Friday, 6 March 2015

Resepi Sup Tomato

Assalamualaikum

Sup tomato ini ada penggemar nya yang tersendiri tetapi  ramai juga yang tidak minat kerana rasanya yang lemak masam. Dapat tomato segar dari jiran sebelah rumah, biasanya saya makan sup tomato  di hotel sahaja memandangkan buah tomato yang diberi ini banyak rasanya kalau nak buat ulam lambat pulak nak habis.

Setelah puas melihat resepi yang ada maka terjadilah sup tomato versi saya. Jom lihat bahan-bahan dan cara membuatnya.

Bahan-Bahan
-4 biji tomato masak dibelah 4
-1 -2 batang karot dikerat sederhana besar 
-1 labu bawang besar dipotong dadu (saya guna bawang holland)
-4 ulas bawang putih dicincang halus
-2 kiub ayam
-1 sudu kecil garam
-1 sudu kecil gula
-4 cawan air

                


Cara-cara memasak
-tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga bawang keperangan
-masukkan tomato dan karot masak hingga lembut 


                 

- kisar bahan-bahan masak tadi hingga halus
-masukkan kembali kedalam periuk dan tambah air ( jika suka cair tambah sukatan air)
-masukkan kiub ayam, garam dan gula (  garam dan gula ikut citarasa masing-masing)
-masak hingga mendidih

  

Setelah mendidih boleh la diletakkan daun ketumbar atau daun sup sebagai hiasan. Ia boleh dihirup begitu saja atau juga makan dengan roti bakar atau 'garlic bread'. 

     

Selamat mencuba.

Wassalam.






Tuesday, 17 February 2015

Hotel Natalia di Simpang Empat Perlis

Assalamualaikum

Semasa cuti sekolah hujung tahun lepas, kami sekeluarga berkesempatan berkunjung ke negeri Perlis sebentar ( transit selepas balik dari Pulau Langkawi sebelum pulang ke Cameroon Highland). Lama sungguh  saya tidak ke Perlis, keadaan trafik memang sungguh berbeza dengan Bandar Baru Bangi yang sentiasa sibuk walaupun ketika larut malam. Pada waktu malamnya sungguh dingin dengan angin yang digelar 'winter wind' oleh penduduk tempatan (hanya berlaku pada hujung tahun)

Disini ingin saya menwar-warkan akan tempat penginapan kami di hotel 'budget' Natalia yang terletak di Simpang Empat Perlis.

                                 

Sungguh selesa dan seakan-akan berada di dalam rumah sendiri apabila kasut atau selipar yang dipakai harus dibuka terlebih dahulu sebelum memasuki bangunan ini. Keadaan di dalam hotel sangat bersih dan pekerja yang ramah dan  sedia membantu termasuk memberi  tunjuk arah tempat-tempat menarik disana. Di bawah hotel ini ada sebuah warung makan dan juga kedai runcit.  Memandangkan kami sekeluarga hanya duduk 1 malam sahaja jadi tidak banyak tempat yang kami tuju namun sempat ke Padang Besar, makan laksa Perlis Mak Usu dan  'seafood' di kedai Mona Ikan Bakar berdekatan dengan jeti Kuala Perlis.

Ruang menonton juga disediakan di lobi utama hotel disamping televisyen yang disediakan didalam setiap bilik.

                            


Berikut adalah harga untuk bilik-bilik yang disediakan :-
Bilik standard -RM85.00 semalam 
Bilik deluxe -RM125.00 semalam 
Bilik family -RM155.00 semalam

                               




Berkenalan dengan pemilik Hotel Natalia yang 100% milik bumiputera, masih muda dalam pandangan saya . Puan Che Nolia Mat isa dan En. Abu Bakar Sudin, mereka sangat baik, tidak sombong (down to earth) juga peramah orangnya.

Jika anda berkunjung ke Perlis boleh lah cuba untuk menginap di sini dan tempahan  bilik boleh dibuat melalui nombor ini 012 4219088 . Semoga hotel Natalia semakin maju dan mendapat perhatian umum. InsyaAllah jika kami sekeluarga ke Perlis lagi destinasi 'check in' kami ialah Hotel Natalia.

Wassalam.






Monday, 2 February 2015

Kelebihan Masak Makanan Awal

Assalammualaikum

Sudah menjadi rutin harian saya masak makanan tengah hari awal pagi selepas menyediakan sarapan pagi.  Semasa melayan  karenah anak-anak bersarapan pagi sebelum ke sekolah dalam kepala sudah mula ligat berfikir hendak  masak menu apa untuk makanan tengah hari juga merangkap makan malam nanti. ( kecuali bulan Ramadhan)

Bagi saya lebih mudah masak awal kerana selepas itu banyak perkara yang boleh dilakukan. Kebiasaanya dalam pukul 10 lebih semua kerja memasak dan mengemas telah siap. Sebelum waktu anak-anak balik sekolah, masa itu lah saya habiskan masa dengan 'blog walking' , mencari maklumat dan  sedikit pembacaan melalui atas talian.



Di Cameron Highland ini, walaupun cuaca cantik di luar dan agak panas tetapi di dalam rumah masih berasa  sejuk.  Makanan juga cepat sejuk dan kurang risiko menjadi basi,  saya akan memanaskan  makanan terlebih dahulu  sebelum  ianya dijamah.  Ini lah salah satu kelebihan suri rumah dapat  memastikan anak-anak dan suami makan makanan yang dimasak sendiri di rumah.(kadand-kadang makan juga direstoran terutama hujung minggu)

Kelebihan lain apabila kerja rumah dan memasak dilakukan awal,  apabila tiba waktu anak-anak pulang dari sekolah masa akan lebih tertumpu kepada mereka.  Ramai juga yang bertanya kenapa masak awal setiap hari jadi inilah jawapannya. Setiap orang mempunyai perancangan harian yang berbeza namun bagi saya tiada salah dan ruginya jika kita lakukan sesuatu lebih awal dan saya selesa dengan rutin sebegini.

Wasalam


Monday, 26 January 2015

Yacon di Cameron Highland

Assalamualaikum

Buah Yacon atau nama saintifiknya 'Smallanthus sonchifolius'  juga dikenali sebagai 'water root' ada juga yang menggelarnya 'underground pear' ini nampak luarannya  seperti keledek.

Ia mempunyai pelbagai warna seperti coklat, oren, kuning dan ungu,  namun yang terdapat di Cameron Highland berwarna coklat kekuningan dan sedikit ungu.


Harga pasaran di Cameron Highland adalah dari RM5 ke RM8 sekilo bergantung kepada penjual dan kebiasaanya harga lebih murah jika bukan musim cuti sekolah. Buah ini dikatakan boleh membantu pelancaran darah dan sangat elok utk mereka yang menghidap kencing manis malah daun nya juga boleh direndam dan diminum airnya.

Yacon memerlukan masa yang agak panjang sebelum hasilnya diperolehi, mungkin sebab itu harga nya agak mahal. Lagi  hitam isinya lebih manis, jika membeli yacon tanya penjual samada ia terus boleh dimakan atau harus diperam terlebih dahulu kerana yacon yang masih muda rasanya agak kelat.
Rasanya seakan-akan sengkuang tetapi lebih manis dan sangat rangup juga ada sedikit bau herba. Saya tak pandai nak jelaskan, tetapi  lebih kurang itu lah rasanya.

Sangat elok dimakan setiap hari, selain dikatakan baik untuk pesakit diabetes ia juga boleh membantu sistem penghadaman bagi mereka yang payah untuk membuang air besar ( ia berkesan untuk saya tetapi mungkin kesan berlainan untuk individu lain)

Ia boleh dimakan begitu saja atau dijadikan hidangan seperti salad atau makan dengan sambal pecal. Ada juga yang membuat jus dijadikan sebagai minuman tetapi saya lebih suka makan begitu sahaja.

Saya kurang pasti asal usulnya kerana ada yang mengatakan ianya berasal dari Jepun,  China, Peru dan lain-lain. Jika anda bekelapangan bercuti ke Cameron Highland cuba la cari buah yacon ini.

Wassalam.



Wednesday, 14 January 2015

Baju Kurung Tenun Koleksi Januari 1-2015

Assalamualaikum

Koleksi baju kurung tenun pertama pada tahun ini.

-Baju kurung ini adalah Pesak Gantung dengan Kain Selisih ( kain susun tepi untuk saiz XL)
-Diperbuat dari kain  cotton tenun & 100% cotton
-Kain lembut  dan senang digosok
-Corak dan warna yang Unik

Untuk 'ready stok' baju kurung hanya saiz L sahaja. Setiap warna ini juga dibuka untuk tempahan 'family' pada hari Raya kelak juga Baju Melayu sepasang tetapi stok adalah terhad.

Harga sepasang Baju Kurung  RM170 manakala sepasang Baju Melayu RM170 dan baju Kanak-Kanak RM90 termasuk kos penghantaran di seluruh Malaysia


Maklumat potongan baju kurung :-

Saiz SS
Bahu -13.5', Pinggang - 25.5', Punggung - 40', Tangan -22', Labuh -38'

Saiz S
Bahu - 14.5', Pinggang -27.5', Punggung - 40.5', Tangan -22.5', Labuh -39'

Saiz M
Bahu- 15.5', Pinggang- 29.5', Punggung -42', Tangan - 23' & Labuh- 40'

Saiz L
Bahu- 16.5', Pinggang- 31.5', Punggung-44', Tangan- 23', Labuh -41'

Saiz XL 
Bahu- 17.5', Pinggang- 33.5', Punggung- 46', Tangan- 23', Labuh- 41'



Maklumat potongan baju melayu :-

Saiz S
Bahu- 17.5', Dada - 22.5', Punggung - 46', Labuh Tangan - 23' & Labuh Baju -30'

Saiz M
Bahu- 18.5', Dada - 23', Punggung - 47',   Labuh Tangan - 23' & Labuh Baju -30'

Saiz L
Bahu- 19', Dada - 23.5', Punggung - 48',  Labuh Tangan- 23', Labuh Baju - 31'

Saiz XL 
Bahu- 19.5', Dada - 24', Punggung- 51', Labuh Tangan- 23', Labuh Baju - 32'






Kod A1  ada 16 pasang.. untuk tempahan baju family



Kod A2 ada 12 pasang.. untuk tempahan baju family




Kod A3 ada 3 pasang.. untuk tempahan baju family








Sila nyatakan koleksi Januari 1-2015 beserta kod apabila membuat pertanyaan melalui sms/whatsapp 0182184821 atau pm di https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?ref=hl


Friday, 2 January 2015

Shawl Khadeeja

Assalamualaikum

Shawl Khadeeja adalah jenis kain cotton
Ukuran Panjang 2meter
Ukuran Lebar 1 meter
Amat selesa dipakai dengan kombinasi warna yang menarik 

Harga RM33.00 termasuk kos penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia







Jika berminat untuk memiliki Shawl yang menarik ini boleh  sms/whatsapp 0182184821 atau pm di https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?ref=hl&bookmark_t=page






Friday, 19 December 2014

Hijrah ke Cameron Highland

Assalamualaikum

Lama menyepi kerana sibuk dengan urusan pindah rumah juga masalah wi-fi, alhamdulillah proses perpindahan berjalan lancar. Lama sungguh tak ke Cameron Highland dan kini rasa macam bercuti setiap hari ditempat nyaman milik Allah ini.

Suhu agak rendah  terutama pada waktu malam tatkala dimusim  hujan ini, seakan-akan musim bunga hendak beralih ke musim panas jika berada di United Kingdom. Anak- anak sudah mula menyesuaikan diri disini dan pengalaman berada di 'UK' memudahkan mereka untuk mengadaptasikan suhu dan persekitaran. Pekan di Tanah Rata dan Brinchang boleh dikatakan sibuk sentiasa semasa cuti sekolah ini dan pasar malam di Brinchang juga beroperasi setiap hari berbanding bulan kebiasaan hanya pada malam Sabtu sahaja.

Sekolah juga berhampiran dengan rumah yang kami duduki, sekarang  masa saya tak banyak hilang di atas jalan untuk menghantar anak-anak kesekolah dan berharap akan dapat menulis lebih banyak mengenai Cameron Highland diblog ini.

InsyaAllah kita jumpa lagi di coretan 'CH' yang akan datang.


Wassalam.