Saturday 14 December 2013

Resepi Ikan Siakap Stim dengan Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum

Saya tak tahu kenapa orang menggelarnya pemanggang ajaib mungkin fungsinya yang boleh memasak pelbagai jenis makanan, yang ini jenis vantage.


Selain membakar dan memanggang, saya masak ikan  ala-ala stim dan rasanya sedap. Sesiapa yang ada alat pemanggang ini bolehlah cuba tak perlu periuk kukus bagai nak buat ikan stim.

Mari lihat resepi ikan Siakap Stim

Bahan-bahan 
-seekor ikan siakap ( boleh guna ikan lain ikut selera masing-masing)
-1 batang serai ( dihiris- kalau serai kurus gunakan 2 batang)
-2 inci halia (dihiris)
-3 sudu besar jus limau ( saya guna jus limau  dalam botol)
-1 sudu besar garam
-1 labu bawang besar dipotong bulat
-3 sudu sos tiram
-karot
-daun sup atau daun ketumbar

Bahan-bahan tumbuk
-5 ulas bawang putih
-separuh dari bawang besar

Cara-cara
-lumurkan sebati semua bahan-bahan hiris, bahan-bahan  tumbuk, jus limau, sos tiram dan garam lalu perapkan ikan sebentar


-letakkan sedikit air kedalam pemanggang, tunggu sehingga airnya mendidih kemudian masukkan ikan tadi dan tutupkan pemanggang dalam 7 minit


-terbalikkan ikan tadi, tambah lagi sedikit  air dan masukkan bawang potong dan karot dan tutup semula pemanggang selama 10-15 minit (boleh tambah apa saja yang di ingini seperti sayur kobis, cendawan dan lain-lain)


-saya tambah lagi air kerana anak-anak suka hirup kuahnya, rasa kuahnya dan jika perlu boleh tambahkan  lagi garam atau jus limau ikut citarasa masing-masing, setelah ikan masak taburkan daun sup atau daun ketumbar.


Keseluruhan proses untuk ikan masak adalah dalam masa 20-30 minit. Kalau rajin bolehlah lengkapkan lauk pauk lain seperti tomyam, sotong goreng tepung dan lain-lain terasa macam makan direstoran 'seafood' dan yang penting air tangan sendiri.

Selamat mencuba.. :)

Wassallam.













18 comments:

  1. dah cuba..thx for sharing..i u don't mind hit me back at http://ailzab.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Thanks..best sgt2,mudah je..mintak share yer...

    ReplyDelete
  3. Wah..menarik juga ni. Xpernah cuba lagi masak steam pakai pemanggang ajaib.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubala sis..insyaAllah menjadi dan sedap :)

      Delete
  4. Sis guna jus limau yg mne ye? Mcm best je.boleh cuba :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam botol mineral ..ada jual kat jaya grocer... :)

      Delete
  5. Thnxs for sharing this idea...nk tnye api kcik or kuat ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 ... Api sederhana je coz ikan cpt masak. :)

      Delete
  6. menarik ni , boleh try weekend ni...:-)
    jemput ke blog saya..www.liezamohd.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la sis...
      InsyaAllah nanti blog walking ... :)

      Delete
  7. ALHAMDULILLAH. DAH SIAP CUBA RESEPI SIS BG NI DGN MAK SAYA. TAK SABAR UTK MKN TGH HARI NI! ;-)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...kalau sedap boleh masak lagi :)

    ReplyDelete
  9. terbaikkk. tq

    ReplyDelete