Thursday, 7 November 2013

Anak Dan Taman Asuhan

Assalamualaikum

Kebelakangan ini banyak berlaku penderaan kanak-kanak di taman asuhan, sedih hati ini  melihat klip video yang berleluasa apabila anak-anak kecil  diperlakukan sedemikian rupa apatah lagi perasaan ibu bapa anak tersebut.

Kehidupan sekarang memerlukan hampir setiap orang keluar bekerja untuk menampung pelbagai kos. Tuntutan hidup manusia adalah lumrah untuk mencari keselesaan, oleh itu kebanyakkan pasangan perlu keluar bekerja manakala  anak-anak pula harus diuruskan. Walaupun sesetengah taman asuhan kanak-kanak meletakkan bayaran yang tinggi, pasangan bekerja tidak lokek untuk menjadikan ia rumah kedua untuk anak-anak mereka dengan harapan anak-anak mendapat layanan yang baik dan selesa.

Tetapi tidak semua pasangan bernasib baik, maka berlaku la perkara-perkara yang tidak diingini. Saya mempunyai pengalaman menghantar anak ke taman asuhan, anak pertama terpaksa diletakkan disana sebaik sahaja tamat tempoh cuti bersalin iaitu 2 bulan kerana tuntutan kerja manakala anak kedua dan ketiga hanya separuh hari setelah memulakan perniagaan sendiri. Alhamdulillah, taman asuhan yang suami dan saya pilih tiada masalah.

Saya memilih taman asuhan kanak-kanak daripada individu menjaga anak saya kerana tidak mahu ada masalah tidak boleh menjaga jika  berlaku  kecemasan. Apa yang saya lakukan sebelum meletak anak pertama di taman asuhan ialah :-

-selidik latarbelakang pemilik  taman asuhan tersebut
-saya sering melawat taman asuhan itu pada masa yang berlainan semata-mata untuk melihat rutin harian disana ( lepas pantang 40 hari mula jalankan operasi) 
-saya meneroka seluruh taman asuhan termasuk bilik air
-bertamah mesra dengan pekerja-pekerja 
-seminggu sebelum mula bekerja saya sudah mula menghantar anak dan saya duduk disitu separuh hari  untuk melihat cara mereka beri susu, mandikan dan menukar lampin anak saya.
-saya juga memilih individu ditempat asuhan itu untuk memandikan anak saya
-saya nyatakan apa yang saya tidak mahu dilakukan keatas anak saya seperti tidur didalam buaian secara bertulis dan berpesan secara lisan kepada individu yang menyambut anak saya setiap hari
-hanya bekalkan susu untuk hari itu sahaja kerana saya tidak mahu   ada risiko masuk semut dan sebagainya
-pastikan anak saya bebas dari sebarang kesan kekasaran fizikal apabila pulang kerumah.



Ya, saya agak cerewet namun ia diterima baik oleh pekerja taman asuhan tersebut mungkin cara  penyampaian saya yang berhemah.. :)

Paling penting pastikan ianya berdaftar dan masih sah, jangan ambil mudah perkara-perkara sebegini. Kepada semua ibu bapa yang telah dan akan menghantar anak-anak ke taman asuhan kanak-kanak pastikan anda sentiasa berwaspada dengan tingkah laku penjaga dan ikut naluri hati ibu anda.

Wasalam




2 comments:

  1. Ya geram betul tgk rakaman tu... Terima kasih banyak2 pada yang membuat rakaman tu... kalau tak sampai kesudah budak2 tu di dera...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul... Rasanya lepas ni ramai parents akan lebih berhati2 ... :)

      Delete