Sebagai pengguna yang berada di zon 3 catuan air baru bermula pada hari Ahad lepas bersamaan 6 April 2014 apabila pihak Syabas memulakan catuan air di peringkat keempat.
Ianya perlu memandangkan paras air di empangan masih lagi berkurangan walaupun kini kerap hujan namun bagi menampung keperluan air yang ada sekarang juga pada masa akan datang kerana Malaysia dijangka akan dilanda kemarau dari bulan Julai ke Oktober.
Pasrah dan redha akan terpacul di bibir ini namun itulah kenyataan yang harus diterima, tak perlu dipertikai kenapa dan mengapa sebaliknya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal ketika menghadapi susana getir ini. Perancangan teliti perlu ada untuk menampung keperluan air seisi keluarga selama 2 hari ketika bekalan air dihentikan.
Pastikan kita tahu jadual air berkala dikawasan kita.
Persediaan yang boleh kita lakukan sebelum air dihentikan untuk 2 hari :-
-basuh semua longgokan baju dan pinggan mangkuk yang ada
-masak makanan lebih sedikit dan simpan dalam peti sejuk (hanya dipanaskan semula bila diperlukan)
-penuhkan air dalam tong bersaiz besar untuk semua bilik air
-penuhkan balang air minuman (samada yang telah dimasak atau disuling)
-isi botol-botol atau bekas yang sesuai untuk keperluan air minuman juga untuk memasak
-isi air dalam bekas untuk tujuan membasuh tangan dan lain-lain dan diletakkan disinki dapur
Air tangki digunakan untuk mencuci muka, memberus gigi dan mengambil wudhuk.
**ini yang saya paraktikan ketika ini**
Untuk lebih mudah gunakan pinggan dan cawan pakai buang dan beli makanan dari kedai tetapi harus berhati hati ketika membeli dan membuat pilihan kedai makan kerana jika didalam kawasan yang sama sudah pasti kedai tersebut juga tiada punca air bersih melainkan telah disimpan terlebih dahulu. Pastikan kedai tersebut tiada keraguan dan bersih.
Anak-anak yang bersekolah pula selain dibekalkan air minuman perlu dibekalkan juga untuk keperluan ke tandas bimbang jika kehabisan air tangki di sekolah.
Untuk kawasan yang masih belum dicatu penggunaan airnya diharap dapat menggunakan air secara berhemah. Marilah kita sama-sama berdoa agar krisis air dinegara kita ini dapat diatasi dengan kadar segera.
** untuk maklumat terkini boleh layari portal rasmi Syabas http://www.syabas.com.my
Wassallam.
No comments:
Post a Comment