Thursday, 4 February 2016

Resepi Kek Pisang Gebu

Assalamualaikum 

Kek pisang sangat sesuai dijadikan hidangan minum petang, pertama kali mencuba resepi ini terus menjadi. Tak sampai 2 hari kek pisang habis dimakan, biasanya kalau kek yang lain kadang-kadang hampir seminggu baru habis. 

Jom tengok bahan-bahan dan cara membuat kek pisang gebu

Bahan- bahan yang diperlukan
-7 biji pisang dilenyek ( saya guna pisang berangan)
-1 atau 2  pisang untuk hirisan hiasan
- 4 biji telur grade A ( kalau telur kecik lebih kan sebiji lagi)
-1 cawan gula (saya kurang kan sedikit)
-2 cawan tepung gandum
-1 sudu teh baking powder
-1 sudu teh bikarbonat
-secubit garam
- 1 sudu teh esen pisang atau esen vanila
-1 sudu teh ovellate ( tak letak pun tak apa)
- 3/4 cawan minyak masak 

** gunakan cawan yang sama untuk sukatan tepung, gula dan minyak masak




Cara- caranya :-
- oven dipanaskan pada suhu 170C selama 15 minit  dahulu sebelum adunan di masukkan 
- campurkan tepung gandum dan baking powder gaul sebati dan ayakkan
- campur garam, esen vanila dan soda bikarbonat ke dalam pisang yang telah dilenyek dan gaul sebati
- pukul telur dan gula hingga kembang (masukkan ovellate jika ada)
- tuang minyak dan pukul lagi
- tuangkan adunan pisang dan gaul secara kaup balik
 -masukkan tepung juga gaul secara kaup balik

** pisang yg sebiji tadi hiris dan susunkan didalam adunan yang telah dituang kedalam loyang pembakar.  (griskan loyang... Saya guna bekas silikon)



Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga kek masak 


           
     

Kalau tak cuba tak akan tahu kesedapan kek pisang air tangan sendiri.. :)

Selamat mencuba!

#tudungcantikmurah
#seluarbatikmurah
Whatsapp 0182184821




2 comments:

  1. terliur2 tgk kegebuan kek pisang...bole la sy try nnti... umah sy pisang sentiasa on stock... beli selalu x sempat makan abis..da lebam... tgk bahan pun simple je... tqsm sis... sis, mai jemput ke blog saya... ada share untuk tips kesihatan pulak...da makan manis2 ni ...nk kene balas balik untuk balance kan... hehe... >>>Tips untuk kurus secara semulajadi! <<< jemput sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....sedap sis...sekali buat insyaAllah gebuss...
      Ok... InsyaAllah nanti g jenguk ur blog... Tq singgah little pumpkin :)

      Delete