Thursday 26 September 2013

Tepung Gandum dan Benzoyl Peroxide

Assalamualikum


Bila baca tajuk di atas rasa memang  dua perkara yg tak boleh disatukan, tetapi itulah hakikatnya sekarang. Rasanya isu ni dah lama, memandangkan saya baru pulang ke tanah air ia agak baru bagi saya. 






Rasa sedih bila dapat tahu tepung yang selama ini biasa di gunakan mengandungi bahan berbahaya, pada mulanya ada rasa tidak puas hati dengan mengatakan mungkin ia hanya propaganda namun setelah saya selidiki ternyata ianya benar. 

Tepung mengandungi Clorox yang membawa kepada penyakit kanser atau barah:
1.Tepung Cap Sauh
2.Tepung Cap Wau
3.Tepung Cap Bunga Cempaka
4.Tepung Cap Lily
5.Tepung Cap Blue Key

Tepung yang selamat digunakan dan tiada bahan peluntur clorox adalah:
1.Tepung Faiza
2.Tepung Cap Bidara
3.Tepung 1 Malaysia
4.Tepung HPA

Pihak yang bertanggung jawab perlu ambil perhatian terhadap isu di atas, walaupun ia nya hebat diperkatakan namun saya lihat tepung yang mengandungi 'Benzoyl Peroksida'  atau bahan peluntur masih lagi berleluasa di pasaran. Saya rasa hanya peniaga yang betul-betul perihatin akan menggunakan tepung yang 'selamat'. Ada juga yang mengatakan ianya tidak berbahaya, kerana peratus bahan yang digunakan adalah sedikit dan selamat, mungkin sebab itu ianya masih lagi banyak di pasaran.

Berikut dipetik dari Harian Metro:-

Tepung gandum bahan peluntur

Oleh Muhd Izawan Baharin, Riadz Radzi dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my

Ini kerana syarikat pengimport tepung gandum dipercayai membeli bekalan tepung terpakai dan lama disimpan sehingga warnanya bertukar kehitaman atau kekuningan di pasaran antarabangsa sebelum menjual kembali di Malaysia.

Bagi memutihkan kembali warna tepung itu, bahan kimia seperti benzoyl peroxide, calcium peroxide, nitrogen dioxide dan klorin digunakan sehingga menyebabkan semua nutrisi semula jadi hilang dalam proses pemutihan terbabit.

Bagaimanapun, penetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tepung gandum perlu mengandungi 13 peratus nutrisi menyebabkan syarikat pengimport menambah dari sumber luar antaranya memperkayakan dengan thiamin atau Vitamin B1.

Thiamin bersumberkan bijiran mahal dan bagi menampung kos pengeluaran, syarikat pengimport dipercayai menggunakan Vitamin B1 dari sumber babi yang lebih murah dan mudah diperolehi bagi memperkayakan tepung gandum yang melalui proses pemutihan. Mendedahkan perkara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, terdapat tiga jenis tepung gandum yang berada di pasaran sekarang iaitu tepung gandum tanpa peluntur (unbleached flour), tepung gandum berpeluntur (bleached flour) dan tepung gandum diperkayakan (enriched flour).

“Tepung gandum tanpa peluntur diproses secara semula jadi dengan warnanya agak keperangan tetapi mengandungi nutrisi tinggi kepada manusia manakala tepung gandum berpeluntur banyak berada di pasaran melalui proses pemutihan.

“Tepung gandum yang diperkayakan pula ialah tepung melalui proses pemutihan yang terpaksa ditambah nutrisi tidak semula jadi sama ada dari tumbuhan atau haiwan berikutan semua nutrisinya hilang,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, kebiasaannya pengguna menggemari tepung gandum berwarna putih kerana mengaitkannya dengan bersih.

“Kajian kami mendapati bahan kimia ini yang diambil secara berterusan melalui makanan menyebabkan barah selain penggalak kepada penyakit kencing manis, arthritis dan gout.

“Selain itu, kami juga bimbang nutrisi yang ditambah dalam tepung itu mungkin bersumberkan babi kerana ia paling mudah dan murah didapati,” katanya.

Nadzim berkata, negara Kesatuan Eropah dan China sudah lama mengharamkan penggunaan benzoyl peroxide dan klorin dalam tepung gandum bagi menjaga kesihatan penduduk mereka.

“Selain daripada meneliti bungkusan tepung gandum itu, ia boleh juga dibezakan melalui warna tepung itu sendiri. Tepung yang tidak menggunakan peluntur kelihatan agak keperangan manakala tepung berpeluntur sangat putih disebabkan bahan kimia,” katanya.


Bagaimana  proses pemutihan tepung gandum berlaku?
 
Bila kita bercakap secara teknikal, carotenoid pigment (Kuning) yang terkandung dalam tepung yang dioksidise untuk mengeluarkan warna tepong bertukar kepada warna putih. Sebenarnya oxcidition akan bertukar secara semulajadi mengikut masa apabila  tepung tersebut didedahkan atau terdedah secara semulajadi yang memerlukan masa sekurang kurangnya mengambil masa 14 hari untuk mendapatkan hasil atau bertukar pada ke putih putihan (bukan putih melepak).
 
Namun pada hari ini proses (Bleaching) telah diambil alih peranan proses semulajadi dengan mengunakan cecair(chemical) agent pemutih.Proses ini mempercepatkan masa sesingkat 1 jam sahaja berbanding proses secara semulajadi untuk mencerahkan dan mematangkan tepung.Namun begitu ianya perlu dilabelkan sebagai tepong yang diBLEACH.

Bleach@agen pemutih biasanya mengunakan : (Chlorine Gas) yang boleh menyebabkan kematian atau (Benzoyl Peroxide) bahan atau chemical yang digunakan dalam ubat jerawat. Ianya telah diharamkan pengunaan bahan kimia berikut pada makanan sejak awal tahun 1900 lagi. Tetapi masih digunakan oleh peniaga yg mementingkan keuntungan tanpa mengira ianya boleh mendatangkan kemudharatan kesihatan serta mungkin boleh membawa maut.
 
Selain itu, additive Chemical : Potassium Bromate, di gunakan untuk menambah pertumbuhan ragi(yeast) dan pengebuan gluten dan ini amat bahaya kepada kesihatan.  

Pilihan ditangan kita, pastikan kita, anak-anak dan keluarga tersayang makan makanan yang selamat. Pastikan tepung yang menjadi pilihan anda bebas dari bahan peluntur.

Wasalam


2 comments:

  1. as salam.alhamdulillah.tqvm pd tuan yg mmberi pencerahan bab bleacher tpung gndum.dh lama sangat kita guna tanpa tahu risikonya.pendedahan ini patut dimaklum kpd umum, esp. org islam atas dasar bkn stakat halal tapi toyyiba (baik).tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... pastikan kita seisi keluarga gunakan tepung yang bebas bahan peluntur

      Delete