Alhamdulillah sudah hampir 6 bulan membabitkan diri dalam dunia blog, pada mulanya saya tidak yakin akan ada pembaca yang sudi melawat, membaca apatah lagi memberi kepercayaan untuk berurusniaga dengan saya melalui alam maya.
Saya tahu kelemahan saya iaitu tidak hebat bermain kata-kata seperti kebanyakkan bloger yang lain namun saya masih teruskan dan pastikan setiap minggu sekurang-kurangnya ada dua atau 3 entri di blog. Tanpa disangka saya berjaya menjual barangan melalui blog dengan orang yang saya tidak kenali, ini bermakna blog saya mula diiktiraf oleh pembaca, kadang-kadang apabila kepenatan dengan rutin harian, hati jadi girang bila melihat trafik di blog meningkat setiap hari. (Jadi terapi minda untuk saya :). )
Berblog pada pandangan saya salah satu kaedah pengisian masa lapang yang penuh dengan informasi. Jika kita ingin menulis sesuatu sudah pasti perlu membuat sedikit penyelidikan tentang topik tersebut dan harus melakukan sedikit pembacaan kerana kita tidak mahu pembaca disajikan dengan kenyataan yang tidak benar. Tulisan berbentuk pengalaman pula sedikit sebanyak memberi informasi kepada pembaca akan situasi yang mungkin mereka akan alami untuk dijadikan panduan. Kemasukkan entri resepi masakan juga boleh membantu mereka yang kebuntuan samada memberi idea untuk memasak atau membantu mendapatkan resepi yang lebih mudah, ringkas dan sedap. Disamping mencari pendapatan sampingan saya juga amat berharap ia menjadi salah satu dari amalan jariah saya kepada masyarakat.
Saya juga tidak mempunyai banyak masa kerana sibuk dengan pengurusan anak-anak kerana mereka berada paling atas pada setiap senarai harian saya namun alhamdulillah saya mampu mencuri masa utk menulis walaupun tidak kerap dan berniaga 'online'. Disebabkan kekangan masa saya hanya membuat 'blog walking' seminggu sekali dan peruntukkan 2-3 jam sahaja untuk melihat teknik penulisan bloger lain juga mendapat banyak informasi yang berguna. Kumpulan dari Akedemi Bekerja Dirumah juga sangat-sangat membantu dalam memberi semangat dan pada pandangan saya mereka yang berada didalam kumpulan ini hebat-hebat kesemuanya.
Jika anda ingin menceburi alam blog atau ingin berniaga secara online secara sambilan dan mahukan ianya dilakukan dengan cara yang betul boleh menghubungi saya melalui sms/whatsapp di 018218482 juga boleh pm di http://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?ref=hl&bookmark_t=page atau terus bertanya dengan guru 'online' saya Pn. Zaila, untuk mengenali beliau dengan lebih dekat boleh clik disini http://zailabinimdae.blogspot.com
Wassallam.
No comments:
Post a Comment