Monday, 26 January 2015

Yacon di Cameron Highland

Assalamualaikum

Buah Yacon atau nama saintifiknya 'Smallanthus sonchifolius'  juga dikenali sebagai 'water root' ada juga yang menggelarnya 'underground pear' ini nampak luarannya  seperti keledek.

Ia mempunyai pelbagai warna seperti coklat, oren, kuning dan ungu,  namun yang terdapat di Cameron Highland berwarna coklat kekuningan dan sedikit ungu.


Harga pasaran di Cameron Highland adalah dari RM5 ke RM8 sekilo bergantung kepada penjual dan kebiasaanya harga lebih murah jika bukan musim cuti sekolah. Buah ini dikatakan boleh membantu pelancaran darah dan sangat elok utk mereka yang menghidap kencing manis malah daun nya juga boleh direndam dan diminum airnya.

Yacon memerlukan masa yang agak panjang sebelum hasilnya diperolehi, mungkin sebab itu harga nya agak mahal. Lagi  hitam isinya lebih manis, jika membeli yacon tanya penjual samada ia terus boleh dimakan atau harus diperam terlebih dahulu kerana yacon yang masih muda rasanya agak kelat.
Rasanya seakan-akan sengkuang tetapi lebih manis dan sangat rangup juga ada sedikit bau herba. Saya tak pandai nak jelaskan, tetapi  lebih kurang itu lah rasanya.

Sangat elok dimakan setiap hari, selain dikatakan baik untuk pesakit diabetes ia juga boleh membantu sistem penghadaman bagi mereka yang payah untuk membuang air besar ( ia berkesan untuk saya tetapi mungkin kesan berlainan untuk individu lain)

Ia boleh dimakan begitu saja atau dijadikan hidangan seperti salad atau makan dengan sambal pecal. Ada juga yang membuat jus dijadikan sebagai minuman tetapi saya lebih suka makan begitu sahaja.

Saya kurang pasti asal usulnya kerana ada yang mengatakan ianya berasal dari Jepun,  China, Peru dan lain-lain. Jika anda bekelapangan bercuti ke Cameron Highland cuba la cari buah yacon ini.

Wassalam.



No comments:

Post a Comment