Wednesday 23 October 2013

Rumpai Laut Tiada Kolagen

Assalamualaikum

Rumpai laut dikenali secara umum sebagai tumbuhan, tetapi pakar biologi tidak beranggapan demikian. Dalam biologi semua tumbuhan sebenar adalah daripada alam Tumbuhan. Rumpai laut tidak harus disamakan dengan rumput laut iaitu tumbuhan vaskular. Para phycologists lebih gemar menggunapakai terma "alga marin"  - dipetik dari  Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Manakala kolagen pula  merupakan sejenis protein yang amat  diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadi, terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi. Ia juga  terdapat dalam tubuh haiwan iaitu meliputi semua haiwan bertulang belakang dan haiwan tidak bertulang belakang. Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein.


Rumpai Laut Mentah


Rumpai laut terbahagi kepada 3 jenis mengikut warna iaitu hijau, perang dan merah(ungu) dan mempunyai gred yang tersendiri dari AA, AAA dan AAAA. Penggunaan rumpai laut mentah makin berleluasa memandangkan harganya yang murah dan mudah untuk diperolehi. Ia akan dicuci dan direndam semalaman kemudian dimasak untuk dimakan juga dijadikan masker. Ramai yang tidak setuju apabila The Secret Medicines mengeluarkan kenyataan bahawa rumpai laut tidak  mengandungi kolagen, boleh rujuk disini.  http://thesecretmedicines.blogspot.com/2013/03/tiada-kolagen-dalam-rumpai-laut.html

Namun begitu, rumpai laut mempunyai keistimewaannya  tersendiri dan  seakan-akan kolagen. Ramai yang memberitahu  akan kesan positif  selepas mengamalkannya dan setakat ini tiada pula kesan negative yang saya dengar cuma tiada apa-apa perubahan,  agak teruja dengan kelebihan yang ada pada rumpai laut saya  turut mengamalkannya. 

Rumpai Laut setelah dimasak


Apa yang saya dapati kesannya tidak sama untuk semua individu, ada yang mengatakan kurang sakit sendi, kulit muka lebih tegang, memutihkan kulit, melawaskan dan lain-lain. Yang nyata kesannya kepada saya ialah tiada lagi sembelit tapi tiada kesan lain seperti yang diwar-warkan. Saya berpendapat jika ia tidak mendatangkan kemudaratan sebaliknya kebaikkan tidak salah untuk mengamalkannya jangan mudah terpengaruh, selidik dahulu bahan yang ingin kita makan.

Wasalam



No comments:

Post a Comment