Masakan ayam Ungkep ini adalah salah satu menu yang agak popular dikalangan orang jawa, disebabkan teman sehidup semati saya berketurunan jawa jadi ia haruslah dimasukkan dalam buku resepi saya.
Sebenarnya masakan ini mempunyai banyak versi, ini adalah versi saya yang telah diubah suai ikut selera saya yang mungkin juga selari dengan selera anda. Sekali sekali kalau ingin mengubah citarasa boleh la cuba resepi ini.
Bahan-bahan
-seekor ayam bersaiz sederhana besar
-2 sudu besar cili kisar ( kalau nak pedas boleh letak lebih)
-2 sudu besar rempah kari
-sebatang serai dititik
-garam
-1 ketul kiub ayam
-secawan air
-minyak untuk menumis
-bahan yang perlu dikisar:-
2 biji bawang besar
9 biji bawang putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 batang serai
1 inchi halia
Cara-cara
-panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga bahan kekuning-kuningan
-masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing
-masukkan rempah kari
-masukkan serai yang telah dititik
-masukkan air, ini boleh ditambah ikut selera masing-masing jika ingin kan lebih kuah lebihkan sedikit lagi air
-masukkan kiub ayam dan kacau sebati
-masukkan ayam kacau lagi hingga ayam masak
-akhir sekali masukkan garam secukup rasa
Masakan ini sedap dimakan dengan nasi putih juga nasi lemak kalau kurang rajin nak masak ayam rendang.
Selamat mencuba
Wasallam.
No comments:
Post a Comment