Tuesday 20 August 2013

Pengenalan...Syawal- beralih arah ke Malaysia


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Alhamdulillah kali ini menyambut syawal di tanahair tercinta setelah hampir 4 tahun berkelana dibumi United Kingdom yang penuh dengan memori suka dan duka.

Saya Rafeah Binti Mat@Anuar mula rasa seronok berniaga apabila hampir 10 tahun memegang jawatan sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat perumahan. Pengalaman berjumpa orang yang berbeza latarbelakang setiap hari mematangkan saya sekali gus memberi saya keyakinan untuk membuka perniagaan sendiri, namun jodohnya tidak panjang kerana mengikut suami melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Semangat untuk bekerja sendiri makin membuak-buak setelah sekembalinya dari sana lalu ini la hasilnya berniaga secara atas talian.

'Little Pumpkin' menawarkan barangan seperti Tudung Muslimah, Baju Muslimah, Sarung Lengan, Anak Tudung, Baju Kurung Tenun,  Songket Tenun dan lain-lain. Barangan yang dijual insyaAllah yang berkualiti dan  tujuan utama adalah untuk memberikan kepuasan kepada pembeli baik dari segi mutu barangan juga perkhidmatan.

Untuk mengikuti perkembangan terkini dengan keluaran barangan yang terbaru adalah digalakkan untuk 'like page Little Pumpkin' di https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?ref=hl


Antara barangan yang ditawarkan 


Douglas Adams
“I may not have gone where I intended to go, but I think I have ended up where I needed to be.” 

Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung, tidak kira dimana  kita berada  perlu ada wawasan berani melangkah bererti kita kedepan. Langkah pertama saya adalah seiring dengan 'Little Pumpkin'. 

Segala pertanyaan yang dilakukan melalui pm di 'Facebook'  https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?ref=hl atau sms/whatsapp 0182184821  akan dijawab dengan kadar segera.

Wassalam.









No comments:

Post a Comment