Pernah dulu menulis mengenai kualiti air di kawasan perumahan saya, air 'direct' dari paip ada masanya berbau dan kebiasaannya berwarna perang malah sering kali melekat di pakaian apabila dibasuh dalam mesin basuh. Kami memilih jenama Coway sebagai penapis air minuman di rumah.
Alhamdulillah kini saya tidak perlu risau dengan kualiti air minuman ditambah tidak perlu menjerang air bercerek-cerek kerana kami sekeluarga kuat minum air kosong dan yang penting ianya bersih. Terdapat pelbagai jenis penapis air minuman dari jenama Coway dan pilihan kami sekeluarga adalah jenis Villaem.
Saya cuma bercerita mengenai jenis ini saja, mana tau ada dikalangan anda yang sedang memikirkan jenis mana yang sesuai untuk dipasang dirumah.
Sebelum pemasangan pastikan ruang untuk meletak mesin air ini sesuai dan mudah untuk digunakan. Ia juga memerlukan bekalan elektrik bagi memastikan air panas dan sejuk berfungsi, jadi ia memerlukan soket 'plug' juga punca air 'direct' dan salur untuk air kotoran juga perlu ada. Jangan risau semua ini akan dibantu oleh 'technician' Coway untuk memberi nasihat agar kerja-kerja yang dilakukan nampak kemas.
Jenis Villaem ini amat sesuai untuk penggunaan yang kerap kerana mempunyai kapasiti air sebanyak 11 liter. Untuk permulaan air di dalamnya perlu dibuang terlebih dahulu menggunakan salur getah yang diberi sebelum ianya boleh diminum. Terdapat 4 jenis suhu air dari jenis ini iaitu panas, suam, sejuk dan suhu bilik. Jika berlaku ganguan elektrik, air masih boleh diminum pada suhu bilik.
Pembeli juga akan dibekalkan dengan aksessori saluran getah menadah air jika ingin digunakan dalam kuantiti yang banyak, ia memudahkan kita sekiranya mengadakan jamuan makan di rumah. Pengunaan elektrik juga amat berpatutan dan anggaran dalam RM10 ke RM15 sebulan jika banyak menggunakan air panas atau yang sejuk.
Saya rasa sungguh mudah kini apabila ingin membuat air teh O panas yang menjadi kegemaran kami sekeluarga, suhu air panas nya boleh dilaras antara 45-95 darjah Celcius. Untuk air sejuk juga begitu, boleh dilaras dari suhu bilik, sederhana sejuk hingga ke sangat sejuk. Amat mudah juga untuk membuat ais sendiri, cuma laraskan air ke suhu paling sejuk isi dalam bekas dan diletakkan di dalam 'freezer' ia akan membeku lebih cepat.
Antara ciri luaran Villaem ini yang sangat menarik perhatian hati saya ialah apabila waktu malam, lampu akan dengan sendirinya menyala seperti gambar dibawah seakan 'alien spaceship' jelas dan kita tidak perlu risau tersilap tekan air panas atau sejuk.
Secara keseluruhan nya saya amat berpuas hati dengan mesin air Viallem ini. Setiap 2 bulan mesin air ini akan di servis bagi memastikan air minuman sentiasa berada ditahap kualiti yang baik. Ia boleh di beli secara tunai atau secara sewa beli mengikut kesesuaian budget masing-masing.
Agak sukar juga untuk memilih jenis penapis air namun pemilihan jenis ini dimudahkan dengan penjelasan yang baik dari agen Coway 'Sabrina', pemasangan juga dilakukan dengan kadar segera.
Jika ada yang berminat boleh menghubungi beliau seperti yang tertera dibawah
Saya berharap anda membuat keputusan yang bijak dalam memilih penapis air minuman untuk keluarga tersayang dan sedikit sebanyak memahami ciri Villaem ini.
Wassalam
Assallamualaikum wbt,
ReplyDeleteCoway ni mmg bagus sis.. dan yang penting ada cert halal... bila ada cert halal ni... kita org islam ni bertambah yakin nak guna kan... selain tu m sy suka sebab dia selalu ade maintainance...dtg umah untuk s4rvice...free plak tu.. jadi mmg rekomen la pd sapa2 yang tgh cari water filter ni... jom ke blog sy juga sis..sy ada share tentang tips untuk kekal sihat dengan cara yang selamat... insyallah... >>>Tips untuk kurus secara semulajadi! <<<
W'salam... Betul sis mudah dan service pun 'on time'.. InsyaAllah nanti tinjau ur blog... :)
Delete