Wednesday 22 February 2017

Resepi Bubur Nasi Noxxa Mudah


Assalamualaikum

Lama sungguh tak 'update' resepi dan coretan disebabkan kesibukkan melanda melayan anak-anak.

Saya sudah membeli periuk Noxxa ini sejak bulan October yang lepas namun ini merupakan resepi pertama menggunakan Noxxa yang saya kongsikan disini.
Sangat mudah dan cepat memasak bubur nasi menggunakan periuk Noxxa, sebelum ini agak lama juga periuk tertenggek di atas tungku dapur untuk mendapatkan tekstur bubur nasi yang memenuhi citarasa kami sekeluarga. Pengawasan perlu kerana buak kan buih bubur nasi sering melimpah dan kerap perlu menambah air didalam periuk.

Alhamdulillah mujur ada Noxxa memudahkan kerja- kerja memasak didapur.
Jom lihat resepi bubur nasi versi saya....

Resepi:-
- Saya gunakan 'mug' dibawah untuk sukatan beras. 1 'mug' beras bersamaan dengan 6 'mug' air
(Saya guna beras basmathi faiza kashmir- kalau beras yang tak perlu air banyak boleh kurangkan sedikit kuantiti air). Kali ini saya masak 1 'mug' setengah beras bersamaan dengan 9 'mug' air



-saya hiris layang sedikit bawang masukkan kedalam periuk ditambah dengan 1 kiub ayam knor dan sedikit garam.
-saya guna kan fungsi 'HP' (high pressure) pastikan dot tombol di atas juga selari dengan dot pressure
-tekan sebanyak 15 kali di punat high pressure untuk 15 minit ( namun jangka masa masak lebih dari itu kerana periuk mengambil masa lebih kurang 8-10 minit untuk panas baru angka 15 itu akan menurun sehingga 0 )
- setelah bunyi 'beep' tekan punat 'off' lalu matikan dan cabut suis 'plug'.. Keluarkan wap dengan memusingkan tombol atas ke arah steam...( saya letak tuala kecil yang basah di sekeliling tombol sebab tidak mahu air wap terperecik banyak )
- bila bunyi 'hissing' hilang buka penutup
- saya sagat karot dan tambah sedikit air suam (sebab suka bubur berair sedikit) dan tutup semula
- karot akan masak sebab periuk masih panas ( jika masukkan awal karot akan hancur)
-BUBUR NASI SIAP😊


Untuk lauk nya-
- mudah sahaja:- lobak asin, bawang , cili padi dan ikan bilis goreng
- ikan bilis di goreng garing dan diasingkan ( sebab nak ianya sentiasa rangup kalau tak habis boleh buat lauk lain - asingkan masuk dalam bekas kedap udara)
-guna minyak goreng ikan bilis tadi untuk menggoreng lobak asin  sehingga separuh masak
-masukkan cili padi ( banyak saya letak sebab suka pedas)
-kemudian hirisan bawang
- goreng semua hingga bawang masak dan toskan minyak


- setelah siap kedua-duanya boleh lah di makan dengan bubur nasi tadi


Tabur sedikit daun sup atau ketumbar





Untuk bubur nasi boleh sahaja ditambah bahan lain seperti kentang, sayur, daging atau ayam mengikut selera masing-masing, manakala lauknya juga boleh saja dimakan dengan pelbagai jenis lauk pauk.. sambal goreng pun sedap😊

Jika ada yang ingin mencuba resepi versi saya adalah amat di alu- alukan. Selamat mencuba.

Wassalam.




No comments:

Post a Comment