Monday, 30 March 2015

Pemberitahuan

Assalamualaikum

Hanya untuk makluman, diharap segala pertanyaan méngenai produk yang dijual oleh 'LP' dapat dilakukan melalui pm di page  https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?ref=hl

Ini berikutan dengan masalah Telefon bimbit yang tidak dapat di elakkan, akan cuba atasi masalah ini secepat mungkin. Segala kesulitan adalah amat dikesali. ( mungkin mengambil masa 2 minggu)

Bagi mereka yang telah membuat pertanyaan melalui 'WA' diharap dapat pm di page untuk urusan seterusnya.
Terima kasih

Wassalam



Sunday, 15 March 2015

Baju Kurung Tenun - Koleksi Mac 2-2015

   
Assalamualaikum

Koleksi Mac 2-15 menampilkan baju sedondon untuk digayakan agar tampak lebih bergaya

-Baju kurung ini adalah Pesak Gantung dengan Kain Selisih ( kain susun tepi untuk saiz XL)
-Diperbuat dari kain  cotton tenun & 100% cotton
-Kain lembut  dan senang digosok
-Corak dan warna yang Unik

Harga untuk set 'couple' ini adalah RM370 termasuk kos penghantaran.

Maklumat potongan baju kurung :-

Saiz SS
Bahu -13.5', Pinggang - 25.5', Punggung - 40', Tangan -22', Labuh -38'

Saiz S
Bahu - 14.5', Pinggang -27.5', Punggung - 40.5', Tangan -22.5', Labuh -39'

Saiz M
Bahu- 15.5', Pinggang- 29.5', Punggung -42', Tangan - 23' & Labuh- 40'

Saiz L
Bahu- 16.5', Pinggang- 31.5', Punggung-44', Tangan- 23', Labuh -41'

Saiz XL 
Bahu- 17.5', Pinggang- 33.5', Punggung- 46', Tangan- 23', Labuh- 41'


Maklumat potongan baju melayu :-

Saiz S
Bahu- 17.5' Dada - 22', Punggung - 46', Labuh Tangan - 23' & Labuh Baju -30'

Saiz M
Bahu- 18.5', Dada - 23', Punggung - 47', Labuh Tangan - 23' & Labuh Baju -30'

Saiz L
Bahu- 19', Dada - 23.5', Punggung - 48', Labuh Tangan- 23', Labuh Baju - 31'

Saiz XL 
Bahu- 19.5', Dada - 24', Punggung- 51', Labuh Tangan- 23', Labuh Baju - 32'





                  

                  

                  

                 

                 

                

        




Sila nyatakan koleksi Mac 2-2015 beserta kod apabila membuat pertanyaan melalui sms/whatsapp 0182184821 atau pm di https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?ref=hl











Thursday, 12 March 2015

Baju Kurung Tenun - Koleksi Mac 1-2015

Assalamualaikum

Koleksi Mac 1-15 menampilkan baju kurung juga baju melayu.

-Baju kurung ini adalah Pesak Gantung dengan Kain Selisih ( kain susun tepi untuk saiz XL)
-Diperbuat dari kain  cotton tenun & 100% cotton
-Kain lembut  dan senang digosok
-Corak dan warna yang Unik


Maklumat potongan baju kurung :-

Saiz SS
Bahu -13.5', Pinggang - 25.5', Punggung - 40', Tangan -22', Labuh -38'

Saiz S
Bahu - 14.5', Pinggang -27.5', Punggung - 40.5', Tangan -22.5', Labuh -39'

Saiz M
Bahu- 15.5', Pinggang- 29.5', Punggung -42', Tangan - 23' & Labuh- 40'

Saiz L
Bahu- 16.5', Pinggang- 31.5', Punggung-44', Tangan- 23', Labuh -41'

Saiz XL 
Bahu- 17.5', Pinggang- 33.5', Punggung- 46', Tangan- 23', Labuh- 41'



Maklumat potongan baju melayu :-

Saiz S
Bahu- 17.5', Dada - 22.5', Punggung - 46', Labuh Tangan - 23' & Labuh Baju -30'

Saiz M
Bahu- 18.5', Dada - 23', Punggung - 47',   Labuh Tangan - 23' & Labuh Baju -30'

Saiz L
Bahu- 19', Dada - 23.5', Punggung - 48',  Labuh Tangan- 23', Labuh Baju - 31'

Saiz XL 
Bahu- 19.5', Dada - 24', Punggung- 51', Labuh Tangan- 23', Labuh Baju - 32'







Untuk Baju Kurung kod S1 hingga S5 adalah saiz S dan harga RM180 termasuk kos penghantaran 




Baju Melayu kod A- saiz M dan XL harga RM200


Kod A2 harga RM180 termasuk kos penghantaran


Set 'couple' RM290 termasuk kos penghantaran





Sila nyatakan koleksi Mac 1-2015 beserta kod apabila membuat pertanyaan melalui sms/whatsapp 0182184821 atau pm di https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?ref=hl






Wednesday, 11 March 2015

Instant Shawl Suraiya - Modern Hijab Exclusive

Assalamualaikum

'Instant shawl' terbaharu keluaran 'MHE', mudah dipakai hanya sarungkan sahaja.

Material : 100% Plain Chiffon Jorjet
Design : Instant shawl pleated
Saiz : XL
Panjang : 2 meter
lebar : 33 inci
Berat : 150g

~ Plain Chiffon Jorjet
~ Shawl yang lebih lebar , saiz XL
~ Design instant shawl pleated
~ Jahitan yang kemas
~ Labuh menutupi dada
~ Sangat mudah dipakai dan digayakan
~ Stok sangat terhad

** terdapat sedikit perbezaan dari segi ukuran yang diberikan
**warna sebenar adalah terkesan dari pencahayaan fotografi
**Disarankan memakai inner bagi material dari chiffon









                            

Harga RM45 


Jika inginkan shawl yang mudah dipakai, selesa dan labuh juga cantik ini boleh sms/whatsapp 0182184821 atau pm di https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?ref=hl&bookmark_t=page




















Friday, 6 March 2015

Resepi Sup Tomato

Assalamualaikum

Sup tomato ini ada penggemar nya yang tersendiri tetapi  ramai juga yang tidak minat kerana rasanya yang lemak masam. Dapat tomato segar dari jiran sebelah rumah, biasanya saya makan sup tomato  di hotel sahaja memandangkan buah tomato yang diberi ini banyak rasanya kalau nak buat ulam lambat pulak nak habis.

Setelah puas melihat resepi yang ada maka terjadilah sup tomato versi saya. Jom lihat bahan-bahan dan cara membuatnya.

Bahan-Bahan
-4 biji tomato masak dibelah 4
-1 -2 batang karot dikerat sederhana besar 
-1 labu bawang besar dipotong dadu (saya guna bawang holland)
-4 ulas bawang putih dicincang halus
-2 kiub ayam
-1 sudu kecil garam
-1 sudu kecil gula
-4 cawan air

                


Cara-cara memasak
-tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga bawang keperangan
-masukkan tomato dan karot masak hingga lembut 


                 

- kisar bahan-bahan masak tadi hingga halus
-masukkan kembali kedalam periuk dan tambah air ( jika suka cair tambah sukatan air)
-masukkan kiub ayam, garam dan gula (  garam dan gula ikut citarasa masing-masing)
-masak hingga mendidih

  

Setelah mendidih boleh la diletakkan daun ketumbar atau daun sup sebagai hiasan. Ia boleh dihirup begitu saja atau juga makan dengan roti bakar atau 'garlic bread'. 

     

Selamat mencuba.

Wassalam.






Tuesday, 17 February 2015

Hotel Natalia di Simpang Empat Perlis

Assalamualaikum

Semasa cuti sekolah hujung tahun lepas, kami sekeluarga berkesempatan berkunjung ke negeri Perlis sebentar ( transit selepas balik dari Pulau Langkawi sebelum pulang ke Cameroon Highland). Lama sungguh  saya tidak ke Perlis, keadaan trafik memang sungguh berbeza dengan Bandar Baru Bangi yang sentiasa sibuk walaupun ketika larut malam. Pada waktu malamnya sungguh dingin dengan angin yang digelar 'winter wind' oleh penduduk tempatan (hanya berlaku pada hujung tahun)

Disini ingin saya menwar-warkan akan tempat penginapan kami di hotel 'budget' Natalia yang terletak di Simpang Empat Perlis.

                                 

Sungguh selesa dan seakan-akan berada di dalam rumah sendiri apabila kasut atau selipar yang dipakai harus dibuka terlebih dahulu sebelum memasuki bangunan ini. Keadaan di dalam hotel sangat bersih dan pekerja yang ramah dan  sedia membantu termasuk memberi  tunjuk arah tempat-tempat menarik disana. Di bawah hotel ini ada sebuah warung makan dan juga kedai runcit.  Memandangkan kami sekeluarga hanya duduk 1 malam sahaja jadi tidak banyak tempat yang kami tuju namun sempat ke Padang Besar, makan laksa Perlis Mak Usu dan  'seafood' di kedai Mona Ikan Bakar berdekatan dengan jeti Kuala Perlis.

Ruang menonton juga disediakan di lobi utama hotel disamping televisyen yang disediakan didalam setiap bilik.

                            


Berikut adalah harga untuk bilik-bilik yang disediakan :-
Bilik standard -RM85.00 semalam 
Bilik deluxe -RM125.00 semalam 
Bilik family -RM155.00 semalam

                               




Berkenalan dengan pemilik Hotel Natalia yang 100% milik bumiputera, masih muda dalam pandangan saya . Puan Che Nolia Mat isa dan En. Abu Bakar Sudin, mereka sangat baik, tidak sombong (down to earth) juga peramah orangnya.

Jika anda berkunjung ke Perlis boleh lah cuba untuk menginap di sini dan tempahan  bilik boleh dibuat melalui nombor ini 012 4219088 . Semoga hotel Natalia semakin maju dan mendapat perhatian umum. InsyaAllah jika kami sekeluarga ke Perlis lagi destinasi 'check in' kami ialah Hotel Natalia.

Wassalam.






Monday, 2 February 2015

Kelebihan Masak Makanan Awal

Assalammualaikum

Sudah menjadi rutin harian saya masak makanan tengah hari awal pagi selepas menyediakan sarapan pagi.  Semasa melayan  karenah anak-anak bersarapan pagi sebelum ke sekolah dalam kepala sudah mula ligat berfikir hendak  masak menu apa untuk makanan tengah hari juga merangkap makan malam nanti. ( kecuali bulan Ramadhan)

Bagi saya lebih mudah masak awal kerana selepas itu banyak perkara yang boleh dilakukan. Kebiasaanya dalam pukul 10 lebih semua kerja memasak dan mengemas telah siap. Sebelum waktu anak-anak balik sekolah, masa itu lah saya habiskan masa dengan 'blog walking' , mencari maklumat dan  sedikit pembacaan melalui atas talian.



Di Cameron Highland ini, walaupun cuaca cantik di luar dan agak panas tetapi di dalam rumah masih berasa  sejuk.  Makanan juga cepat sejuk dan kurang risiko menjadi basi,  saya akan memanaskan  makanan terlebih dahulu  sebelum  ianya dijamah.  Ini lah salah satu kelebihan suri rumah dapat  memastikan anak-anak dan suami makan makanan yang dimasak sendiri di rumah.(kadand-kadang makan juga direstoran terutama hujung minggu)

Kelebihan lain apabila kerja rumah dan memasak dilakukan awal,  apabila tiba waktu anak-anak pulang dari sekolah masa akan lebih tertumpu kepada mereka.  Ramai juga yang bertanya kenapa masak awal setiap hari jadi inilah jawapannya. Setiap orang mempunyai perancangan harian yang berbeza namun bagi saya tiada salah dan ruginya jika kita lakukan sesuatu lebih awal dan saya selesa dengan rutin sebegini.

Wasalam