Friday 21 March 2014

Baju Kurung Tenun 21/3


Baju kurung tak lapok dek zaman 
Hujan ribut tak perlu bimbang
Sentiasa kelihatan cantik dan menawan
Sesuai  untuk semua tak kira bidang

-Baju kurung ini adalah Pesak Gantung dengan Kain Selisih
-Diperbuat dari kain  cotton tenun & 100% cotton
-Kain lembut  dan senang digosok
-Corak dan warna yang Unik

Maklumat potongan baju :-

Saiz S
Bahu - 14.5', Pinggang -26.5', Punggung - 40.5', Tangan -22.5', Labuh -39'

Saiz M
Bahu- 15.5', Pinggang- 28.5', Punggung -42', Tangan - 23' & Labuh- 40'

Saiz L
Bahu- 16.5', Pinggang- 30.5', Punggung-44', Tangan- 23', Labuh -41'

Saiz XL
Bahu- 17.5', Pinggang- 32.5', Punggung- 46', Tangan- 23', Labuh- 41'


Warna-warna yang menarik ini boleh didapati untuk kesemua saiz yang tertera diatas.













Harga RM170 termasuk kos penghantaran

Sila sms@ whatsapp 0172184821 atau pm di 'FB' https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?ref=hl untuk keterangan lanjut.
















Monday 17 March 2014

Baju Melayu Tenun saiz Xl

Baju Melayu ini amat unik dan sesuai untuk semua majlis. Ia diperbuat dari kain cotton tenun & 100% cotton, Ia nya lembut dan senang digosok juga corak  dan warna yang menarik. 

Maklumat untuk saiz XL 
Bahu - 19.5'
Dada - 24'
Punggung -51'
Labuh Tangan -23'
Labuh Baju - 32'





Ini adalah baju melayu sahaja dan ianya sesuai jika  dipadankan dengan seluar 'slack' terutama yang berwarna gelap.  Harga RM120.00 termasuk kos penghantaran

Untuk keterangan lanjut boleh diperolehi melalui sms/whatsapp 0182184821 atau pm di Facebook https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?ref=hl&bookmark_t=page




Wednesday 12 March 2014

Kehilangan Pesawat MAS MH370 (Boeing 777-200 KL Beijing)

Assalamualaikum

Taatkala ini sudah 5 hari  kehilangan pesawat MH370, apa sebenarnya yang berlaku hanya penumpang pesawat tersebut dan yang Maha Kuasa sahaja yang mengetahuinya. Disini saya rasa Umum lebih mengetahui akan rentetan peristiwa juga usaha-usaha yang sedang dijalankan, oleh itu saya hanya menulis dari sudut pandangan peribadi saya sahaja tanpa melibatkan sebarang fakta.

Saya sebagai seorang manusia biasa hanya dapat merasakan kesedihan  yang dirasai oleh ahli keluarga yang terbabit namun hakikatnya perasan ahli keluarga itu sendiri  tidak akan sama dengan dengan apa yang saya rasai. Saya bukan pakar dalam apa-apa bidang dalam usaha mencari dan menyelamat ini hanya menyumbang melalui  titipan harapan berserta doa agar pesawat juga penumpang ditemui segera.

Pelbagai analisis juga pendapat yang saya baca dan lihat melalui media massa juga elektronik namun hanya kekeliruan yang saya perolehi kerana hampir setiap jam ada sahaja berita baru yang timbul bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh pihak berkuasa Malaysia. Propaganda juga berleluasa hingga ada kenyataan yang saya rasa boleh menyentuh perasan ahli keluarga yang terbabit, mungkin niat baik tapi cara penyampaian kurang sesuai begitu juga sebaliknya. Keperihatinan kita memang sangat diperlukan melalui doa yang membawa  kepada kebaikkan kerana apa yang diucapkan atau ditulis itu merupakan satu doa.

Gambar dari Google.

Ini bukan kejadian pertama di dunia, oleh itu irigan doa dari semua pihak amat perlukan.


Saya yakin bihak berkuasa sedang bertungkus lumus dalam usaha mencari dan menyelamat dan rasanya penambah baik perlu dilakukan agar usaha-usaha ini lebih berjaya. Saya amat berharap  usaha mencari dan menyelamat ini berakhir dengan kegembiraan.

'Ya Allah, kau makbulkan la semua doa-doa yang menginginkan pesawat MH370 ditemui bersama penumpang-penumpangnya dengan kadar segara' Amin.......

Wassalam







Friday 7 March 2014

Shawl Alina Exclusive


Alina Exclusive

Material - Double sided color Chiffon crepe
Panjang - 2 meter
lebar - 0.7 METER


~ Premium Chiffon crepe
~ Shawl yang lebih lebar
~ Design halfmoon di hujung
~ jahitan yang kemas
~ Boleh digayakan depan atau belakang.
~ Jahitan kerinting ditepi

Beli satu shawl tetapi boleh disesuaikan dengan 2 helai baju yang berbeza mengikut kesesuain warna.

** terdapat sedikit perbezaan ukuran kain juga warna dari kesan pencahayaan 


































Cara pemakaian shawl Alina.. 




Shawl yang menarik ini boleh jadi milik anda sms/whatsapp 0182184821 atau pm di https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?ref=hl&bookmark_t=page











Thursday 6 March 2014

Tudung Zahia Exclusive

Zahia Exclusive

Material : 100% Denim
Design : jahitan hamming
Awning : Soft awning Kodroi
Size : L
Labuh : Dari dagu 20 inci
belakang 33 - 33.5 inci
Lilit Muka : 10.5 inci
Berat : 162 gram


~ Kain yang sejuk, lembut & selesa
~ Didatangkan dengan rona warna yang lembut dan menarik
~ Menjimatkan masa untuk anda yang sibuk dengan kerja harian
~ Awning lembut sesuai dengan semua bentuk muka
~ labuh menutupi dada
~ Sangat mudah dipakai dan digayakan
~ Stok sangat terhad

** terdapat sedikit perbezaan ukuran kain juga warna dari kesan pencahayaan

























Jika inginkan tudung yang selesa dan labuh juga cantik ini boleh sms/whatsapp 0182184821 atau pm di https://www.facebook.com/pages/Little-Pumpkin/1408832399336427?ref=hl&bookmark_t=page











Tuesday 4 March 2014

Sambal Belimbing Buluh

Assalamualaikum

Belimbing buluh kalau dimakan begitu sahaja dan dicicah dengan garam memang sedap bagi penggemar buah masam tetapi jika dijadikan sambal berganda-ganda lagi lagi kesedapannya.

Gambar dari google

Selain dijadikan halwa juga jeruk memang ternyata sedap dijadikan lauk, kalau biasa dengan masakan masak lemak, masak asam dan sambal belacan apa kata untuk mencuba resepi sambal ini pula. Resepi asal diberi oleh seorang rakan (Mazni) tetapi saya olah sedikit seperti berikut :-

Bahan-bahan 
-belimbing buluh  20 biji dibelah tengah dan belah lagi jadikan 4 lalu dibuang bijinya (separuh dijadikan bahan tumbuk)
-2 biji cili merah dibuang biji
--20 biji cili padi
- bawang besar ( kerat dua, separuh dijadikan bahan tumbuh dan lagi separuh di hiris)
-2 ulas bawang putih
-sedikit  belacan
-segenggam  ikan bilis ( suku dijadikan bahan tumbuk dan selebihnya digoreng)
-garam dan gula

Cara-cara membuatnya
-campurkan belimbing buluh, cili merah, cili padi, belacan, bawang putih, bawang merah dan sedikit ikan bilis 
-tumbuk kesemua bahan-bahan yang dicampurkan tadi
-tumiskan bahan yang telah ditumbuk dengan sedikit minyak didalam kuali
-gorengkan hingga naik bau
-masukkan bawang  hiris dan kacau hingga bawang masak
-masukkan sedikit garam dan gula mengikut cita rasa masing-masing
-masukkan belimbing yang telah dipotong kacau sekejap ( jgn masak terlalu lama untuk memastikan kerangupan belimbing tidak hilang)
-tutup api memasak dan masukkan ikan bilis goreng lalu dikacau sebati


Sangat sedap dimakan dengan nasi putih yang masih lagi panas, (makan dengan nasi planta pun sedap juga)  buah belimbing rangup dan tidak masam setelah dimasak.

Selamat mencuba.

Wassallam.