Saturday, 14 September 2013

Nasi Impit Mudah

Assalamualaikum.

Semasa diperantauan,  boleh dikatakan ramai yang buat nasi impit sendiri. Pertama kali saya makan 'homemade' nasi impit  terus rasa teruja dan timbul perasaan nak buat sendiri , rasanya juga hebat sepertimana nasi impit segera yang berada di pasaran. Semua  jenis beras boleh digunakan termasuk basmathi.

Kalau dulu kena rebus 2-3 jam, dalam plastik pula, (rasanya semua tahu tindakbalas plastik bila kena bahang panas)  kini ada cara mudah  dan sihat..

Ada banyak versi untuk nasi impit , ini cara saya ..



Bahan2
-3 cawan@ gelas  beras ( kalau nak byk guna yg besar  ikut kapisiti periuk nasi)
-1 sudu minyak  masak utk memampatkan nasi impit dan  cantik
-daun pandan untuk jadikan ia berbau harum
-sedikit garam untuk ada rasa lemak2 jgn letak banyak
-periuk nasi
-'masher'- untuk memudahkan nasi hancur 

Cara2
-setelah disukat , basuh beras sekurang-kurangnya 3 kali
-masukkan 8 cwn @ gelas  air , gunakan yg sama untuk  menyukat beras tadi
-masukkan  sedikit garam, minyak masak dan daun pandan 
-masak seperti masak nasi biasa dalam periuk nasi
-apabila nasi dah masak segera padamkan suis periuk nasi
-gunakan 'masher' untuk lenyek nasi yg masih dlm periuk nasi, keluarkan daun pandan
-letak dalam bekas dan impit padat kemudian tutupkan... Kalau nak cepat sejuk letak dalam peti ais
-kemudian bolehlah dipotong dan dimakan dengan rendang, kuah lodeh, sambal kacang, sup- soto dll

** bila dibuka penutupnya kelak akan ada air peluawapan, ambik  tisu dapur tekap kan di permukaan nasi impit.

Tips :jgn ada ruang dalam bekas itu, pastikan betul2 padat dan ditutup rapat utk mengelakkan ia nya keras di permukaan.

Selamat mencuba. :)

Friday, 13 September 2013

Stokin D'NIFI

Assalamualaikum

Setelah beberapa minggu pakai stokin D'NIFI, Alhamdulillah ada rasa sedikit perubahan. Bangun pagi bila pijak lantai kurang sikit rasa sakit kat tapak kaki.

Kepada sesiapa yang telah membeli dan ingin tahu cara yang betul untuk pencucian stokin istimewa ini 
adalah seperti beikut :-

1) Mula-mula, rendam stokin dalam air paip biasa, letak sabun sedikit (saya guna sabun dynamo downy)
2) Gumpalkan atau gosok-gosok dengan tangan stokin itu supaya sabun dan air sebati.
3) Keluarkan dan berus sedikit sahaja bahagian dalam dan luar stokin.
4) Perah dan bilas stokin dengan air paip.
5) Jemur di dalam bilik air untuk pastikan air habis menitik dan stokin agak kering.
6) Gantung di dalam bilik tidur yang ada kipas.
Stokin boleh kering dengan sendiri dan sangat cepat jika cuaca panas.
Anda boleh juga jemur di luar rumah untuk mempercepatkan proses pengeringan nya.
tetapi Awas.... Amat tidak digalakkan di keringkan menggunakan mesin basuh atau secara langsung basuh menggunakan mesin basuh kerana ia boleh memendekkan jangka hayat stokin tersebut dan kesar FIR yang ada di stokin akan cepat lenyap.




Di harap ini dapat membantu mereka yg kurang pasti bagaimana untuk membasuh stokin D'NIFI

Bagi yang ingin mencuba boleh hubungi saya melalui sms@whatsapp 018 2184821

Wednesday, 11 September 2013

Tudung Wardiah



WARDIAH EXCLUSIVE XXL



MATERIAL : LYCRA KOREA
DESIGN : TWIST/DWI - TONE/SOFT AWNING KODROI
SIZE : XXL
LABUH DARI TEPI : 21-22 inci
LABUH DARI DEPAN/BELAKANG : 36-37 inci

~ JAHITAN HAMMING DITEPI DAN TENGAH YG KEMAS DAN CANTIK
~ MENGGUNAKAN BENANG YANG BERKUALITI
~ DESIGN YG SIMPLE DAN ESKLUSIF
~ SOFT AWNING KODROI YANG LAGI MENAIKKAN SERI PEMAKAI
~ MEMPUNYAI DUA WARNA , DEPAN & BELAKANG YANG MEMUDAHKAN PADANAN WARNA
~ DESIGN YANG TERBARU DAN LIMITED

KESEMUANYA TELAH HABIS DIJUAL--- 

Harga penghabisan stok! dan penghantaran percuma di seluruh Malaysia.. 
Jangan lepaskan peluang ini ... sms @ whatsapp 018 2184821 



https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?bookmark_t=page

Anak Dan Sekolah

Assalamualaikum

Tit tit tit... bunyi 'alarm' handphone... kelam kabut bangun , ingat dah lambat, rupa-rupanya baru masuk Subuh, dengan semangat jitu bangun kerana tugas harian akan bermula



Masak air dan sediakan sarapan untuk anak  kesekolah, selesai sarapan hidupkan enjin kereta . Menempoh  jam lagi tapi Alhamdulillah dipermudahkan  laluan untuk ke sekolah, sampai di perkarangan sekolah, macam biasa pesan kat anak rajin- rajin belajar, dengar betul-betul arahan cikgu kalau ada masalah terus jumpa cikgu dan cium pipinya.

Dalam perjalanan balik kerumah , dalam kepala dah ligat berfikir nak buat apa dan susun jadual untuk hari ni. Sampai dirumah baru nak duduk sambil minum teh handphone berbunyi lagi 'mama you need to pick me up because I'm not suppose to go to school today' ... 

Emmm.... rasanya pihak sekolah perlu ada sistem pesanan ringkas (sms) supaya ibu bapa tahu anak perlu ke sekolah atau tidak pada hari tersebut. Ada diberikan surat untuk murid- murid darjah berapa yang direhatkan semasa ujian UPSR tetapi tidak pula dinyatakan jika tidak mengikuti rombongan murid tersebut tidak perlu datang ke sekolah. (Juga tiada pemberitahuan akan tarikh rombongan)

Pada pandangan saya, pihak sekolah harus bertanggung jawab terharap murid jika berlaku situasi begini untuk menelefon ibu bapa yang berkenaan, amat  berbeza ketika di UK, semua akan diuruskan oleh kerani sekolah untuk memastikan ibu bapa datang mengambil anak- anak mereka.Tidak  mengatakan sistem pejabat sekolah lemah  tapi rasanya banyak yang perlu dibaiki.

Walaubagaimanapun terima kasih kepada semua guru kerana dengan ikhlas mengajar serta mendidik anak-anak Malaysia yang bakal menerajui negara satu hari nanti.

Wasalam.



Monday, 9 September 2013

Sure White & C-Glow

Ingin kelihatan anggun sentiasa  :)


FENOMENA BARU DUNIA KECANTIKAN DI MALAYSIA 

SURE WHITE BEAUTY PLUS & C-GLOW FACTOR

- MENCERAHKAN KULIT SEAWAL 7 HARI +Meremajakan Kulit + Mengurang dan Menghalang Kedutan + Meningkatkan Kelembapan Kulit + Menyerlahkan Seri wajah + Menguatkan rambut, otot, tulang dan sendi + Mengurangkan pigmentasi + Meningkatkan kecergasan tubuh + Mempercepatkan penyembuhan luka dan parut + Meningkatkan metabolisme badan + Meningkatkan sistem imun tubuh + Menghalang pertumbuhan jerawat + Mengurangkan rekahan pada tumit kaki


C-Glow Chewable tablet ini amat sesuai di ambil bagi mereka yang tiada masa untuk shake Sure White Beauty Powder. 
C-Glow Factor Chewable perasa lemon.Sedap, tak macam rasa ubat pun.
Tak perlu nak shake cuma kunyah dan telan.
Mudah dibawa kemana-mana.


C-Glow  60 biji utk kegunaan 1 bln
Semenanjung Malaysia RM120.00
Sabah & Sarawak  RM125.00





Harga seperti berikut:-

Sure White 950, 000mg utk  kegunaan 2 bulan.

Semenanjung Malaysia RM150.00
Sabah & Sarawak RM160.00      

Sure White 500, 000mg utk kegunaan sebulan 
Semenanjung Malaysia RM95.00 
Sabah & Sarawak RM 105.00 


Semua Harga Di atas adalah termasuk 'free shaker' juga percuma kos penghantaran.


Berminat dan mahukan perubahan pada diri anda sila sms @ whatsapp 0182184821 
https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?bookmark_t=page

Sunday, 8 September 2013

Kenduri Kahwin

Assalammualaikum ..

Bila hujung minggu  ada je rezeki orang jemput ke kenduri kahwin, saya memang suka makan nasi kenduri :). Almaklumla kalau nak  masak sendiri set lauk sebegitu , jawabnya memang tak da.  Lagi pun dah hampir 4 tahun hidup diperantauan tak makan nasi kenduri kahwin.




Bila saya perhatikan  kenduri kahwin dahulu dengan sekarang memang banyak bezanya dari segi persiapan, hiasan juga pengantin sendiri baik di rumah mahupun di dewan. Kalau dulu rasanya kebanyakkan keluarga akan masak sendiri memang meriah la suasana kat rumah, sekarang rata2 keluarga akan menggunakan khidmat katering. 

Beberapa  kenduri kahwin yang saya hadiri ada menu ayam golek, rasa sedap tapi kalau ada sos cicah lagi umphh! . Lauk kenduri ni memang tak jemu, kalau dalam satu hari saya hadiri 3 jemputan , 3 kali juga la saya akan makan walaupun lauk yang sama cuma rasa berbeza kerana berbeza tukang masak. Nikmat sungguh rasanya, bagi saya yang suka makan nasi kenduri. :)

Dalam kemeriahan ada juga mereka yang mengambil kesempatan mencuri. Biasanya terjadi bila kenduri di buat di rumah, sedang tuan rumah sibuk melayan tetamu masa tu la pencuri menyelinap masuk berlagak seperti dikenali oleh ahli keluarga. Di harap mereka yang membuat kenduri di rumah  lebih berhati-hati. Semua barang-barang berharga  letak ditempat yang selamat. 

Semoga majlis kenduri  meriah, selamat dan berjalan seperti yang dirancang untuk mereka yang sedang atau merancang melangsungkan perkahwinan. 





Friday, 6 September 2013

Daging Goreng Sambal

Daging ni kalau dapat yg liat yaAllah rasa serik nak masak... 
Selain masak rendang, kari dan gulai boleh cuba disambalkan . Sedap kalau makan dengan nasi pilau, nasi minyak  ... Nasi putih pun sedap... :)




Sesiapa yang nak cuba jom teliti resepi ni.. :-

Bahan2
- Daging batang pinang sekilo ( kalau yg biasa kena goreng @ rebus sampai empuk dulu) dipotong       nipis dan toskan airnya
-Cili kering yang telah dikisar 9 sudu besar ( kalau nak bnyk sambal atau pedas lebihkan ye)
-3 sudu sos tiram
-3 sudu sos cili 
-3 sudu sos tomato
-3 ulas bawang putih ( hiris atau cincang halus)
-2 biji bawang besar ( hiris atau cincang halus sedikit untuk ditumis dgn bawang putih, selebihnya dihiris  bulat2)
- 1cm halia (juga hiris @ cincang halus)
-garam & sedikit gula (jgn letak garam byk sebab sos tiram dah masin)
-minyak masak secukupnya 

Cara2
- panaskan minyak
-tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar yang dihiris @dicincang halus sehingga keperangan
-masukkan cili kisar, masak hingga garing juga garam dan gula ikut selera masing2
-masukkan sos tiram dan kacau sebati
-masukkan daging , masak hingga daging empuk dan air daging yang keluar kering 
-masukkan sos cili juga tomato
-masukkan bawang hiris (saya suka hingga bawang layu)
-akhir sekali rasa dan tambah garam @ gula ikut selera masing-masing

Selamat mencuba... :)