Wednesday, 2 October 2013

Tudung Cantik dan Murah

Assalamualikum

Sukacita dimaklumkan tudung2 dibawah dijual dengan harga lelong untuk penghabisan stok, sila sms@whatsapp 0182184821 untuk sebarang urusan... :)

Rafia XL- hanya sehelai




Sofea XL- hanya sehelai ( telah dijual)

Safa XL- 2 helai



Wardiah XL-4 helai- kesemua telah habis dijual..



InsyaAllah harga yang ditawarkan akan menggembirakan anda.. 


Update
Kesemua tudung diatas telah habis dijual.. 







http://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?id=1408832399336427&sk=photos_stream

Monday, 30 September 2013

Rumah Mahal Di Bandar Baru Bangi

Assalamualikum

Bila bercakap pasal rumah, ramai yang secara sepontan akan menggelengkan kepala bila dengar harga jualannya. Baru- baru ini PKNS di Bandar Baru Bangi ada melancarkan pelancaran dan pengundian projek rumah di Bandar Baru Bangi.



Walaupun telah lama meninggalkan alam pekerjaan namun pengalaman hampir sepuluh tahun dalam bidang pemasaran penjualan hartanah membuatkan saya tertarik untuk mengetahui lebih lanjut jika ada apa-apa pelancaran perumahan. Apa yang menarik disini ialah warga Bangi (mungkin juga ada dari luar kawasan) sanggup beratur untuk dapatkan no giliran seawal jam 8 malam, sungguh cekal mereka ini menunggu  13 jam awal sebelum kaunter dibuka, walaupun harga rumah yang paling murah hampir mencecah setengah juta. Situasi begini kebiasaannya berlaku untuk pelancaran rumah kos rendah (low cost) dan kos sederhana (medium cost). 

Melalui pengalaman saya, keadaan sebegini membuatkan pembeli tidak mempunyai banyak pilihan dalam pemilihan lot rumah.Ternyata usaha membawa kejayaan, Alhamdulillah mereka yang gigih menunggu dari hari sebelum kaunter dibuka berjaya untuk dapatkan no giliran seterusnya dapat memilki  rumah di Bandar Baru Bangi. 

Namun tidak  semua orang yang sanggup berbuat demikian, ada juga yang tidak berpuas hati kerana surat menyatakan pukul 9 pagi kaunter dibuka dan ada yang memberitahu no giliran telah habis seawal pukul 4 pagi (Wallahu a'lam). Berlaku sedikit kekecohan namun ia berjaya dikawal oleh pihak keselamatan yang bertugas, mereka yang datang pada pagi hari tersebut ternyata kecewa. 

Harga rumah secara keseluruhannya kini sememangnya tinggi walhal keluasan rumah tidak seberapa, jika  dahulu keluasan rumah (built up area) menjadi pilihan utama disamping pemilihan kawasan namun sekarang orang ramai seakan tidak kisah berapa pun keluasannya asalkan dapat memiliki rumah di kawasan yang diingini. Rata-rata mereka perlu melakukan kerja-kerja pengubahsuaian selepas penyerahan kunci untuk keselesaan keluarga.

Jika anda bercadang untuk membeli rumah pada hari perlancaran pastikan anda membawa:-
-Surat tawaran jika ada
-Kad Pengenalan (kalau ada masa buat 2 salinan)
-Wang pendahuluan ('booking fees' biasanya RM500-RM1,000) jumlahnya perlu dirujuk terlebih dahulu  dari  pihak pemaju
-Slip gaji ( boleh terus rujuk kepada pegawai bank mengenai kelayakkan pinjaman, biasanya akan dijemput oleh pemaju, untuk pinjaman kerajaan pastikan anda tahu berapa kelayakan anda)

Proses seterusnya adalah membayar baki 10% dari harga rumah, juga bergantung kepada berapa peratus jumlah pinjaman. Anda juga perlu menandatangani perjanjian jual beli, pastikan tandatangan perjanjian jual beli yang telah lengkap ditaip butir- butir diri juga hartanah.  Teliti terma-terma yang terdapat didalamnya, jika kurang arif rujuk kepada peguam yang dilantik untuk penerangan lanjut.

Sesiapa yang berhasrat untuk membeli rumah terutama dikawasan yang telah matang diharap sedikit sebanyak coretan diatas dapat memberikan gambaran suasana pada hari pelancaran, setiap kawasan adalah berbeza juga bergantung kepada  siapa pemaju perumahan tersebut. Perlu selidik apa yang harus dilakukan juga perlu bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan.

Wasalam


Baju Kurung Tenun (Saiz M)

Baju Kurung Tenun (saiz M)


-Baju kurung Pesak  Gantung dengan Kain Selisih
-Kain cotton tenun & 100% cotton
-Kain lembut  dan senang digosok
-Corak dan warna yang Unik

Maklumat potongan baju saiz M:-
Bahu- 15.5', Pinggang- 28.5', Punggung -42', Tangan - 23' & Labuh- 40'






Persediaan untuk hari raya Aidiladha juga sesuai untuk ke tempat kerja dan sebarang majlis. Pertanyaan dan pembelian boleh dilakukan melalui sms@whatsapp 018 2184821


https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?bookmark_t=page

Thursday, 26 September 2013

Tepung Gandum dan Benzoyl Peroxide

Assalamualikum


Bila baca tajuk di atas rasa memang  dua perkara yg tak boleh disatukan, tetapi itulah hakikatnya sekarang. Rasanya isu ni dah lama, memandangkan saya baru pulang ke tanah air ia agak baru bagi saya. 






Rasa sedih bila dapat tahu tepung yang selama ini biasa di gunakan mengandungi bahan berbahaya, pada mulanya ada rasa tidak puas hati dengan mengatakan mungkin ia hanya propaganda namun setelah saya selidiki ternyata ianya benar. 

Tepung mengandungi Clorox yang membawa kepada penyakit kanser atau barah:
1.Tepung Cap Sauh
2.Tepung Cap Wau
3.Tepung Cap Bunga Cempaka
4.Tepung Cap Lily
5.Tepung Cap Blue Key

Tepung yang selamat digunakan dan tiada bahan peluntur clorox adalah:
1.Tepung Faiza
2.Tepung Cap Bidara
3.Tepung 1 Malaysia
4.Tepung HPA

Pihak yang bertanggung jawab perlu ambil perhatian terhadap isu di atas, walaupun ia nya hebat diperkatakan namun saya lihat tepung yang mengandungi 'Benzoyl Peroksida'  atau bahan peluntur masih lagi berleluasa di pasaran. Saya rasa hanya peniaga yang betul-betul perihatin akan menggunakan tepung yang 'selamat'. Ada juga yang mengatakan ianya tidak berbahaya, kerana peratus bahan yang digunakan adalah sedikit dan selamat, mungkin sebab itu ianya masih lagi banyak di pasaran.

Berikut dipetik dari Harian Metro:-

Tepung gandum bahan peluntur

Oleh Muhd Izawan Baharin, Riadz Radzi dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my

Ini kerana syarikat pengimport tepung gandum dipercayai membeli bekalan tepung terpakai dan lama disimpan sehingga warnanya bertukar kehitaman atau kekuningan di pasaran antarabangsa sebelum menjual kembali di Malaysia.

Bagi memutihkan kembali warna tepung itu, bahan kimia seperti benzoyl peroxide, calcium peroxide, nitrogen dioxide dan klorin digunakan sehingga menyebabkan semua nutrisi semula jadi hilang dalam proses pemutihan terbabit.

Bagaimanapun, penetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tepung gandum perlu mengandungi 13 peratus nutrisi menyebabkan syarikat pengimport menambah dari sumber luar antaranya memperkayakan dengan thiamin atau Vitamin B1.

Thiamin bersumberkan bijiran mahal dan bagi menampung kos pengeluaran, syarikat pengimport dipercayai menggunakan Vitamin B1 dari sumber babi yang lebih murah dan mudah diperolehi bagi memperkayakan tepung gandum yang melalui proses pemutihan. Mendedahkan perkara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, terdapat tiga jenis tepung gandum yang berada di pasaran sekarang iaitu tepung gandum tanpa peluntur (unbleached flour), tepung gandum berpeluntur (bleached flour) dan tepung gandum diperkayakan (enriched flour).

“Tepung gandum tanpa peluntur diproses secara semula jadi dengan warnanya agak keperangan tetapi mengandungi nutrisi tinggi kepada manusia manakala tepung gandum berpeluntur banyak berada di pasaran melalui proses pemutihan.

“Tepung gandum yang diperkayakan pula ialah tepung melalui proses pemutihan yang terpaksa ditambah nutrisi tidak semula jadi sama ada dari tumbuhan atau haiwan berikutan semua nutrisinya hilang,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, kebiasaannya pengguna menggemari tepung gandum berwarna putih kerana mengaitkannya dengan bersih.

“Kajian kami mendapati bahan kimia ini yang diambil secara berterusan melalui makanan menyebabkan barah selain penggalak kepada penyakit kencing manis, arthritis dan gout.

“Selain itu, kami juga bimbang nutrisi yang ditambah dalam tepung itu mungkin bersumberkan babi kerana ia paling mudah dan murah didapati,” katanya.

Nadzim berkata, negara Kesatuan Eropah dan China sudah lama mengharamkan penggunaan benzoyl peroxide dan klorin dalam tepung gandum bagi menjaga kesihatan penduduk mereka.

“Selain daripada meneliti bungkusan tepung gandum itu, ia boleh juga dibezakan melalui warna tepung itu sendiri. Tepung yang tidak menggunakan peluntur kelihatan agak keperangan manakala tepung berpeluntur sangat putih disebabkan bahan kimia,” katanya.


Bagaimana  proses pemutihan tepung gandum berlaku?
 
Bila kita bercakap secara teknikal, carotenoid pigment (Kuning) yang terkandung dalam tepung yang dioksidise untuk mengeluarkan warna tepong bertukar kepada warna putih. Sebenarnya oxcidition akan bertukar secara semulajadi mengikut masa apabila  tepung tersebut didedahkan atau terdedah secara semulajadi yang memerlukan masa sekurang kurangnya mengambil masa 14 hari untuk mendapatkan hasil atau bertukar pada ke putih putihan (bukan putih melepak).
 
Namun pada hari ini proses (Bleaching) telah diambil alih peranan proses semulajadi dengan mengunakan cecair(chemical) agent pemutih.Proses ini mempercepatkan masa sesingkat 1 jam sahaja berbanding proses secara semulajadi untuk mencerahkan dan mematangkan tepung.Namun begitu ianya perlu dilabelkan sebagai tepong yang diBLEACH.

Bleach@agen pemutih biasanya mengunakan : (Chlorine Gas) yang boleh menyebabkan kematian atau (Benzoyl Peroxide) bahan atau chemical yang digunakan dalam ubat jerawat. Ianya telah diharamkan pengunaan bahan kimia berikut pada makanan sejak awal tahun 1900 lagi. Tetapi masih digunakan oleh peniaga yg mementingkan keuntungan tanpa mengira ianya boleh mendatangkan kemudharatan kesihatan serta mungkin boleh membawa maut.
 
Selain itu, additive Chemical : Potassium Bromate, di gunakan untuk menambah pertumbuhan ragi(yeast) dan pengebuan gluten dan ini amat bahaya kepada kesihatan.  

Pilihan ditangan kita, pastikan kita, anak-anak dan keluarga tersayang makan makanan yang selamat. Pastikan tepung yang menjadi pilihan anda bebas dari bahan peluntur.

Wasalam


Tudung Rasyiqah

Tudung terbaru dipasaran


RASYIQAH EXCLUSIVE XL

Size : XL
Labuh ditepi sebelum dipusingkan : 31-32 inci
labuh di tengah sebelum dipusingkan : 17-18 inci
Lilit Muka : 12-13 inci
Berat : 134 Gram
Material : Lycra
awning : Kodroi
Design : Twist/Scallop























Jangan ketinggalan dengan  keluaran terbaru  tudung 'Modern Hijab Exclusive' . Penghantaran percuma diseluruh Malaysia.Sms@whatsapp 0182184821 untuk sebarang urusan  






https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?bookmark_t=page

Blouse Muslimah

Blouse Muslimah ini diperbuat dari kain TC Cotton  (Tettron Cotton : 75% cotton & 25% Polyester)
Amat selesa dipakai dan tidak panas.

Harga :RM40.00 termasuk penghantaran di Semenanjung Malaysia
           RM42.00 termasuk penghantaran ke Sabah & Sarawak


Maklumat potongan Blouse Muslimah

    Saiz.    Potongan Dada
      SS      38'
       M      40'
       L       42'
      XL      44'



Saiz yang ada M, L & XL




Saiz yang ada M,L & XL



Saiz yang ada M,L & XL


Saiz yang ada M,L & XL



Tempahan boleh dibuat melalui borang pesanan di bawah, juga sms@ whatsapp 018 2184821











Tuesday, 24 September 2013

Baju Kurung Tenun (saiz S)

-Baju kurung Pesak  Gantung dengan Kain Selisih
-Kain cotton tenun & 100% cotton
-Kain lembut  dan senang digosok
-Corak dan warna yang Unik

Maklumat potongan baju saiz S:-
Bahu- 14.5', Pinggang- 26.5', Punggung -40.5', Tangan - 22.5' & Labuh- 39'







Sebarang pertanyaan atau pembelian boleh dilakukan melalui sms@whatsapp 0182184821




https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?bookmark_t=page