Telur sememangnya mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri rasanya ramai yang sudah tahu dan diantaranya ialah putih telur boleh dijadikan masker untuk kulit muka. Selain dijadikan bahan untuk membuat kuih, ia juga sedap dimakan setelah digoreng atau direbus namun apa sahaja yang kita makan jika tidak dikawal kuantitinya boleh memudaratkan kesihatan.
Telur yang dibeli haruslah di basuh terlebih dahulu sebelum digunakan untuk apa jua masakan bagi memastikan ianya bersih dari kuman Salmonella. Ada pelbagai cara untuk merebus telur tetapi cara mana yang boleh menghasilkan telur rebus yang cantik dan mudah untuk dikupas kulitnya. Ada petua mengatakan cuba letakkan sedikit garam dalam air rebusan telur, cara ini telah saya cuba beberapa kali dan hasilnya tidak mengecewakan cuma telur yang saya rebus akan retak kulitnya mungkin terlalu lama direbus atau api masak terlalu kuat saya tidak pasti. Ada juga rakan yang merebus telur sekali gus ketika masak nasi didalam periuk nasi.
Oleh kerana tidak pasti telur yang direbus itu sudah masak atau belum saya gunakan alat ini yang mana ia diletakkan serentak dengan telur dalam air rebusan, ia akan bertukar warna dari warna merah ke warna putih ikut gelangan dari separuh masak hingga ke masak keras.
Setelah menggunakan perebus telur elektrik (egg boiler) saya sungguh berpuas hati, telur masak dalam masa yang singkat dan kulit telur sangat mudah ditanggalkan tanpa mencacatkan bentuk fizikalnya.
No comments:
Post a Comment