Sup tomato ini ada penggemar nya yang tersendiri tetapi ramai juga yang tidak minat kerana rasanya yang lemak masam. Dapat tomato segar dari jiran sebelah rumah, biasanya saya makan sup tomato di hotel sahaja memandangkan buah tomato yang diberi ini banyak rasanya kalau nak buat ulam lambat pulak nak habis.
Setelah puas melihat resepi yang ada maka terjadilah sup tomato versi saya. Jom lihat bahan-bahan dan cara membuatnya.
Bahan-Bahan
-4 biji tomato masak dibelah 4
-1 -2 batang karot dikerat sederhana besar
-1 labu bawang besar dipotong dadu (saya guna bawang holland)
-4 ulas bawang putih dicincang halus
-2 kiub ayam
-1 sudu kecil garam
-1 sudu kecil gula
-4 cawan air
Cara-cara memasak
-tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga bawang keperangan
-masukkan tomato dan karot masak hingga lembut
- kisar bahan-bahan masak tadi hingga halus
-masukkan kembali kedalam periuk dan tambah air ( jika suka cair tambah sukatan air)
-masukkan kiub ayam, garam dan gula ( garam dan gula ikut citarasa masing-masing)
-masak hingga mendidih
Setelah mendidih boleh la diletakkan daun ketumbar atau daun sup sebagai hiasan. Ia boleh dihirup begitu saja atau juga makan dengan roti bakar atau 'garlic bread'.
wah menarik. kalau saya suka masukkan fresh milk dalam tu, biar rasa lemak-lemak gittew
ReplyDeleteBoleh je nak letak fresh milk ikut citarasa masing-masing :)
Delete