Wednesday, 28 August 2013

Kuih Lopes

Ada cara mudah buat lopez...utk mereka yg nak cepat dan ringkas boleh la cuba ye


Selamat mencuba :)

LOPEZ


Bahan2
-3 cwn beras pulut ( atau agak2 ikut keperluan)
-3 cwn santan ( pastikan santan cukup dan melebihi  sedikit paras pulut - masak guna microwave)
-Pewarna hijau
-Daun pandan sehelai ( boleh juga gunakan pandan paste jika tak ada daun pandan)
-Kelapa parut di gaul sedikit dgn garam ( boleh juga gunakan desiccated coconut-
  tuangkan sedikit air panas dan gaul kan dgn sedikit  garam)
-Brown sugar @ gula merah  utk air gula  dan sehelai daun pandan ( kalau tak da daun pandan titiskan sedikit pandan paste utk bau wangi je )

Cara2

- Basuh beras pulut beberapa kali dan rendam  pulut dgn pewarna hijau (Saya rendam dalam 15-20 minit sahaja)
-Buangkan air rendaman tadi dan tuangkan santan dan letakkan sedikit garam juga masukkan daun pandan
-Masak pulut ( saya masuk microwave je - caranya: set utk 5 minit dan keluarkan gaul sebati pulut dari bawah ke atas.. Ulangi langkah yg sama selama 3 kali... 
Utk kali ke 4 dan ke 5 tutup permukaan bekas pulut itu.)

-Bila pulut dah masak blh gulung padat dgn plastik @ cling film.. Juga blh terapkan dgn acuan cookies berbentuk - kalau nak senang lagi masuk dlm bekas yg bertutup pastikan ianya padat.

Setelah sejuk bolehla dipotong dan gaulkan dgn kelapa tadi

Dimakan dgn curahan air gula yg telah dimasak.. (Didihkan air masukkan brown sugar @ gula merah , daun pandan dan sedikit gula pasir..kemanisan ikut citarasa masing2)


No comments:

Post a Comment