiri memang meriah la suasana kat rumah, sekarang rata2 keluarga akan menggunakan khidmat katering.
Beberapa kenduri kahwin yang saya hadiri ada menu ayam golek, rasa sedap tapi kalau ada sos cicah lagi umphh! . Lauk kenduri ni memang tak jemu, kalau dalam satu hari saya hadiri 3 jemputan , 3 kali juga la saya akan makan walaupun lauk yang sama cuma rasa berbeza kerana berbeza tukang masak. Nikmat sungguh rasanya, bagi saya yang suka makan nasi kenduri. :)
Dalam kemeriahan ada juga mereka yang mengambil kesempatan mencuri. Biasanya terjadi bila kenduri di buat di rumah, sedang tuan rumah sibuk melayan tetamu masa tu la pencuri menyelinap masuk berlagak seperti dikenali oleh ahli keluarga. Di harap mereka yang membuat kenduri di rumah lebih berhati-hati. Semua barang-barang berharga letak ditempat yang selamat.
Semoga majlis kenduri meriah, selamat dan berjalan seperti yang dirancang untuk mereka yang sedang atau merancang melangsungkan perkahwinan.
No comments:
Post a Comment