Friday 18 October 2013

Facebook dan 'Games'

Assalamualikum

Rasanya hampir setiap isi rumah sekarang sekurang-kurangnya ada  satu akaun  Muka Buku atau 'Facebook', bukan nak bercerita pasal fungsinya tetapi ingin menjurus kepada salah satu aplikasi yang di tawarkan iaitu permainan secara langsung ditalian.

Sebelum Muka Buku  popular,  banyak permainan  secara percuma boleh didapati dipelbagai laman 'web' termasuk Yahoo. Ramai juga yang  alergi  bila melihat sahaja  perkataan 'game online' di Muka Buku, itu terpulang kepada  individu untuk menginterpretasikannya. Ramai juga yang rasa kurang selesa bila sentiasa dipelawa oleh rakan untuk turut sama menyertai mereka dalam sesuatu permainan secara langsung ditalian. Berikut adalah diantara ratusan permainan di Muka Buku yang agak ramai peminat dan pemain.


Candy Crush

Word Search

Hay Day


Ketiga-tiga permainan ini mempunyai cara, matlamat dan strategi yang berbeza. Pada dasarnya ia agak melekakan namun pada  pandangan saya tidak salah bermain permainan ditalian jika kita pandai mengimbangi masa dan tidak alpa akan tugas harian.  Ada permainan yang menguji minda bukan sekadar hiburan namun begitu anak-anak harus dipantau oleh ibu bapa agar tidak kemaruk dengan permainan sebegini kerana sedikit sebanyak boleh menganggu pelajaran mereka manakala yang telah bekerja  pula jangan mengambil kesempatan menggunakan ruang masa yang ada di pejabat untuk permainan sebegini. Ada juga yang  obses hingga wujud forum-forum yang membincangkan secara terperinci selok-belok bagaimana untuk menguasai permainan di Muka Buku.

Akhir kata, jadikan la permainan di talian sebagai salah satu cara untuk menghabiskan masa lapang sahaja. Jika ada yang ingin mencuba, carila permainan yang boleh mencabar minda juga  dalam masa yang sama boleh mengurangkan tegangan atau tekanan  akibat bebanan kerja. Gunakan masa yang terluang sebaik mungkin  'Kesihatan yang hilang mungkin boleh dikembalikan  dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali, ia  akan terus hilang.'-dipetik dari himpunan kata-kata hikmah.


Wasalam.











No comments:

Post a Comment