Monday 27 April 2015

Instant Shawl Mudah Dan Cantik



Assalamualaikum


'Instant Shawl' ini sangat mudah dipakai, hanya perlu disarungkan dan lilit sahaja.
Kain jenis 'Chiffon Foggy Crepe' tidak jarang dan  tidak panas apabila digayakan.

Harga RM35 manakala kos pos RM7 untuk kuantiti 1 hingga 3 helai untuk Semenanjung Malaysia Dan RM10 untuk Sabah Dan Sarawak






             













Mudah dipakai Dan Cantik, jika berminat segala pertanyaan boleh diajukan  ke wa 0182184821 atau pm di
https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?ref=bookmarks

Friday 24 April 2015

Baju Kurung Tenun - Koleksi April 2 2015

Assalamualaikum

Koleksi April 2 adalah untuk mereka yang memakai baju kurung bersaiz L

-Baju kurung ini adalah Pesak Gantung dengan Kain Selisih ( kain susun tepi untuk saiz XL)
-Diperbuat dari kain  cotton tenun & 100% cotton
-Kain lembut  dan senang digosok
-Corak dan warna yang Unik

Harga RM170 termasuk kos penghantaran di Semenanjung Malaysia

Maklumat potongan baju kurung :-

Saiz L
Bahu- 16.5', Pinggang- 31.5', Punggung-44', Tangan- 23', Labuh -41'


                               








Sila nyatakan koleksi  April 2 2015 beserta kod apabila membuat pertanyaan melalui sms/whatsapp 0182184821 atau pm di

Saturday 18 April 2015

Baju Kurung Tenun-Koleksi April 1 2015

Assalamualaikum

Koleksi April 1 Kali ini menampilkan baju kurung saiz M

-Baju kurung ini adalah Pesak Gantung dengan Kain Selisih ( kain susun tepi untuk saiz XL)
-Diperbuat dari kain  cotton tenun & 100% cotton
-Kain lembut  dan senang digosok
-Corak dan warna yang Unik

Harga RM170 termasuk kos penghantaran di Semenanjung Malaysia

Maklumat potongan baju kurung :-

Saiz M
Bahu- 15.5', Pinggang- 29.5', Punggung -42', Tangan - 23' & Labuh- 40'



                       





















Sila nyatakan koleksi April 1-2015 beserta kod apabila membuat pertanyaan melalui sms/whatsapp 0182184821 atau pm  di 

Monday 6 April 2015

Resepi Asam Pedas Sedap

Assalamualaikum

Asam Pedas merupakan   lauk kegemaran kami anak beranak, kalau makan asam pedas sebagai   lauk harian pun boleh. Telur dadar atau mata kerbau ditambah dengan sayur goreng juga Ikan masin menjadi pelengkap untuk alasan makan bertambah nasi. Saya juga suka  makan dengan sambal belacan memang 'power ranger' rasanya.

Siapa penggemar asam pedas  boleh lah mencuba resepi asam pedas versi saya ini. Jom lihat resepinya

Bahan-Bahan
-Ikan ( jenis apa pun boleh)
-2 labu bawang sederhana besar ( saya guna bawang Holland)- di kisar
-7 ulas bawang putih- dikisar
-sebatang serai diketuk
-3 helai daun limau purut
-7 sudu besar cili kisar (cili boh)
-1 sudu kecil serbuk kunyit
-1 sudu kecil serbuk Kari
-1/2 sudu besar pes asam jaws
-garam





Cara-cara Memasak
-Tumis bawang besar dan bawang putih dengan minyak masak hingga keperangan
-masukkan cili boh dan masak hingga cili garing
-masukkan serai, daun limau purut, serbuk kunyit dan  serbuk kari


-kacau bahan tadi hingga sebati sehingga terbit minyak
-masukkan 7 cawan air dan pes asam jawa lalu dikacau sebati (masukkan air dahulu kemudian masukkan pes asam jawa)
-setelah mendidih masukkan Ikan dan kecil kan api dapur 
-masukkan garam secukup rasa
-boleh diangkat selepas Ikan masak.

Asam pedas Ikan Jenahak


Asam pedas Ikan Pari dengan bunga kantan daun kesum (daun kesum tak kelihatan :) )


** masukkan bunga kantan daun kesum (jika Ada)  bersama serai, daun limau purut serta serbuk kunyit dan serbuk kari 
** boleh juga ditambah sayur bende jika suka (masukkan sekali dengan Ikan)

Selamat mencuba

Wassalam