Setelah mencuba beberapa resepi donut, hanya resepi ini yang saya buat menjadi. Alhamdulillah anak-anak suka makan kuih donut ini, saya olah sendiri beberapa bahan yang digunakan.
Mari lihat resepinya
Bahan-bahan ( untuk 26-30 ketul)
-375 gm tepung roti
-150 gm tepung gandum
-1 sudu kecil yis
-sedikit garam
-45gm gula kastor
-45gm butter (cairkan)
-2 biji telur
-195ml susu segar yang suam
-3gm bread improver ( supaya donut masih lembut walaupun telah sejuk)
-1/2 sudu kecil baking powder
-gula halus (untuk menyalut donut)
Cara2
-masukkan semua bahan2 dan gaul sebati - kecuali susu dan butter
-masukkan susu berselang seli dengan butter cair kedalam adunan tadi
-uli hingga menjadi doh.. ( lebih mudah jika menggunakan 'stand mixer')
-jadikan doh satu bulat besar... . Masukkan kedalam bekas dan tutup dgn plastik wrap (lebih kurang 1 jam atau hingga doh naik.)
-kemudian tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin
-buat bulat kecil dan rehatkan sebentar
- jika ada acuan boleh la dicanai dan terapkan
-jika tiada acuan, bentukkan donat dengan membuat lubang ditengahnya dengan menggunapkan jari
-setelah itu bolehlah digoreng
-pastikan minyak cukup panas dan api tidak terlalu besar kerana donut cepat masak
-boleh dikeluarkan dari bila warna betukar menjadi keperangan.. (Jangan sampai donut hangus ye)
-kemudian golek-golekkan dalam gula halus dan hidangkan
Ia boleh dijadikan menu untuk sarapan pagi atau minum petang. Selamat mencuba.. :)
Wasallam
No comments:
Post a Comment