Thursday 14 November 2013

Hujan

Assalamualaikum 

Bila hampir ke penghujung tahun ini mula la dengar kisah banjir disana sini. Dikawasan tempat tinggal saya pun mengalami banjir kilat jika hujan turun dengan lebat, tapi Alhamdulillah hanya beberapa jam sahaja air akan surut kembali.

Berbeza dengan hujan di Sheffield, disana hujan tak selebat di Malaysia juga hanya sesekali sahaja kedengaran  bunyi guruh dan petir tetapi angin bertiup kencang. Payung juga jarang digunakan hanya pakai jaket kalis air. Walaupun begitu berlaku juga banjir kilat jika hujan turun berterusan.

Teringat masa zaman kecil-kecil dahulu bila  hujan mula turun rasa seronok sangat sebab nak main air hujan, waktu tu tak fikir pun tentang bahaya  kilat, demam dan campuran air longkang. Pada masa itu  tidak pula demam  kalau bermain hujan,  keseronokkan  bermain hujan ini dimeriahkan lagi dengan adik beradik ditambah pula dengan kehadiran  jiran yang umurnya  hampir sebaya, siap main lumba lari dalam air yang naik cuma paras buku lali je pun. 

Mengumpul berudu juga seronok yang konon-kononnya anak ikan, bila hujan turun mula la sibuk cari  botol  kosong untuk mengisi berudu. Jika air naik keparas lutut kelam kabut cari kertas surat khabar nak buat kapal kertas, bila dah siap kena tunggu hujan reda sedikit baru layarkan atas air kalau tak nanti karam kapal kertas kena hujan lebat. 



Semua itu telah berlalu, tetapi saya tidak  berani sepertimana kedua orang tua saya untuk membenarkan anak-anak bermain hujan di perkarangan rumah kerana bimbang akan memudaratkan kesihatan mereka. 

Dikawasan yang sering dilanda banjir diharap anak-anak sentiasa diawasi untuk mengelakkan dari sebarang kejadian yang tidak diingini, semoga tiada kes banjir yang kritikal pada tahun ini.

Wasallam.


2 comments:

  1. betul kata akak tu, kalau sekarang tak berani nak bagi anak-anak mandi hujan sebab risaukan terkena demam

    jemput sertai Giveaway SEJUTA Viewers Blog Zaila 2013 di sini

    http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/11/giveaway-sejuta-viewers-blog-2013.html

    Mana tahu ada rezeki akak menang ke:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah! bestnya ada hadiah, insyaAllah .. jemputan diterima akan melawat nanti.. ;)

      Delete