Kadang-kadang saya buntu tidak tahu nak masak apa tetapi ayam memang sentiasa ada dalam peti sejuk, bila bawa keluar ayam letak disinki dapur anak comel saya dah sibuk suruh masak kicap.
Suka benar dia makan lauk ini dengan nasi panas dan ia juga menjadi bekal wajib kami apabila pergi bercuti kerana Ia tidak mudah basi.
Bahan-bahan
-seekor ayam saiz sederhana potong kecil ( kalau nak potong besar pun boleh cuma bila goreng tu lambat sedikit nak tunggu masak)
- kicap manis dalam 15 sudu besar atau agak-agak ikut keperluan ( saya guna kicap manis cap kipas udang)
-2 sudu sos tomato
-1 sudu cuka ( saya guna brand jalen) atau jus limau
-sebiji bawang besar dihiris
-kentang 3 biji saiz sederhana ( boleh kurangkan ikut selera masing-masing)
-1 sudu kecil serbuk ketumbar
Bahan tumbuk
-separuh dari sebiji bawang besar
-2 cm halia muda
-5 biji ulas bawang putih
Bahan yang perlu digoreng
-ayam digaul dengan kunyit, garam secukup rasa dan sedikit gula
-kentang dihiris dan digaul dengan garam dan kunyit
Cara-cara memasak
-tumiskan bahan tumbuk dengan sedikit minyak sehingga bahan menjadi perang
-masukkan kicap manis, sos tomato, cuka atau jus limau dan serbuk ketumbar
-tambah sedikit air
-masukkan bawang hiris kacau sebati hingga bawang masak
-masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng gaul sebentar dan tutup api masak.
Siap untuk dihidangkan, selamat mencuba :).
Wassallam
Kelihatannya sedap
ReplyDeleteTerima kasih atas resepnya :D
Sama-sama... Ada masa cuba ye resepi ini... :)
Delete