Friday 19 December 2014

Hijrah ke Cameron Highland

Assalamualaikum

Lama menyepi kerana sibuk dengan urusan pindah rumah juga masalah wi-fi, alhamdulillah proses perpindahan berjalan lancar. Lama sungguh tak ke Cameron Highland dan kini rasa macam bercuti setiap hari ditempat nyaman milik Allah ini.

Suhu agak rendah  terutama pada waktu malam tatkala dimusim  hujan ini, seakan-akan musim bunga hendak beralih ke musim panas jika berada di United Kingdom. Anak- anak sudah mula menyesuaikan diri disini dan pengalaman berada di 'UK' memudahkan mereka untuk mengadaptasikan suhu dan persekitaran. Pekan di Tanah Rata dan Brinchang boleh dikatakan sibuk sentiasa semasa cuti sekolah ini dan pasar malam di Brinchang juga beroperasi setiap hari berbanding bulan kebiasaan hanya pada malam Sabtu sahaja.

Sekolah juga berhampiran dengan rumah yang kami duduki, sekarang  masa saya tak banyak hilang di atas jalan untuk menghantar anak-anak kesekolah dan berharap akan dapat menulis lebih banyak mengenai Cameron Highland diblog ini.

InsyaAllah kita jumpa lagi di coretan 'CH' yang akan datang.


Wassalam.

4 comments:

  1. bestnya kak! selamat menjalani kehidupan yang baru di sana. kalau ada rezeki mahu singgah ke rumah akak juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemput singgah zaila kalau dtg ke. CH... :)

      Delete
  2. Salam kenal..
    BW here..
    Mcm seronok je kan..tinggal kat sana..mesti nyaman je

    ReplyDelete