Selepas menamatkan zaman persekolahan disekolah menengah masing-masing membawa haluan sendiri, ada yang melanjutkan pelajaran, bekerja, memulakan perniagaan dan ada juga yang mendirikan rumahtangga.
Pada sekitar zaman 1990an tidak seperti kini yang mana terdedah dengan kecanggihan bagi memudahkan manusia berhubung tidak kira dimana pun kita berada. Pada awal tahun 2009 'Facebook' mula dikenali ramai hingga kini apatah lagi sekarang pelbagai cara ada untuk berhubung antaranya melalui 'whatsapp, twitter, instagram' dan lain-lain. Setiap perkara ada kebaikkan dan keburukkannya namun jika dipandang disudut positif maka baik la ia begitu juga sebaliknya.
Antara kebaikkan disebalik kecanggihan ini ramai yang dapat bertemu semula setelah lama terpisah seperti rancangan 'Jejak Kasih', demikian juga yang berlaku kepada bekas pelajar sekolah 'MGS' Klang 1990. ( Group Diva MGS Batch 1990). Alhamdulillah, ramai yang memberi kerja sama dan bersemangat untuk menjalinkan semula persahabatan juga berterima kasih kepada yang mengambil langkah untuk menghidupkan semula jalinan kekitaan ini. ( Idaroyani: semoga usahamu diberkati) Banyak perkara yang tidak dijangkau oleh pemikirian telah berlaku didalam kehidupan rakan-rakan sekolah dahulu namun dengan adanya kecekalan dan sifat sabar membuatkan rakan-rakan saya berjaya mengatasi rintangan yang melanda. Seronok rasanya apabila silatulrahim ini kembali bertaut insyaAllah ia akan berterusan hingga ke hujung nyawa.
Selama 11 tahun bersekolah rendah dan menengah di MGS Klang membuatkan hati rasa sayu bila melihat kembali gambar sekolah ini, sungguh banyak kenangan disini. ( gambar dicedok dari group MGS Klang)
Lencana sekolah rendah dan menengah (ihsan dari Mazni & Salmiah)
Disini lah saya mula belajar mengenali abjad, nombor dan juga erti persahabatan, 'tempat jatuh lagi dikenang inikan pula rumah kedua selama 11 tahun'. Terima kasih juga kepada semua guru-guru yang telah mendidik saya dan ampun maaf dipinta jika ada perbuatan yang telah menyakitkan hati, terutama Pn.Khalidah cikgu Bahasa Malaysia 5s3.
Disini juga ingin saya menwar-warkan sempena Majlis Makan Malam Amal serta sambutan 90 Tahun MGS Klang (Gala Nite) yang akan diadakan pada 12hb April 2014. Majlis bermula pada pukul 8 hingga 11 malam yakni bersamaan hari Sabtu bertempat di Dewan Sekolah Menengah Hin Hua Klang (bersebelahan La Salle Klang) bertemakan Ranggi 60an. Majlis ini bertujuan mengumpul dana baik pulih sekolah terutama sekali untuk Dewan Eklund dan bayaran sebanyak RM100 seorang diperlukan untuk mereka yang berminat bersama-sama memeriahkan lagi majlis ini. Ia terbuka kepada semua bekas pelajar sekolah MGS juga kepada umum. Jika ada yang ingin membuat sumbangan samada dari segi kewangan atau pengiklanan adalah amat dialu-alukan dan boleh menghubungi Pn.Salmiah melalui sms dan whatsapp 010 3665395 atau diFB Group Page https://www.facebook.com/groups/1453899158165459/ untuk keterangan lanjut.
Wassallam.
No comments:
Post a Comment