Friday 19 December 2014

Hijrah ke Cameron Highland

Assalamualaikum

Lama menyepi kerana sibuk dengan urusan pindah rumah juga masalah wi-fi, alhamdulillah proses perpindahan berjalan lancar. Lama sungguh tak ke Cameron Highland dan kini rasa macam bercuti setiap hari ditempat nyaman milik Allah ini.

Suhu agak rendah  terutama pada waktu malam tatkala dimusim  hujan ini, seakan-akan musim bunga hendak beralih ke musim panas jika berada di United Kingdom. Anak- anak sudah mula menyesuaikan diri disini dan pengalaman berada di 'UK' memudahkan mereka untuk mengadaptasikan suhu dan persekitaran. Pekan di Tanah Rata dan Brinchang boleh dikatakan sibuk sentiasa semasa cuti sekolah ini dan pasar malam di Brinchang juga beroperasi setiap hari berbanding bulan kebiasaan hanya pada malam Sabtu sahaja.

Sekolah juga berhampiran dengan rumah yang kami duduki, sekarang  masa saya tak banyak hilang di atas jalan untuk menghantar anak-anak kesekolah dan berharap akan dapat menulis lebih banyak mengenai Cameron Highland diblog ini.

InsyaAllah kita jumpa lagi di coretan 'CH' yang akan datang.


Wassalam.

Wednesday 12 November 2014

Ikan Bilis Goreng Tauchu Kucai

Assalamualaikum

Kali ini resepi mudah, jika sesekali ingin makan nasi tanpa  kuah boleh cuba resepi ini. 



Bahan-bahan
-2 gengam ikan bilis yang telah dikopek dan digoreng rangup
-3 Ulas bawang putih (diracik halus)
-1 Labu bawang besar( suku di racik halus selebihnya di hiris sederhana)
-1cm halia (diracik halus)
-3 sudu  besar Tauchu (saya guna jenama tamin)
-secubit kiub ayam
-sedikit daun kucai yang dipotong 2cm panjang
-5 biji cili merah dan 5 biji cili padi di hiris ( kalau nak pedas tambah cili padi)

Cara-cara
-tumis bawang merah, bawang putih dan halia yg diracik halus hingga kekuningan
-masukkan tauchu serta secubit dari kiub ayam dan digaul rata
-masukkan bawang merah yang dihiris gaul hingga bawang masak
- masukkan cili yang telah dihiris dan kacau hingga cili masak
-masukkan daun kucai kacau sebentar dan tutup api dapur 
-masukkan ikan bilis goreng lalu di gaul sebati

Sangat sedap dimakan bersama nasi panas.
Selamat mencuba


Tuesday 28 October 2014

Baju Kurung Tenun koleksi Oktober 2

Assalamualaikum

Koleksi Oktober 2 menampilkan pelbagai saiz baju kurung juga baju melayu

-Baju kurung ini adalah Pesak Gantung dengan Kain Selisih ( kain susun tepi untuk saiz XL)
-Diperbuat dari kain  cotton tenun & 100% cotton
-Kain lembut  dan senang digosok
-Corak dan warna yang Unik


Maklumat potongan baju kurung :-

Saiz SS
Bahu -13.5', Pinggang - 24.5', Punggung - 40', Tangan -22', Labuh -38'

Saiz S
Bahu - 14.5', Pinggang -26.5', Punggung - 40.5', Tangan -22.5', Labuh -39'

Saiz M
Bahu- 15.5', Pinggang- 28.5', Punggung -42', Tangan - 23' & Labuh- 40'

Saiz L
Bahu- 16.5', Pinggang- 30.5', Punggung-44', Tangan- 23', Labuh -41'

Saiz XL 
Bahu- 17.5', Pinggang- 32.5', Punggung- 46', Tangan- 23', Labuh- 41'


Maklumat potongan baju melayu :-

Saiz M
Bahu- 17.5', Dada - 22', Punggung - 45',  Labuh Tangan - 23' & Labuh Baju -30'

Saiz L
Bahu- 18', Dada - 22.5', Punggung - 46', Labuh Tangan- 23', Labuh Baju - 31.5'

Saiz XL 
Bahu- 19', Dada - 23',  Punggung- 47', Labuh Tangan- 24', Labuh Baju - 32'



                      
                              
                        

                        

                       

                        

                        

                        

                         


Harga Baju Kurung sahaja ialah RM170, baju Melayu sahaja RM120 dan baju 'couple' RM290 termasuk  kos penghantaran di seluruh Malaysia


Sila nyatakan koleksi Oktober 2 beserta kod apabila membuat pertanyaan melalui sms/whatsapp 0182184821 atau pm di https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?ref=hl







Thursday 23 October 2014

Baju Kurung Tenun -Koleksi Oktober 1

Assalamualikum 

Koleksi Oktober 1 untuk mereka yang memakai saiz XL

-Baju kurung ini adalah Pesak Gantung dengan Kain Susun Tepi
-Diperbuat dari kain  cotton tenun & 100% cotton
-Kain lembut  dan senang digosok
-Corak dan warna yang Unik


Maklumat potongan baju kurung :-
Saiz XL 
Bahu- 17.5', Pinggang- 32.5', Punggung- 46', Tangan- 23', Labuh- 41'




                   










Harga Baju Kurung di atas ialah RM170 termasuk  kos penghantaran di seluruh Malaysia


Sila nyatakan koleksi Oktober 1 beserta kod apabila membuat pertanyaan melalui sms/whatsapp 0182184821 atau pm di https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?ref=hl









Thursday 2 October 2014

Shawl Ayesha

Assalamualaikum
Kali ini LP memaparkan shawl menarik dari Vivalicious

Material - High quality crepe 
Panjang - 1.8 meter
lebar - 0.75 meter


~ Shawl yang lebih lebar
~ Design halfmoon
~ Jahitan yang kemas
~ Kain yang bermutu dan tidak jarang
~Mudah terbentuk dan cantik apabila dipakai
~Mudah digosok
~Mempunyai 'glittery effect'

Harga RM45 termasuk kos penghantaran di seluruh Semenanjung Malaysia
Harga RM48 termasuk kos penghantaran di Sabah dan Sarawak

***Harga promosi hingga 11 November 2014 RM35 di Semenanjung Malaysia dan RM38 di Sabah dan Sarawak.****








Untuk sebarang pertanyaan atau urusan jualbeli boleh diajukan melalui sms/whatsapp 0182184821 atau pm di 'Facebook'https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?ref=hl&bookmark_t=page






Tuesday 30 September 2014

Himpunan resepi Sambal Belacan

Assalamualaikum

Bila sebut saja sambal belacan dah rasa terliur mulut ini dan terbayangkan nasi panas, ulam-ulaman dan ikan kering sepat.



Kadang-kadang memang payah nak dapatkan rasa sambal belacan yang sesuai dengan tekak seseorang,  ini lah yang selalu membuatkan saya dalam dilema setiap kali bila hendak membuat sambal belacan. Oleh itu, dengan bantuan rakan-rakan saya kumpulkan beberapa resepi dan diolah sedikit,  ia boleh dicuba mengikut kesesuaian tekak masing-masing. Saya gunakan pelbagai jenis belacan dalam mencuba resepi-resepi dibawah dan Alhamdulillah semuanya sedap.


Resepi 1 ( resepi asal dari Mak Mertua -Pn Sakura)

Bahan-bahan
-6 biji cili merah dibuang bijinya
-15 biji cili padi
-belacan sebesar ibu jari
-2 biji bawang putih
-1 sudu kecil gula dan secubit garam
-jus limau kasturi secukupnya

Cara Membuatnya
- masukkan kesemua bahan kecuali jus limau didalam kuali dengan 1sudu minyak masak
(Hati-hati dengan letupan kecil)
-gorengkan sehingga bawang putih keperangan
- keluarkan dan masukkan ke dalam lesung tumbuk dan masukkan gula dan garam
-tumbuk  hingga lumat dan perahkan jus limau kasturi 


Bila buat banyak bolehlah simpan didalam peti ais ianya tahan lama ( yang ini saya goreng bahan-bahannya menggunakan minyak ikan goreng sebab tu berwarna kekuningan sedikit)





Resepi 2 (resepi asal dari Anis)
Bahan-bahan
-belacan sebesar ibu jari dibakar terlebih dahulu
-cili merah 3 biji dibuang biji
-cili padi 10 biji
-2 sudu kecil gula
-secubit garam
-air asam jawa pekat atau jus limau kasturi


Cara Membuatnya
Tumbuk semua bahan dan masukkan perahan air asam jawa atau jus limau kasturi secukup rasa





Resepi 3 (resepi asal dan gambar dari Mazni)

Bahan-Bahan
-Cili padi 10 biji
-Cili merah 5 biji
-belacan 3cm
-2 biji limau kasturi

Cara Membuatnya
-cili padi dan belacan distimkan
-satukan kesemua bahan-bahan tadi dan ditumbuk 
-dah agak lumat perah kan limau kasturi yang telah dibuang biji 
-masukkan sekali limau kasturi tersebut (tenyeh2 disambal) dan gaul sebati 



Resepi 4 ( resepi asal dari Suzana)

Bahan-Bahan
-Cili merah 8 biji
-Cili padi 10 biji
-Garam kasar secukup rasa
-Belacan bakar 2 inci
-Perahan sebiji limau nipis atau air asam jawa
-Sedikit sebuk perasa

Cara membuatnya
-satukan kesemua bahan kecuali perahan limau nipis dan ditumbuk hingga lumat
-kemudian masukkan perahan limau nipis atau air asam jawa

Resepi 5 (resepi asal dari Marhanim)

Bahan-bahan
-7 biji cili merah
-7 biji cili padi
-2cm belacan
-separuh dari bawang yang sederhana besar
-jus limau secukup rasa
- sedikit garam dan gula

Cara-cara membuatnya
-satukan kesemua bahan dan kisar gunakan 'blender'
-boleh tambahkan lagi garam, gula dan jus limau mengikut selera masing-masing




Resepi 6 -sambal belacan tok2 versi saya (baru)

Bahan- bahan 
-7 biji cili merah
-segenggam cili padi
-segenggam ikan bilis
-2 sudu teh jus limau
-1 inci belacan
- 3 ulas bawang bawang putih saiz sederhana
-secubit garam
-sedikit gula

                        

Cara-cara
-goreng ikan bilis hingga garing dengan sedikit minyak masak
-goreng cili merah, cili padi, belacan, dan bawang  putih (gunakan minyak goreng ikan bilis tadi)

                       
     

- kemudian tumbuk kesemua bahan yang telah digoreng tadi masukkan gula dan garam
-masukkan 2 sudu teh jus limau dan gaul sebati


                     

Jika ada yang alergik dengan belacan, sambal ini boleh dibuat tanpa belacan
   
********************************************

Diharap dengan beberapa jenis resepi sambal belacan ini dapat memberi kelainan citarasa dan membantu sesiapa yang kurang mahir membuat sambal belacan.

InsyaAllah jika ada resepi sambal belacan baru akan di 'update' dari masa ke semasa.

Selamat mencuba ...   :)

Wassalam

#lprafeah
#seluarbatikmurah
#tudungcantikmurah













Wednesday 24 September 2014

Baju Kurung Tenun -Koleksi September 4


Assalamualaikum

Koleksi September 4 menampilkan baju kurung untuk pelbagai saiz

-Baju kurung ini adalah Pesak Gantung dengan Kain Selisih
-Diperbuat dari kain  cotton tenun & 100% cotton
-Kain lembut  dan senang digosok
-Corak dan warna yang Unik


Maklumat potongan baju kurung :-

Saiz SS
Bahu -13.5', Pinggang - 24.5', Punggung - 40', Tangan -22', Labuh -38'

Saiz S
Bahu - 14.5', Pinggang -26.5', Punggung - 40.5', Tangan -22.5', Labuh -39'

Saiz M
Bahu- 15.5', Pinggang- 28.5', Punggung -42', Tangan - 23' & Labuh- 40'

Saiz L
Bahu- 16.5', Pinggang- 30.5', Punggung-44', Tangan- 23', Labuh -41'

Saiz XL 
Bahu- 17.5', Pinggang- 32.5', Punggung- 46', Tangan- 23', Labuh- 41'















Maklumat potongan baju melayu :-

Saiz M
Bahu- 17.5', Dada - 22', Punggung - 45',  Labuh Tangan - 23' & Labuh Baju -30'

Saiz L
Bahu- 18', Dada - 22.5', Punggung - 46', Labuh Tangan- 23', Labuh Baju - 31.5'

Saiz XL 
Bahu- 19', Dada - 23',  Punggung- 47', Labuh Tangan- 24', Labuh Baju - 32'





Harga Baju Kurung di atas ialah RM170, Kurung Moden RM190 dan Baju Melayu RM120 termasuk  kos penghantaran di seluruh Malaysia


Sila nyatakan koleksi September 4 beserta kod apabila membuat pertanyaan melalui sms/whatsapp 0182184821 atau pm di https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?ref=hl









Tuesday 23 September 2014

Baju Kurung Tenun- Koleksi September 3

Assalamualaikum



Koleksi September 3 menampilkan baju kurung untuk mereka yang memakai saiz L

-Baju kurung ini adalah Pesak Gantung dengan Kain Selisih
-Diperbuat dari kain  cotton tenun & 100% cotton
-Kain lembut  dan senang digosok
-Corak dan warna yang Unik

Maklumat potongan saiz L

Saiz L
Bahu- 18', Dada - 22.5', Punggung - 46', Labuh Tangan- 23', Labuh Baju - 31.5'


         

          

         

          

          

          

          

         

          

         


Harga Baju Kurung di atas ialah RM170 termasuk kos penghantaran di seluruh Malaysia


Sila nyatakan koleksi September 3 beserta kod apabila membuat pertanyaan melalui sms/whatsapp 0182184821 atau pm di https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?ref=hl