Thursday 31 October 2013

Mini Telekung Ke Tudung style Hoodie

Assalamualaikum

Kepada sesiapa yang  telah membeli mini telekung lycra Modern Hijab Exclusive atau yang lain bolehla mencuba cara ini. Amat mudah untuk bersolat ketika berada diluar rumah, hanya tanggalkan pin dan anda boleh menunaikan kewajipan tanpa perlu mengendong atau mengusung beg telekung. Pastikan seluar, skirt atau kain yang dipakai adalah bersesuaian dan jangan lupa untuk menyarung stokin.









Berminat untuk memiliki Mini Telekung ini sms@ whatsapp 0182184821https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?ref=hl&bookmark_t=page

Tuesday 29 October 2013

Pemandu dan Kemalangan Jalan Raya

Assalamualaikum

Kebelakangan ini banyak sungguh berita  kemalangan jalanraya, ia berlaku bukan sahaja pada musim perayaan tetapi boleh dikatakan setiap hari ada sahaja berlaku kemalangan jalanraya dan kadang-kadang sehingga meragut nyawa.

Kenapa agaknya ini berlaku, adakah disebabkan sistem jalanraya kita atau sikap pemandu sendiri. Saya berpendapat lebih kepada sikap pemandu yang  mementingkan diri sendiri, sifat ingin cepat tanpa menghiraukan keadaan orang lain, kecuaian dan juga kurang sabar. 

Sedikit perkongsian semasa berada di United Kingdom, jalan raya mereka tidak  besar (bukan lebuhraya) malah kadang- kadang hanya muat untuk lolosan sebuah kenderaan sahaja kerana rumah-rumah disana jarang yang ada disediakan tempat untuk meletak kereta. Pemilik kenderaan akan memakir kereta di hadapan rumah dan mengambil suku ruang jalan raya yang disediakan. Sepanjang berada disana, ia bukan la masalah besar bagi penduduk setempat mungkin disebabkan sikap bertolak ansur yang ada dalam diri mereka. Pemandu kenderaan  berat seperti lori dan bas juga amat memahami pemandu kenderaan ringan seperti kereta dan motosikal, walaupun motosikal hanya berada dijalan raya ketika cuaca agak panas. Pemandu wanita seperti saya juga tiada masalah jika ingin keluar dari simpang  ke jalan besar kerana ada sahaja kenderaan yang akan berhenti untuk memberi laluan. Lampu kereta tinggi akan dikedipkan sebagai tanda memberi laluan dan tangan akan diangkat sebagai tanda terima kasih sepertimana yang pemandu disini lakukan, cuma perlakuan dimana lampu kecemasan dikedipkan seketika sebagai pemberitahuan terima kasih ketika waktu malam juga hujan lebat tidak saya nampak di Malaysia.


* Sumber daripada Cawangan Trafik Bukit Aman ( akan dikemaskini jika terdapat statistik yang terbaru)

Tali pinggang keledar amat penting dan seharusnya digunakan setiap kali masuk kedalam kenderaan, bukan sahaja untuk pemandu tetapi juga untuk semua penumpang. Kanak- kanak yang masih kecil harus diletakkan di tempat duduk khas (car seat) agar terjamin keselamatan mereka jika berlaku sebarang kecemasan tetapi ramai yang mengabaikannya malah masih ramai lagi yang  memangku anak kecil duduk di hadapan, ini adalah kelemahan kita sendiri dan saya rasa pihak berkuasa harus tegas dalam menangani masalah ini. 

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik  kenderaan untuk memastikan ianya  selamat untuk dipandu. Jangan lupa untuk menyelengara  dan periksa  kereta, pastikan enjin dan tayar kereta dalam keadaan baik sebelum memandu, jangan disebabkan kecuaian kita orang lain yang menerima akibatnya. Pengunaan telefon bimbit ketika memandu juga harus dihentikan, saya pernah melihat individu dijalanraya sedang menekan kekunci telefon bimbit sedangkan dia sedang memandu ketika itu. Jangan memandu lebih dari had laju yang ditetapkan juga memotong barisan dengan melalui laluan kecemasan, lampu isyarat sangat penting dan pastikan jarak kenderaan kita tidak terlalu rapat dengan kenderaan dihadapan.

Ya betul,  malang tidak berbau tetapi kita boleh berdoa dan berusaha untuk mengelakkan nya . Pastikan semua  langkah- langkah keselamatan dilakukan apabila menaiki kenderaan dan diminta semua pemandu ada sikap toleransi apabila berada diatas jalanraya. Ingat akan orang yang tersayang, Ayuh! rakyat Malaysia, gunakan sebaik-baiknya nyawa yang dipinjamkan oleh Allah kerana ia hanya ada satu sahaja dan insyaAllah perlakuan yang baik dijalanraya akan menjadi tauladan kepada anak- anak kita seterusnya generasi akan datang.

'Pandu Cermat Jiwa Selamat'

Wasalam. 

Saturday 26 October 2013

Resepi Kuih Lapis

Assalamualikum

Mula buat kuih lapis masa di UK, teringin sangat nak makan walhal sebelum ke UK tak heran pun nak jamah kuih ni. Bila dah boleh buat sendiri jadi kuih kegemaran pula, seronok tengok baris jalur tu dan 'the satisfaction making it by yourself' hanya dirasai oleh sipembuat.

Tak susah mana pun mari la cuba, saya ambik resepi dari internet juga kawan dan ubah suai sedikit.



Bahan2

-3 cawan tepung beras 

-6 cawan santan sederhana pekat (saya guna yang 1/2 kilo santan dan dicampur air)

-6 sudu besar tepung gandum

-6 sudu besar tepung jagung

-1 cawan gula pasir

- 1/4 sudu garam

-sedikit pewarna merah & perisa rose


Cara2

-lenserkan lyang dgn minyak

-panaskan pengukus dan sediakan loyang

-masukkan  semua jenis tepung dan gula dlm santan dan gaul hgga  sebati ( gunakan whisk lagi mudah)

-bahagikan kepada dua bahagian- bgn putih letak garam ( 3 cawan)

-satu bhgn letak pewarna merah dan perisa rose (4 cawan)

-tuang 1 cwn adunan  warna merah dlm loyang dan kukus selama 5 minit (ia akan mengeras dan boleh disentuh tanpa melekat dijari)

-selangi dgn warna putih , ulang proses hingga habis (awal merah  berakhir dgn merah juga - susunan warna adalah mengikut citarasa masing-masing)

-bolehlah dipotong setelah kuih sejuk dan dihidangkan


**warna kuih boleh diubah jika guna warna hijau letak la sedikit perisa pandan

**jangan lupa gunakan tepung yang bebas dari bahan pemutih


Selamat mencuba


Wasalam



Wednesday 23 October 2013

Rumpai Laut Tiada Kolagen

Assalamualaikum

Rumpai laut dikenali secara umum sebagai tumbuhan, tetapi pakar biologi tidak beranggapan demikian. Dalam biologi semua tumbuhan sebenar adalah daripada alam Tumbuhan. Rumpai laut tidak harus disamakan dengan rumput laut iaitu tumbuhan vaskular. Para phycologists lebih gemar menggunapakai terma "alga marin"  - dipetik dari  Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Manakala kolagen pula  merupakan sejenis protein yang amat  diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadi, terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi. Ia juga  terdapat dalam tubuh haiwan iaitu meliputi semua haiwan bertulang belakang dan haiwan tidak bertulang belakang. Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein.


Rumpai Laut Mentah


Rumpai laut terbahagi kepada 3 jenis mengikut warna iaitu hijau, perang dan merah(ungu) dan mempunyai gred yang tersendiri dari AA, AAA dan AAAA. Penggunaan rumpai laut mentah makin berleluasa memandangkan harganya yang murah dan mudah untuk diperolehi. Ia akan dicuci dan direndam semalaman kemudian dimasak untuk dimakan juga dijadikan masker. Ramai yang tidak setuju apabila The Secret Medicines mengeluarkan kenyataan bahawa rumpai laut tidak  mengandungi kolagen, boleh rujuk disini.  http://thesecretmedicines.blogspot.com/2013/03/tiada-kolagen-dalam-rumpai-laut.html

Namun begitu, rumpai laut mempunyai keistimewaannya  tersendiri dan  seakan-akan kolagen. Ramai yang memberitahu  akan kesan positif  selepas mengamalkannya dan setakat ini tiada pula kesan negative yang saya dengar cuma tiada apa-apa perubahan,  agak teruja dengan kelebihan yang ada pada rumpai laut saya  turut mengamalkannya. 

Rumpai Laut setelah dimasak


Apa yang saya dapati kesannya tidak sama untuk semua individu, ada yang mengatakan kurang sakit sendi, kulit muka lebih tegang, memutihkan kulit, melawaskan dan lain-lain. Yang nyata kesannya kepada saya ialah tiada lagi sembelit tapi tiada kesan lain seperti yang diwar-warkan. Saya berpendapat jika ia tidak mendatangkan kemudaratan sebaliknya kebaikkan tidak salah untuk mengamalkannya jangan mudah terpengaruh, selidik dahulu bahan yang ingin kita makan.

Wasalam



Tuesday 22 October 2013

Baju Kurung Tenun (Saiz M)

Baju Kurung Tenun (saiz M)

-Baju kurung Pesak  Gantung dengan Kain Selisih
-Kain cotton tenun & 100% cotton
-Kain lembut  dan senang digosok
-Corak dan warna yang Unik

Maklumat potongan baju saiz M:-
Bahu- 15.5', Pinggang- 28.5', Punggung -42', Tangan - 23' & Labuh- 40'



Keluaran terbaru.. sms/whatsapp 0182184821 untuk keterangan lanjut. 
http://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?bookmark_t=page

Monday 21 October 2013

Mini Telekung Lycra




MINI TELEKUNG

LABUH DARI DAGU = 29-30 INCI
BELAKANG = 45-46 INCI
UKUR LILIT MUKA = 11 INCI

~ dijamin berkualiti tinggi
~ jahitan yg kemas dan selesa dipakai
~ kain lycra yang tebal
~ Design terbaru 2013
~ mempunyai tali dari material lycra untuk diikat mengikut keselesaan
~ Tidak jarang, kain berat dan jatuh

* Ada Warna yg mungkin tidak sama seperti di dalam gambar atas faktor pencahayaan,kamera,resolusi skrin tablet/komputer/laptop/smartphone.






Ciri2:-
1. Mini telekung mudah di pakai. 
2.Tanpa kain boleh pakai seluar dan stokin sahaja untuk solat
3. Mini telekung dengan design yang baru
4. Mini telekung yang boleh dibuat seperti tudung xxxxl

Sila sms/whatsapp untuk sebarang pertanyaan 0182184821



http://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?bookmark_t=page

Sunday 20 October 2013

Resepi Ayam Goreng Sedap

Assalamualaikum

Kadang-kadang bila dah jemu dengan ayam goreng kunyit boleh la cuba resepi ini,  saya ambik daripada kak long tersayang. Alhamdulillah anak-anak dan suami pun suka makan ayam goreng ini, ia boleh  dimakan bersama nasi putih, nasi lemak juga nasi ayam.



Bahan2
-satu ekor ayam dipotong ikut suka masing2 
- 7 ulas bawang putih (sederhana besar)
-2 cm halia
-2 sudu besar serbuk kunyit
-1 sudu kecil  garam
-2 sudu besar gula
-3 sudu besar sos tiram

**kesemua sukatan diatas blh dikurang atau ditambah mengikut citarasa masing2**

Cara-cara
-tumbuk bawang putih dan halia
-masukkan ayam didalam bekas dan digaul sebati dengan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk juga semua bahan-bahan diatas.
-perapkan sekurang-kurangnya sejam (lebih lama lagi sedap)

Kemudian goreng seperti biasa hingga ayam masak. Api jangan terlalu kuat kerana boleh menyebabkan daging ayam cepat hangus dan keras.

Selamat mencuba.

Wasalam

Friday 18 October 2013

Facebook dan 'Games'

Assalamualikum

Rasanya hampir setiap isi rumah sekarang sekurang-kurangnya ada  satu akaun  Muka Buku atau 'Facebook', bukan nak bercerita pasal fungsinya tetapi ingin menjurus kepada salah satu aplikasi yang di tawarkan iaitu permainan secara langsung ditalian.

Sebelum Muka Buku  popular,  banyak permainan  secara percuma boleh didapati dipelbagai laman 'web' termasuk Yahoo. Ramai juga yang  alergi  bila melihat sahaja  perkataan 'game online' di Muka Buku, itu terpulang kepada  individu untuk menginterpretasikannya. Ramai juga yang rasa kurang selesa bila sentiasa dipelawa oleh rakan untuk turut sama menyertai mereka dalam sesuatu permainan secara langsung ditalian. Berikut adalah diantara ratusan permainan di Muka Buku yang agak ramai peminat dan pemain.


Candy Crush

Word Search

Hay Day


Ketiga-tiga permainan ini mempunyai cara, matlamat dan strategi yang berbeza. Pada dasarnya ia agak melekakan namun pada  pandangan saya tidak salah bermain permainan ditalian jika kita pandai mengimbangi masa dan tidak alpa akan tugas harian.  Ada permainan yang menguji minda bukan sekadar hiburan namun begitu anak-anak harus dipantau oleh ibu bapa agar tidak kemaruk dengan permainan sebegini kerana sedikit sebanyak boleh menganggu pelajaran mereka manakala yang telah bekerja  pula jangan mengambil kesempatan menggunakan ruang masa yang ada di pejabat untuk permainan sebegini. Ada juga yang  obses hingga wujud forum-forum yang membincangkan secara terperinci selok-belok bagaimana untuk menguasai permainan di Muka Buku.

Akhir kata, jadikan la permainan di talian sebagai salah satu cara untuk menghabiskan masa lapang sahaja. Jika ada yang ingin mencuba, carila permainan yang boleh mencabar minda juga  dalam masa yang sama boleh mengurangkan tegangan atau tekanan  akibat bebanan kerja. Gunakan masa yang terluang sebaik mungkin  'Kesihatan yang hilang mungkin boleh dikembalikan  dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali, ia  akan terus hilang.'-dipetik dari himpunan kata-kata hikmah.


Wasalam.











Sunday 13 October 2013

Resepi Kuih Pau

Assalamualaikum

Kami satu keluarga suka makan kuih pau tapi suka yang berlainan intinya. Biasanya saya buat 3 jenis iaitu inti kelapa, inti kaya (beli yg dah siap) dan untuk simanja,  pau kosong tak da inti.. :)

Rasa pau ni macam pau kampung  , jika ingin tau  macam mana rasanya kena la cuba.   


Bahan2 inti kelapa
-kelapa parut secukupnya (guna 'desiccated coconut' pun boleh)
- air secukupnya
- gula merah & gula pasir
Cara2
-didihkan air dalam kuali 
-masukkan gula merah dan gula pasir hingga gula larut
-masukkan kelapa parut
-gaul kan sebati  (saya suka inti yang agak basah tidak terlalu kering)
-tambah gula jika rasa kurang manis



Bahan2 Untuk Doh
-250gm tepung gandum
-3gm yis 
-2gm baking powder
-20gm minyak masak
-2gm bread softener
-50gm gula castor
-1/2 cwn air suam @115gm  
 (Jika gunakan tepung gandum 1kg pastikan semua bhn digandakan 4  dan air suam sebanyak 460gm)
**pastikan tepung gandum yang digunakan bebas dari bahan peluntur**  


Cara2
-gaulkan tepung & yis
-larutkan gula dlm air
-tuang larutan gula sedikit demi sedikit dlm tepung & gaul perlahan-lahan
-separuh jln tuangkan minyak & teruskan menguli dgn menghabiskan lebihan air hingga doh kenyal
(Jika gunakan 'stand mixer'  gunakan pemukul doh dengan kelajuan 2-3, matikan setelah ia menjadi doh)
-rehatkan doh 30 minit (tutup bekas doh dengan plastik 'cling film')
-bulat2kan doh & rehatkan lagi 10minit
-leperkan doh & letak inti rehatkan sekejap (alas pau dgn kertas yg sesuai jika tidak mengunakan daun pisang)
-kukus selama 10 minit
* pau yg sejuk blh di kukus semula


Selamat mencuba..



Friday 11 October 2013

Tudung Amelia -Modern Hijab Exclusive

AMELIA EXCLUSIVE XL

Size : XL
Labuh dari dagu : 19-20 inci
labuh tepi : 33-34 inci
Lilit Muka : 10.5 - 11 inci
Berat : 171 Gram
Material : Lycra Printed
awning : Kodroi
Design : Twist/Butterfly


Sila sms/whatsapp 0182184821 untuk keterangan lanjut juga segala urusan jual beli.. 

Wednesday 9 October 2013

Kitchenaid Atau Kendwood

Assalamualaikum

Saya bukan la pakar buat kek dan sebagainya tetapi  ingin berkongsi nota secara ringkas yang saya buat sebelum memilih jenama apa yang hendak dibeli. 

Untuk membuat kek juga sesetengah doh kuih 'stand mixer' sangat penting kerana ia bukan sahaja memudahkan kerja-kerja didapur malah hasilnya juga tidak mengecewakan. Tidak salah kalau masih memilih cara konvensional terpulang kepada individu mengikut keselesaan masing-masing.

2 jenama  seperti diatas dipilih kerana kebiasaannya itu la jenama yang agak popular dan menjadi sebutan dikalangan rakan-rakan saya.

Kitchenaid
Kitchenaid mempunyai 3 jenis 'stand mixer' iaitu Artisan, Classic dan Professional.  Ia mempunyai lebih dari 20 warna yang menarik untuk dipilih oleh pembeli. Warna juga memainkan peranan penting dalam pemilihan kerana ada yang ingin menyesuaikan dengan suasana dapur juga warna 'kitchen cabinet'. Kesemua jenis ini mempunyai kelajuan dari 1 sehingga 10. Ia juga dibekal kan dengan 3 alatan seperti pemukul untuk kek, pemukul untuk doh dan pemukul untuk cream. Ia juga boleh ditambah dengan aksessori seperti pembuat pasta dan lain-lain.




Artisan

-berat 12kg
-300watt 
-kapasiti mangkuk steel dengan pemegang  4.8litre
-penutup plastik 
-'tilt back head design'

Classic


- berat 12 kg
-275 watt
-kapasiti mangkuk steel tanpa pemegang 4.5litre
-tiada penutup plastik 
-'tilt head back design'

Professional


-berat 14kg
-500watt
-kapasiti mangkuk steel dengan pemegang 6.9litre
-penutup plastik
-'J handle design'- turun naik bowl


Kendwood
Kendwood juga mempunyai beberapa jenis 'stand mixer' untuk Kendwood Chef sahaja ada dalam 7 jenis (saya kongsikan untuk Kendwood Chef Classic), Kmix dan Prospero.  Untuk Chef dan Prospero hanya ada satu warna iaitu silver manakala Kmix terdapat lebih dari 5 warna. Ia mempunyai kelajuan dari 1-6 juga dibekalkan dengan 3 alatan pemukul kek, pemukul doh dan pemukul cream. Sama seperti Kitchenaid ia juga boleh dilengkapi dengan aksessori tambahan.

Kendwood Chef Classic


-berat 11kg
-800 watt
-kapasiti magkuk steel tanpa pemegang 4.5litre
-'tilt head back design'
-juga dibekalkan dengan 1.5litre acrylic pengisar

Kendwood Prospero


-berat 900kg
-900 watt
-kapasiti mangkuk steel tanpa pemegang 4.3litre
-penutup plastik
-'tilt back head design'
-Ia juga dibekalkan dengan pengisar, 'food processor', pemerah jus limau juga alat penghiris halus dan kasar.

K Mix


-berat 12kg
-500 watt
-kapasiti mangkuk steel dengan pemegang 5litre
-penutup plastik
-'tilt back head design'
-ada fungsi kaup balik ( penting untuk buat kek span)

Secara keseluruhannya ia mempunyai fungsi  yang sama cuma berbeza dari segi fizikal, kelajuan, watt dan kapasiti doh. Harga  juga dipengaruhi oleh faktor-faktor tersebut, oleh itu teliti setiap keistimewaan yang ada sebelum membuat keputusan untuk membeli ( tepuk poket, tengok dompet). Akhir kata terpulang kepada  penilaian masing-masing dan diharap sedikit sebanyak membantu anda untuk mengenali 2 jenama  ini. 

Wasalam






Tuesday 8 October 2013

Salji di Sheffield United Kingdom

Assalamualikum

Setelah  hampir 4 tahun berada di United Kingdom (Sheffield) banyak kenangan manis yang dikumpul disana. Ingin  berkongsi sedikit pengalaman semasa musim sejuk (winter), kebiasaannya orang akan bertanya soalan begini ' ooo sejuk ye kat sana best la', ianya tidak seindah putih salji yang turun. Pertama kali merasa salji turun menimpa badan rasa bagai mimpi jadi kenyataan, sungguh besar kuasa Allah ianya seperti gula-gula kapas lembut dan apabila dipegang ia cair namun tidak melekit.

Salji seumpama api yang semasa kecil menjadi kawan tetapi jika besar menjadi lawan, tidak dinafikan setiap kali masuk musim sejuk masing-masing menunggu waktu kemuncaknya iaitu  pabila salji turun. Salji boleh  turun pada suhu 5 celcius tetapi kebiasaanya pada suhu 2 celcius kebawah dan rasa sejuk yang teramat sangat akan kurang  bila salji mula turun, subhanallah  cantik sungguh pemandangan ketika itu namun jika salji turun berhari-hari tanpa henti dihati ini mula timbul kerisauan. Suhu yang paling rendah yang saya rasa ketika disana ialah -20 celcius. Waktu begini bahan mentah seperti ayam, ikan dan lain-lain tak perlu disimpan didalam peti ais rasanya suhu diluar lebih rendah dari suhu peti ais. Air kopi atau teh panas yang dibuat harus di simpan didalam termos untuk memastikan ianya tidak sejuk bila hendak diminum.


Sajli yang turun lebat dalam waktu yang panjang menyebabkan banyak aktiviti terpaksa ditangguhkan. Pengangkutan awam terhenti dan sekolah akan  ditutup. Ibu bapa  akan  diberitahu melalui sms oleh pihak sekolah untuk mengambil anak-anak pulang, jika salji turun dari malam hingga ke pagi maka sms juga akan dihantar akan pemberitahuan penutupan sekolah. (Tiada sekolah ganti untuk itu)


Suhu yang sejuk boleh membuatkan air minuman dalam botol yang ditinggalkan di dalam  kereta menjadi ais pada keesokkan harinya. Jika suhu tidak naik dan tiada matahari yang keluar akan membuatkan keadaan bertambah rumit selepas salji turun dengan lebatnya. Salji yang halus mulus akan bertukar menjadi ais di atas jalan raya. Penaburan garam ke atas jalanraya akan dilakukan untuk mencairkan ais oleh pihak berwajib namun ia lebih dijalan utama tidak didalam kawasan perumahan. Suhu didalam rumah juga menjadi sangat sejuk, kebiasaanya setiap rumah pasti ada pemanas mudah alih tidak hanya bergantung kepada pemanas central kerana ia agak jimat jika digunakan diruangan yang kecil juga sebagai langkah  alternatif  jika berlaku sebarang kerosakkan pada 'boiler'. Stok makanan juga akan dibeli lebih awal kerana bimbang kereta tidak boleh bergerak jika salji turun berlarutan. 


Namun begitu, keseronokkan jelas terpancar diwajah anak-anak yang tidak  sabar untuk bermain salji, membuat 'snowman', membuat igloo dan bermain luncur salji. Persiapan pakaian harus lengkap jika ingin bermain salji untuk mengelakkan 'frostbite' juga demam kemudian hari. Aktiviti bermain salji ini akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran jiran-jiran yang berdekatan.


Disini saya kongsikan gambar yang diambil di pekan Firth Park, satu-satunya pokok yang masih berdaun hijau ketika musim sejuk manakala yang lain telah gugur daunnya dan hanya tinggal ranting sahaja.


Juga pemandangan perumahan disekitar jalan Ellerton Road.



Semua ini menjadi kenangan terindah buat kami sekeluarga, terima kasih  Allah kerana memberi peluang kepada kami merasa kehidupan di negara orang (yang beriklim 4 musim) ianya mematangkan kami seperti mana ada pepatah mengatakan 'jauh perjalanan luas pengalaman' juga 'hujan emas dinegara orang, hujan batu dinegara sendiri' apa pun keadaan  saya lebih selesa berada di negara sendiri.

Wasalam













Monday 7 October 2013

Petai Dan KesanNya

Assalamualaikum


Pokok Petai merupakan sejenis tumbuhan dalam Famili  Fabaceae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan. nama botaninya Parkia speciosa - .Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.




Saya  gemar makan petai, tak kira samada mentah ataupun yang dimasak namun masakan petai yang paling menarik bagi saya ialah apabila ia disambalkan. Sambal tumis sotong petai, sambal tumis udang petai dan sambal goreng ikan bilis petai boleh membuatkan saya makan berulang- ulang kali. Kalau ada menu seperti tadi memang  niat untuk kurangkan  makan pada hari itu tak tercapai dan saya tak perlukan lauk pauk lain.

Minggu lepas saya membeli 4 papan petai berharga RM5 di pasar tani. Masa di perantauan selalu masak petai yang telah dikopek dan disejuk bekukan, bagi saya rasanya tak jauh beza dari petai yang 'fresh'. 



Arwah orang tua saya suka makan ulam-ulaman, kebiasaanya makanan yang dihidangkan pasti ada ulam membuatkan saya tertarik untuk mencubanya dan sehingga kini insyaAllah saya boleh makan apa sahaja ulam yang diberikan. Memang betul ada pendapat mengatakan masakan dirumah boleh mempengaruhi tabiat pemakanan kita.

Mari kita lihat kebaikkan yang boleh diperolehi apabila memakan petai dipetik dari  Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protien dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat,, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.
Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan traditional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
Menerusi informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti. Putra Malaysia  (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap. Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai). (Kosmo 28 Mei 2011)
Petai juga berkemampuan untuk membekalkan tenaga yang tinggi kerana, biji kekacang petai mengandungi gula semulajadi seperti fruktosa, glukosa, sukrosa dan kombinasi daripadanya. Petai juga mengandungi Trytophan, yang mampu mengawal tekanan seseorang, trytophan dapat bertukar kepada serotonin dimana dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil. Kandungan zat besi dalam petai mampu mengurangkan risiko mendapat anemia di kalangan pengamalnya. Vitamin B6 petai membantu mengawal paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami kebingungan tatkal mendapat sindrom premenstrual.
Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendam garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok. Petai juga mempunyai serat tumbuhan yang baik bagi pengahadaman dan dapat mengelakkan gejala sembelit dari mudah berlaku. Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ketahap seimbang. Petai juga baik bagi seseorang yang telah memberhenti dari menghisap rokok dan dalam proses rehabilitasi. Kandungan Vitamin B6 dan B12 serta kalium dan magnesium dapat membantu dalam mengatasi kesan langsung akibat pemberhentian pengambilan nikotin.
Kulit pepapan petai dibahagian licin dalam poket biji petai disimpan boleh diusap pada bahagian bengkak atau kemerahan-merahan di kulit disebabkan oleh gigitan nyamuk.
Namun begitu memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal.

Dalam ertikata lain apa saja pun yang kita makan berlebihan adalah tidak elok untuk kesihatan, namun begitu jika dikawal pemakanannya  banyak  kebaikkan dari keburukkan walaupun ia meninggalkan kesan bau pada sipemakan  melalui nafas juga urine. Oleh itu sesiapa yang tidak makan petai bolehlah mula mencuba...  :)

Wasalam


























Thursday 3 October 2013

Nasi Goreng Kampung

Assalamualaikum

Nasi  goreng kampung ni dah jadi menu tetap mingguan keluarga kami, tak jemu rasanya dan lebih enak dimakan bersama ayam goreng atau telur mata kerbau sambil bersulamkan  tomyam.

Kalau dah masak nasi  tapi tak rajin nak masak lauk pauk atau ada lebihan nasi jom tgk resepi ni .. :)

Bahan2 untuk 4 pot beras (pot beras yang comel tu ye)

-nasi (seelok-eloknya yg telah sejuk kalau baru masak sejukkan dulu baru goreng)
-bawang besar 2 biji ( 1 biji dihiris halus)
-bawang putih 7 biji
-cili padi secukupnya (kalau nak pedas letak banyak)
-ikan bilis ( banyak nya ikut selera masing2- gorengkan 1/3 dari jumlah tadi dan ketepikan)
-secubit kiub ayam (tak letak pun tak pa)
-2 biji telor
-daun sup@ ketumbar
-sayur kangkong

Cara2

-satukan bawang besar, bawang putih, ikan bilis juga cili padi dan kisarkan



-tumiskan bawang hiris tadi dan masukkan bahan2 yang telah dikisar
- setelah bahan tumisan keperangan pecahkan 2 biji telur dan masukkan garam juga secubit  kiub ayam ( ikut citarasa masing-masing)
-masukkan sayur kangkong 
-masukkan nasi dan gaul sebati
-masukkan daun sup@ketumbar
-taburkan ikan bilis yang telah digoreng tadi, padamkan api memasak

Gambar nasi goreng ni tak ada sayur kangkong... :)

Selamat berhari minggu ...dan selamat mencuba.. :)





Resepi Kuih Sagu

Assalamualaikum



Kuih ni ada banyak nama, antaranya ada yang panggil 'kuih janda malas' saya pun tak tau macam mana ia terlabel begitu :) . Dari kecik saya suka makan kuih sagu, bila pergi kenduri atau jamuan kat rumah orang kalau nampak ada kuih ni rasa seronok sangat. Masa tak pandai lagi buat kuih saya sering beli kuih muih di pasar malam, tapi kuih ni jarang dijual dikawasan rumah saya. Bila berada diperantauan lagi la susah nak cari kuih ni,  'cik google' jadi bahan rujukan. Saya ubah suai sedikit resepi yang saya dapat, jadi lah seperti berikut:-

Bahan2
-1 gelas sagu biji
- 3 gelas air
-3/4 gelas gula pasir
-sedikit pewarna merah
-1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil esen rose (kalau letak pewarna hijau, guna kan esen pandan)

Gunakan gelas @ cawan yang sama utuk menyukat sagu dan air
Pastikan sagu yang saiz kecil bukan yang saiz besar
Utk sagu cepat masak.. Rendam dlm air sekejap, (dalam 5 minit jgn terlalu lama) basuh dan toskan 

Cara2
- panaskan air + pewarna merah hingga mendidih
- masukkan sagu kemudian kacau rata
- masukkan gula & gaul rata
-bila adunan pekat sedikit masukkan dlm loyang
-kukus dlm 20 minit (untuk sagu masak 100%)
- sejukkan baru potong & gaulkan dgn kelapa yg telah dicampur sedikit garam

Selamat mencuba.  :)

Wasalam

Air!

Assalamualaikum

Air  merupakan salah satu sumber  alam  semulajadi yang sangat penting dalam  kehidupan seharian manusia, ia juga penting dalam bidang pertanian dan industri. Oleh  itu, kebersihan air perlu berada ditahap yang paling tinggi.

Air kotor atau karat masih lagi berlaku dinegara kita. Apa yang dicoretkan disini adalah berdasarkan apa yang saya lalui, mungkin ada juga mereka mengalami nasib yang sama dengan saya. Jika rumah yang tiada  'water filter'  atau penapis air biasanya akan menghadapi masalah ini. Air yang sepatutnya berwarna jernih bertukar menjadi kekuningan dan kadang-kadang berwarna coklat. Ada juga sesekali air berbau klorin sangat kuat seakan-akan bau ubat lipas, air ini masih berbau walaupun telah dididihkan. 

Sesetengah rumah hanya memasang penapis air di sinki untuk kegunaan memasak dan lain-lain tetapi tidak diluar dimana  sumber air masuk kedalam rumah kebiasaanya air ini akan mengalir terus ke tangki air rumah.  Kejadian baju kotor ( ada tompokan warna coklat) selepas dicuci di dalam mesin basuh juga sering berlaku, bayangkan jika air sebegitu di gunakan utk membersihkan diri, memasak dan lain-lain. Oleh itu, terdapat banyak keluaran produk tapisan air dan kesemuanya menawarkan harga yang menarik juga ada yang boleh dibayar secara ansuran. Apa pilihan yang kita ada, jika inginkan kualiti air yang terbaik untuk keluarga maka harus ada penapis air. 




Walaupun air kotor atau berbau ini berlaku sekali sekali namun kita perlu sentiasa berhati-hati dan memastikan keluarga yang tersayang sentiasa mendapat yang terbaik kita juga harus  bijak memilih jenama penapis air  yang berada dipasaran

Untuk pengetahuan, berikut  adalah  bagaimana cara air dibersihkan diambil dari laman rasmi SAJ 

Proses Rawatan Air Bersih
Rawatan Air
Rawatan air merupakan proses membuang bahan cemar daripada air mentah bagi menghasilkan air yang selamat untuk digunakan manusia dari segi kimia dan bakteriologikal. Air juga perlu diterima dari segi estetiknya, bebas dari kekeruhan yang nyata, bau dan warna yang tidak menyenangkan. Loji rawatankonvensional meliputi proses-proses berikut:
Penyaringan
Pada permulaan, serpihan kayu, dedaun, tumbuhan akuatik dan bendasing yang terapung akan diasingkan melalui proses saringan. Selepas disaring, bahan terampai yang lebih padat akan dibuang dengan membenarkan air mengalir melalui kebuk yang mana ia akan mendap ke dasar.
Pengudaraan
Air mentah yang dipam dicampur dengan udara di ruang pengudaraan. Proses pengudaraan 
menghasilkan oksigen dari atmosfera bagi pengoksidaan besi dan mangan terlarut kepada bentuk 
tidak larut bagi tujuan menyingkirkannya. Proses ini juga membantu membuang rasa dan bau yang 
tidak menyenangkan.
Koagulasi dan Flokulasi 
Koagulan, lazimnya tawas ditambah bagi membentuk partikel mikroskopik di dalam air. Ia 
kemudiannya diadun dengan lembut bagi membolehkan partikel kecil di dalam air berlaga 
dan bergabung bagi membentuk kentalan yang boleh mendap.
Sedimentasi
Kentalan dibenarkan mengalir melalui tangki sedimentasi seseragam yang mungkin untuk suatu 
tempoh yang cukup panjang untuk membolehkannya mendap. Air yang jernih akan dikumpulkan
dari bahagian atas. Bagi kentalan yang ringan, proses yang berbeza akan digunakan. Gelembung 
Udara minit digunakan di dalam proses ini. Kentalan akan melekat pada gelembung udara dan 
terapung ke atas. Air jernih akan dikumpulkan dari dasar tangki. Proses ini dinamakan 
Pengapungan Udara Terlarut.
Penapisan
Air yang telah mendap akan melalui penapis yang memerangkap partikel halus dan 
bakteria. Air yang bersih kemudiannya akan memasuki tangki air jernih. Penapis akan dicuci 
menggunakan kaedah backwash dengan kerap melalui kombinasi adunan udara dan air bagi 
memastikan kelancaran operasi.
Disinfeksi / Pelarasan pH
Air di dalam tangki jernih akan diinfeksi bagi menghapuskan mikroorganisma yang kekal 
di dalam air selepas proses penapisan. Klorin bergas atau kompaun klorin lazimnya digunakan 
untuk tujuan pembasmian kuman. Paras pH diselaraskan menggunakan kapur atau abu soda.
Tangki Air Jernih
Air yang telah dirawat akan dikumpul dan disimpan di dalam tangki air jernih bagi tujuan pengagihan.

Pengagihan Air
  • Takungan perkhidmatan
  • Tangki Imbangan
  • Stesen Pengepaman
Pengagihan Bekalan Air

Dari tangki air jernih di loji rawatan air, air terawat dipam melalui sistem saluran yang panjang bagi 
mengimbangi takungan dengan ketinggian yang mencukupi untuk pengagihan menggunakan 
graviti ke takungan perkhidmatan di dalam pelbagai pusat permintaan. Sistem pengepaman kedua 
akan digunakan bagi kawasan yang tidak dapat memanfatkan graviti bagi tujuan pembekalan air.

Kerja-kerja memasak dan membasuh terpaksa ditangguhkan  jika kualiti air tidak memuaskan.
Wasalam