Bila sebut saja sambal belacan dah rasa terliur mulut ini dan terbayangkan nasi panas, ulam-ulaman dan ikan kering sepat.
Kadang-kadang memang payah nak dapatkan rasa sambal belacan yang sesuai dengan tekak seseorang, ini lah yang selalu membuatkan saya dalam dilema setiap kali bila hendak membuat sambal belacan. Oleh itu, dengan bantuan rakan-rakan saya kumpulkan beberapa resepi dan diolah sedikit, ia boleh dicuba mengikut kesesuaian tekak masing-masing. Saya gunakan pelbagai jenis belacan dalam mencuba resepi-resepi dibawah dan Alhamdulillah semuanya sedap.
Resepi 1 ( resepi asal dari Mak Mertua -Pn Sakura)
Bahan-bahan
-6 biji cili merah dibuang bijinya
-15 biji cili padi
-belacan sebesar ibu jari
-2 biji bawang putih
-1 sudu kecil gula dan secubit garam
-jus limau kasturi secukupnya
Cara Membuatnya
- masukkan kesemua bahan kecuali jus limau didalam kuali dengan 1sudu minyak masak
(Hati-hati dengan letupan kecil)
-gorengkan sehingga bawang putih keperangan
- keluarkan dan masukkan ke dalam lesung tumbuk dan masukkan gula dan garam
-tumbuk hingga lumat dan perahkan jus limau kasturi
Bila buat banyak bolehlah simpan didalam peti ais ianya tahan lama ( yang ini saya goreng bahan-bahannya menggunakan minyak ikan goreng sebab tu berwarna kekuningan sedikit)
Resepi 2 (resepi asal dari Anis)
Bahan-bahan
-belacan sebesar ibu jari dibakar terlebih dahulu
-cili merah 3 biji dibuang biji
-cili padi 10 biji
-2 sudu kecil gula
-secubit garam
-air asam jawa pekat atau jus limau kasturi
Cara Membuatnya
Tumbuk semua bahan dan masukkan perahan air asam jawa atau jus limau kasturi secukup rasa
Resepi 3 (resepi asal dan gambar dari Mazni)
Bahan-Bahan
-Cili padi 10 biji
-Cili merah 5 biji
-belacan 3cm
-2 biji limau kasturi
Cara Membuatnya
-cili padi dan belacan distimkan
-satukan kesemua bahan-bahan tadi dan ditumbuk
-dah agak lumat perah kan limau kasturi yang telah dibuang biji
-masukkan sekali limau kasturi tersebut (tenyeh2 disambal) dan gaul sebati
Resepi 4 ( resepi asal dari Suzana)
Bahan-Bahan
-Cili merah 8 biji
-Cili padi 10 biji
-Garam kasar secukup rasa
-Belacan bakar 2 inci
-Perahan sebiji limau nipis atau air asam jawa
-Sedikit sebuk perasa
Cara membuatnya
-satukan kesemua bahan kecuali perahan limau nipis dan ditumbuk hingga lumat
-kemudian masukkan perahan limau nipis atau air asam jawa
Resepi 5 (resepi asal dari Marhanim)
Bahan-bahan
-7 biji cili merah
-7 biji cili padi
-2cm belacan
-separuh dari bawang yang sederhana besar
-jus limau secukup rasa
- sedikit garam dan gula
Cara-cara membuatnya
-satukan kesemua bahan dan kisar gunakan 'blender'
-boleh tambahkan lagi garam, gula dan jus limau mengikut selera masing-masing
Resepi 6 -sambal belacan tok2 versi saya (baru)
Bahan- bahan
-7 biji cili merah
-segenggam cili padi
-segenggam ikan bilis
-2 sudu teh jus limau
-1 inci belacan
- 3 ulas bawang bawang putih saiz sederhana
-secubit garam
-sedikit gula
Cara-cara
-goreng ikan bilis hingga garing dengan sedikit minyak masak
-goreng cili merah, cili padi, belacan, dan bawang putih (gunakan minyak goreng ikan bilis tadi)
Diharap dengan beberapa jenis resepi sambal belacan ini dapat memberi kelainan citarasa dan membantu sesiapa yang kurang mahir membuat sambal belacan.
InsyaAllah jika ada resepi sambal belacan baru akan di 'update' dari masa ke semasa.
Selamat mencuba ... :)
Wassalam
#lprafeah
#seluarbatikmurah
#tudungcantikmurah
No comments:
Post a Comment